KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120218

Jom bantu Pelarian Islam tanpa negara di Malaysia serba daif


KISAH PELARIAN ROHINGYA - “Umat Islam Tanpa Negara”

Bersama Ustaz Mahmud Ayaz (Wakil Arakan Rohingya Network/ Setiausaha Agung Persatuan Kebajikan Muslim Rohingya)

Tarikh : 20 Februari 2012, ISNIN

Masa : 7:30 mlm

Tempat : Surau Al-Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

- Maklumat Lanjut hubungi Sdr Suhaire Sulaiman (010-5492867) , Sekretariat CIMMA

- Kutipan derma akan dilancarkan untuk membantu Ustaz Mahmud Ayaz yang sekarang ini mengurus sebuah Madrasah Anak Yatim Rohingya (Umat Islam Tanpa Negara)


PERSIDANGAN KEMBALIKAN HAK ASASI MANUSIA (Pelarian Etnik Rohingya Muslim)

Tarikh : Jumaat , 24 Feb 2012

Masa : 8 pg - 12.30 tgh

Tempat : Pejabat Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), 14B Jln Plumbum P7/P, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

- Untuk penyertaan sila hubungi 013-3318381 (Sdr Hafiz - Penyelaras Urusetia)

- Anjuran : Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (SHURA).


PELARIAN ROHINGYA KRITIKAL, PERLU SUMBANGAN

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) menyeru rakyat Malaysia yang prihatin untuk menghulurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.

Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid memberitahu, Teras dan Shura bersama-sama Citizens International akan berusaha menghantar misi kemanusiaan kepada mereka sesegera mungkin setelah berjaya mengumpul sumbangan daripada orang ramai.

Mengulas lanjut, beliau berkata, situasi di kem pelarian Rohingya di Bangladesh ketika ini tidak ubah seperti Gaza kerana segala bentuk bantuan yang diberikan pihak luar tidak dibenarkan masuk.

"Di Bangladesh ketika ini ada persamaan dengan kes di Gaza iaitu segala bahan bantuan disekat masuk," katanya.

Kaum Rohingya merupakan populasi muslim terbesar, sekitar 3.5 juta orang di Myanmar yang kebanyakannya tinggal di Rakhine, salah sebuah negeri di Myanmar yang berkongsi sempadan dengan Bangladesh.

Mereka menjadi pelarian di Bangladesh, Pakistan, Thailand, Malaysia dan negara lain sejak lebih 50 tahun dahulu akibat penindasan dan penganiayaan pemerintahan Burma dan penganut Buddha ke atas mereka.

Kepada mereka yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan ini boleh berbuat demikian melalui akaun Teras iaitu BIMB 02020010021351.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27304:pelarian-rohingya-kritikal-perlu-sumbangan-teras-&catid=1:utama&Itemid=50

Bayangkan kalau kita beada di tempat mereka...Tidak dibenarkan bekerja,belajar di sekolah harian kerana status mereka sebagai pelarian...Jadi, apa pilihan yang mereka ada?

Rumah Anak Yatim Rohinya di Selayang amat memerlukan bantuan anda. Tanpa bantuan kerajaan dan tidak mendaftar kerana mereka adalah pelarian.

Kisah selanjutnya di http://waghih.blogspot.com/2009/11/pelarian-islam-tak-layak-dapat-zakat-di.html

Terdapat lebih kurang 10 atau 12 ribu orang pelarian Muslim Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, ia menjadikan pelarian terperangkap dalam beberapa situasi seperti tidak mempunyai pekerjaan yang sah selain anak-anak mereka tidak diberikan akses kepada pendidikan. Begitu juga tiada kemudahan perubatan dan hospital sebagaimana yang dinikmati oleh warganegara.

Natijahnya, terdapat di antara mereka yang terpaksa bekerja sebagai pengemis untuk mencari sesuap nasi di samping meningkatnya masalah sosial yang sudah tentu akan merugikan semua pihak.

Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982”.

Tiada ulasan: