Minggu lepas sedikit terkejut apabila balik rumah tengok dalam peti surat ada surat dari Bukit Aman, dari Ketua Polis Negara. Dalam hati berkata, bila pula kena saman trafik ni, hari tu dah bayar 2 saman, anak yang bawa kereta. Masuk dalam rumah, buka-buka, tengok pada kepala surat dicop SULIT. Apa pula rahsia dalam surat ini?
Surat tersebut merujuk kepada surat kepada saya dari Timbalan Ketua Polis Negara sebelum ini yang saya tidak terima, dan diminta saya merujuk pula kepada Menteri Dalam Negeri.
Ianya ada kaitan dengan wasiat ayah saya. Saya pada mulanya tidak mahu hendak merujuk kepada Menteri Dalam Negeri, tetapi memandangkan ianya adalah wasiat ayah saya, maka saya pun menulislah surat seperti yang disarankan oleh Ketua Polis Negara tersebut sebagai tanggungjawab saya sebagai anak untuk menunaikan wasiat arwah ayah.
Diharapkan Menteri Dalam Negeri dalam kesibukan suasana politik sekarang ini berkesempatan untuk membaca surat saya tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan