KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150409

Pelajar cari ‘penyakit' tunggang motosikal



Adakah masalahnya disebabkan oleh penguatkuasaan yang pilih kasih? Adakah anak-anak anggota penguatkuasa, ahli keluarga dan sanak saudara mereka melakukan perkara yang sama? Contoh yang paling nyata ialah di Taman …. , Taman Perumahan yang menempatkan anggota penguatkuasa !

Pelajar cari ‘penyakit' tunggang motosikal
Tidak pakai topi keledar, tanpa lesen



SEREMBAN 8 April 2015 - Alasan motosikal hanya satu-satunya ‘pengangkutan biasa’ untuk ke sekolah sehingga penunggang ka­nak-kanak dan remaja mengetepikan topi ke­ledar dan lesen sah, su­ngguh tidak boleh diterima.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Zaitun Iffah Hamid berkata, adalah menakutkan apabila melihat kanak-kanak seawal usia 10 tahun menunggang motosikal ke kawasan sekolah yang memang boleh disahkan tidak mempunyai lesen.

“Apabila ditanya secara rawak, ramai yang menjawab itu adalah pengangkutan biasa ke sekolah dan tidak menggunakan bas atau kenderaan.

“Kadangkala yang menunggang tanpa memakai topi keledar itu adalah murid sekolah rendah sehinggalah pelajar berusia 17 tahun.

“Mereka tidak peduli soal keselamatan dan ada juga ibu bapa yang memakai topi keledar, tetapi anak yang dibonceng tidak memakainya, malah ada yang membawa topi keledar tetapi hanya memakainya di jalan utama,” katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Tambah Zaitun Iffah, lebih membimbangkan apabila kanak-kanak dan remaja itu menunggang motosikal tanpa lesen dan memakai topi keledar dalam kawasan taman perumahan dan kampung.

“Kita tahu gejala dan ‘kebebasan’ itu. Di taman perumahan dan kampung yang ada sekolah pula, kita dapati rata-rata pelajar lelaki yang menunggang motosikal itu tidak memakai topi keledar, malah ada dalam kalangan mereka tidak punyai lesen dan bukan pemilik motosikal berkenaan,” ujarnnya.

Justeru dalam hal itu, dapat dilihat ada dalam kalangan ibu bapa tidak ambil peduli soal keselamatan anak mereka kerana membenarkan anak itu menunggang motosikal tanpa sebarang keperluan keselamatan sah.

“Kesedaran terhadap keselamatan jalan raya ini semakin terabai dan JKJR akan bertindak ke atas kumpulan sasar ini untuk diberikan penjelasan dan maklumat berkaitan bahaya tersebut.

“Tindakan penguatkuasaan akan dilakukan oleh polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kumpulan sasar kita ialah murid sekolah rendah, menengah dan lepasan sekolah yang sama ada di kolej mahupun universiti,” ujarnya.

Katanya, berdasarkan statistik kemalangan yang ada pada JKJR, golongan yang paling ramai terlibat kemalangan adalah remaja dan belia.

“Mahu atau pun tidak ibu bapa hendaklah menyekat anak mereka yang tidak mempunyai lesen atau tanpa topi keledar menunggang motosikal. Kita perlu tegas dalam hal ini bagi mengelakkan tragedi,” ujar Zaitun Iffah.


Tiada ulasan: