Dalam bab bersedekah, berderma dan sebagainya, tak perlulah kita tunggu orang datang rumah ketuk pintu, orang tunggu depan pintu bank, bendahari cawangan/kawasan/negeri ingatkan semasa mesyuarat. Sepatutnya kita ada jadual setiap bulan, berapa banyak nak beri ke surau, ke tabung khairat, ke sekolah tahfiz, ke Pasti, ke cawangan dan sebagainya.
Buatkan senarai semak, dapatkan no akaun mana kita nak sumbang, kalau tak ada, minta no akaun peribadi bendahari. Sekarang ni boleh masuk on line atau melalui mesin CDM atau pindah wang melalui ATM.
Tak ada alasan kita nak beri di akhirat nanti, tak dapat beri sumbangan bulanan/tahunan/berkala sebab kita tak dapat datang mesyuarat, sebab bendahari tak datang rumah, surat derma tak dapat dan sebagainya.
Bonus Tabung Haji 6 peratus untuk tahun 2011. Bolehlah kita berkira-kira nak beri sumbangan ke mana sebagai pelaburan akhirat kita.
Marilah kita sebarkan lebih banyak lagi perasaan kasih sayang, lebih-lebih lagi sempena MaulidurRasul saw.
Bonus Tabung Haji 6 peratus
3 Februari 2012
KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan bonus pendeposit sebanyak enam peratus bagi tahun 2011, membabitkan anggaran pembayaran RM1.67 bilion kepada pendeposit, demikian menurut laporan Bernama.
Pembayaran akan diterima oleh pendeposit Rabu depan.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/bonus-tabung-haji-6-peratus-1.21706

Tiada ulasan:
Catat Ulasan