KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150413

Anak Rembau tewas dengan Anak Kelantan di Rembau




Semalam bertemu dengan Presiden Persatuan Anak Kelantan di Rembau, Pok Nik di Medan Selera Chembong.

Banyak rupanya aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan yang dibuat oleh persatuan ini di Rembau untuk manafaat penduduk tempatan di sini bukan saja untuk anak Kelantan.

Kunci utama kejayaan persatuan ini di Rembau dan N.Sembilan amnya ialah sikap persatuan ini yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Malu pula rasanya saya sebagai anak Rembau apabila anak Kelantan di Rembau lebih ke depan dalam melaksanakan kerja kemasyarakatan dan kebajikan di Rembau.

Ada tak Persatuan Anak Rembau di Kelantan? Yang ada dulu adalah anak Rembau yang jadi Ahli Parlimen di Kelantan.

Amacam Anak Rembau, takkan kita nak tengok saja Anak Kelantan buat kerja kebajikan dan kemasyarakatan di Rembau?

Tiada ulasan: