"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20150429
Melaka haramkan bekas makanan polisterin
Tahniah kerajaan negeri Melaka. Semoga negeri lain,
persatuan, pihak masjid serta surau, individu juga para peniaga sendiri dapat
mengambil langkah yang serupa untuk kebaikan kita bersama selaras dengan apa
yang disarankan dalam ajaran Islam.
*************
Melaka haramkan bekas makanan polisterin
28 April 2015
Kerajaan Melaka akan mengharamkan penggunaan bekas makanan
diperbuat daripada polisterin di semua kafe di bangunan kerajaan, premis
makanan pihak berkuasa tempatan dan sekolah di negeri ini, mulai 15 Mei depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka,
Datuk Kamarudin Md Shah berkata, langkah itu merupakan fasa pertama program
'Melaka Tanpa Polisterin' bertujuan mengurangkan penggunaan bahan polisterin
yang sukar diurai dan menjejaskan alam sekitar.
Beliau berkata, fasa berkenaan akan dikuatkuasakan
sepenuhnya bermula September tahun ini sebelum diperluaskan ke semua premis
makanan di seluruh Melaka termasuk di bangunan swasta.
Sehubungan itu, beliau berkata peniaga dan orang ramai
digalak menggunakan bekas makanan jenis biodegradasi atau mudah diurai seperti
yang diperbuat daripada hampas tebu dan jagung.
Pihaknya juga akan mengeluarkan senarai nama pengeluar bekas
makanan biodegradasi yang boleh didapati di sekitar negeri ini melalui media
massa bagi memastikan peniaga mendapat bekalan produk berkenaan dengan mudah.
JEJAK MENARA GADING 2015
JEJAK MENARA GADING 2015
Program Jejak Menara Gading (JMG) Siri Akhir, bakal menemui
adik-adik.
Program khas untuk remaja lepasan SPM/ STPM/ STAM/
MATRIKULASI
Tarikh : 8 , 9 & 10 MEI 2015
Hari : Jumaat , Sabtu, Ahad
LOKASI: Gua Batu Maloi, Johol, N.Sembilan
Sasaran : 50 peserta lepasan SPM/STPM/STAM sekitar Negeri
Sembilan
( Terbuka Untuk Semua )
Yuran:RM80
( T-shirt untuk 40 penyertaan terawal sahaja )
Jom daftar online di http://ikramteensnegerisembilan.blogspot.com/2015/04/jejak-menara-gading-siri-akhir-2015-8-9.html
APA YANG MENARIK ?
HIKING
TADABBUR ALAM
BEST PRESENTER
SI BUTA SI BISU
MAFIA
Tarikh Tutup Pendaftaran : 5 Mei 2015
LIKE FB : IKRAMTEENS NS
20150428
Jom Sokong Hotel 100 peratus Halal
Jom sokong satu-satunya Hotel di N.Sembilan yang bertaraf 4
bintang yang menyediakan perkhidmatan yang seratus persen halal.
MAINS Hotel Sdn. Bhd.
(MHSB) yang juga dikenali
dengan nama Klana
Beach
Resort satu-satunya hotel yang dimiliki oleh Majlis Agama
Islam Negeri Sembilan yang menawarkan perkhidmatan makanan dan minuman yang 100
peratus halal.
MHSB turut menempatkan Kompleks Baitul Hilal iaitu balai
cerapan yang menjadi pusat
rujukan untuk kegiatan
melihat anak bulan,
kaji bintang dan
planet. Kompleks tersebut dilengkapi dengan
sebuah teleskop dan
kemudahan lain antaranya
dewan utama, bilik mesyuarat, surau, mini theatrette serta
galeri pameran peralatan astronomi dan kaji bintang
Info lanjut di www.klanabeachresortpd.com.my
Kerajaan Kemboja pentingkan kesejahteraan anggota tentera daripada membeli senjata pemusnah.
Kemboja 'tidak mampu' untuk membeli senjata dari Indonesia
23 April 2015
Mengakui hubungan persahabatan di antara negara, jurucakap
kerajaan Phay Siphan berkata Kemboja tidak akan membeli senjata kerana
"kita tidak mempunyai apa-apa wang" untuk berbuat demikian.
"Wang dalam bajet negara adalah untuk membangunkan
integrasi ketenteraan dan kesejahteraan anggota tentera," kata beliau
sambil menambah bahawa Kemboja tidak perlu "senjata pemusnah
besar-besaran".
"Kami menggunakan saluran diplomatik dan cara yang aman
untuk menyelesaikan konflik tradisional."
MAJLIS KESYUKURAN SERTA MERAIKAN LEPASAN SPM 2014
MAJLIS KESYUKURAN SERTA MERAIKAN LEPASAN SPM 2014
Yang akan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Pondok atau IPT
Tarikh : 16 Mei 2015, Sabtu
Masa : 5 ptg
Tempat : Teratak Amal, Sg Layang, Rembau
Mereka yang ingin menyumbang saguhati untuk pelajar dari
keluarga berpendapatan rendah adalah amat dialu-alukan.
Sila hubungi Tn Hj Ishak Omar 0123494041
Langgan:
Catatan (Atom)