KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120205

Pemimpin politik semua, tengoklah anak buah sendiri


Kepada semua pemimpin politik baik UMNO, PAS atau PKR di peringkat pusat hingga ke cawangan, cubalah tengok masalah sebenar sekeliling kita. 80 peratus kes perceraian adalah berpunca dari gangguan mental. 12 peratus rakyat kita sakit mental. Tolonglah tengok ahli-ahli parti kita sendiri, samada sihat tak mental mereka, berantakan atau tidak rumah tangga mereka.

Banyakkan usaha di kalangan ahli masing-masing agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah swt dan mengikuti sunnah Rasul saw. Hanya inilah saja cara kepada penyelesaian sakit mental dan perceraian yang semakin meningkat hari demi hari.


Laporan terkini tahun 2012 mengatakan 12 peratus rakyat Malaysia berhadapan pelbagai jenis penyakit mental. Kalau rakyat di negara ini ada 28 juta, bermakna 3.36 juta berisiko sakit mental. Kini dilaporkan pula 80 peratus kes rumah tangga yang dirujuk di mahkamah untuk proses perceraian dikaitkan dengan gangguan emosi.

Ini satu masalah yang besar yang boleh mengancam akidah. Khutbah Jumaat perlu lebih serius mengutarakan isu ini di kalangan para jemaah seperti yang saya tulis di http://waghih.blogspot.com/2012/02/kini-12-peratus-rakyat-malaysia-sakit.html


GANGGUAN EMOSI PUNCA CERAI

KUALA LUMPUR 4 Feb. 2012 - Lapan daripada 10 kes rumah tangga yang dirujuk di mahkamah untuk proses penceraian dikaitkan dengan gangguan emosi.

Perunding psikologi keluarga dan guaman syariah, Suzana Ghazali berkata, berdasarkan kes-kes yang dirujuk itu, kebanyakan gangguan mental sehingga membawa kepada penceraian berpunca daripada bebanan terlampau ditanggung isteri yang terpaksa melayan suami dan anak-anak selepas penat bekerja.

Menurutnya, bebanan yang terlampau menyebabkan golongan isteri berdepan dengan tekanan emosi yang tinggi yang kemudiannya menyebabkan mereka menghadapi masalah mental.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm


PERLU RAMAI PAKAR PSIKOLOGI, PSIKIATRIK

KUALA LUMPUR 4 Feb. 2012 - Malaysia memerlukan kira-kira 10 hingga 20 peratus lagi pakar psikologi dan psikiatri dengan segera bagi mengatasi masalah gangguan mental yang dilihat semakin serius.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

Tiada ulasan: