Seorang pelajar IPTA telah menghubungi
saya. Dia sedang mengambil ijazah sarjana muda di sebuah IPTA di
pantai barat. Berasal dari pantai timur, dari keluarga yang susah,
emak hanya kerja kampung, kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. Anak sulung , adik-adiknya masih bersekolah.
Dia ada menerima PTPTN, tetapi tidak
cukup kerana terpaksa beli laptop untuk buat kerja kursus, sebelum ni
dia pinjam laptop kawan semasa peringkat Asasi. Sebahagian yuran
sudah dibayar, sebahagian belum dibayar. Duitnya sudah habis,
sekarang dia meminjam daripada kawannya untuk belanja harian.
Asrama hanya disediakan untuk pelajar
Diploma. Jadi dia terpaksa menyewa bilik diluar. Deposit RM480
seorang, dan bulanan RM180 seorang.
Buku pun banyak yang dia belum beli
lagi, pinjam-pinjam kawan dulu. Buku yang perlu dibeli sekitar RM600.
Semasa di Asasi dulu ada pensyarah yang bantu sikit-sikit. Kini
semasa ambil Ijazah Sarjana mungkin sebab pelajarnya ramai, dia belum
kenal siapa yang boleh bantu.
Duit zakat IPTA dalam proses
permohonan. PTPTN lepas ni cuma akan dapat bulan Mac 2015.
Kepada mereka yang ingin membantu
pelajar ini samada untuk membayar hutang dia pada kawan, yuran kolej,
duit buku, deposit rumah, belanja makan minum boleh hubungi saya
Rozmal 012-2267406
Salam Maal Hijrah
Yang benar,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan
FB : Rozmal Malakan
1 Muharram 1436 H
Laman web http://yam-ns.blogspot.com
1 ulasan:
Mohon sertakan Nama dan No Akaun Bank pelajar tersebut. Ada yang ingin derma terus kepada beliau.
Catat Ulasan