KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120203

Buaya ditangkap di Taman Tasik Seremban



Laporan akhbar 2 Feb 2012 menyebut seekor buaya sepanjang 1.03 meter telah berjaya di tangkap di Taman Rekreasi Tasik City Park, Seremban 2. Sebelum ini juga dilaporkan beberapa ekor buaya telah dilihat di kawasan pantai di N.Sembilan dan Melaka.

Walaupun ada pihak yang cuba menafikannya pada awalnya seperti apa yang saya ceritakan sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2010/05/video-buaya-sedang-berenang-di-pantai.html

Anak buaya tembaga di City Park ditangkap
2 Feb 2012

SEREMBAN – Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan hari ini berjaya menangkap anak buaya tembaga yang menjadi perbualan pengunjung taman rekreasi Tasik City Park, Seremban 2 di sini sejak dilaporkan baru-baru ini.

Pengarah Perhilitan negeri, Mohd Zaide Mohamed Zin berkata, sepasukan anggota jabatannya melakukan operasi sejak 10 malam tadi dengan memasang pancing yang akhirnya mengena pukul 7.20 pagi.

"Kita memasang sebelas pancing di kawasan tasik tersebut. Anak buaya jantan itu dapat ditangkap dalam keadaan sihat dan tidak cedera.

"Berukuran 1.03m panjang, manakala beratnya 2.75kg ia telah dihantar ke Paya Indah Wetlands, Dengkil untuk tujuan pemeliharaan,” katanya di sini.

Mohd Zaide berkata, sejak laporan diterima daripada pihak pengurusan City Park pada 10 Januari lepas, pelbagai usaha dijalankan untuk menangkap anak buaya itu. – BERNAMA

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm

Tiada ulasan: