Saya tahu pihak JKM, Baitul Mal, Pusat Zakat, Wakil Rakyat
ada memainkan peranan mereka. Tetapi bilangan mereka yang memerlukan ini
terlalu ramai, mereka ada di sekeliling kita.
Sebilangan mereka itu ada borang permohonan bantuan belum
isi, baru isi, dalam proses, permohonan berulang dan sebagainya.
Sama-samalah kita membantu, menyalahkan pihak lain tidak
akan membantu mereka yang memerlukan ini.
Semoga rahmat ALLAH akan melimpah ruah apabila kita berkasih
sayang, semata-mata kerana ALLAH.
Yang benar,
Haji Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan