Pada 21 Mac 2016 yang lalu disiarkan berita Encik Mohd
Asmawi serta isteri dan 4 orang anak mereka dari Kg Rambai Baris, Ulu Klawang,
Jelebu N.Sembilan tinggal di rumah pusaka yang amat usang. Mereka menumpang
tandas serta bilik mandi di rumah berhampiran. Keseluruhan bumbung bocor serta
mereput, tidak mampu membaiki atap apatah lagi untuk membina bilik mandi serta
tandas yang memerlukan kos RM10,000.
Pada 21 April 2016 hasil sumbangan orang ramai dan agensi
telah dimulakan kerja menukar atap, membina bilik mandi/tandas. Kerja-kerja
menukar atap dan membuat bilik mandi/tandas telah hampir siap pada 25 April
2016.
Terima kasih kepada para penyumbang dan mereka yang membantu
keluarga ini khususnya Lt (B) Shapie bin Zain, Penyelia DUN Klawang dan Ketua
Kampung, Encik Abd Jalil bin Johari.
"Beramal kerana Allah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan