KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120205

Rakan ku ketua militan Abu Sayyaf yang terbunuh?


Malam tadi telah diadakan jamuan makan malam pertemuan kembali bekas pelajar sekolah tingkatan 5 tahun 1982, pertemuan selepas 30 tahun meninggalkan tingkatan 5 sebuah sekolah di Seremban. Sahabat saya menceritakan rakyat Malaysia yang terbunuh di Filipina yang dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf dan JI adalah merupakan bekas pelajar sekolah yang muda setahun, iaitu batch junior SPM tahun 1983.

Saya pada mulanya tak kenal siapa yang dimaksudkan. Rakan saya sebutlah nama gelarannya, sebab kami di sekolah dulu boleh dikatakan setiap pelajar ada gelaran unik masing-masing. Sebab dah 30 tahun meninggalkan sekolah menengah, ingatan saya pun ingat-ingat lupa.

Puas saya ingat kembali. Memori saya sedikit demi sedikit teringatkan kepada junior saya tadi. Kalau tak silap saya dia memang junior saya. Dia sama-sama dengan saya dalam aktiviti ko kurikulum di sekolah kalau tak silap saya.

OK sampai situ saja ceritanya. Saya bukan hendak membicarakan mengenai Abu Sayyaf atau JI atau pengganas, perkara ini biarlah pihak berkaitan yang membicarakannya.

Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah kebajikan keluarga Sdr Zulkifli, sebagai bekas pelajar sekolah kami. Motto sekolah saya dalam Bahasa Inggeris , memberi maksud “Sekali kita menjadi pelajar di sekolah tersebut, selama-lamanya kita bersama”, antara kata lain kita bekas pelajar sekolah tersebut sedikit sebanyak harus mengambil berat hal kebajikan mereka atau keluarga mereka mengikut kemampuan mereka.

Dalam perkara ini , apa yang berlaku, ianya dah berlaku. Saya sebagai bekas pelajar sekolah berkenaan mengharapkan kerajaan Malaysia dapat menguruskan penghantaran pulang jenazah Zulkifli Abdul Hir sebagai permintaan terakhir di dunia ibunya Puan Aminah Abdul Aziz.

Saya juga mengharapkan persatuan bekas pelajar sekolah kami dapat memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga Zulkifli Abdul Hir terutamanya bondanya yang tercinta Puan Aminah Abdul Aziz.

Rozmal bin Malakan (Waris Jakun)

Seremban

http://waghih.blogspot.com

KDN tidak tolak kemungkinan

PUTRAJAYA 4 Feb. 2012 - Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan terdapat lebih daripada seorang rakyat Malaysia terbunuh dalam serangan ke atas kubu kuat militan Abu Sayyaf dan pertubuhan Jemaah Islamiah (JI) di selatan Filipina kelmarin.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakyat Malaysia yang terbunuh itu dikenal pasti mempunyai kaitan dengan pertubuhan JI dan Darul Islam.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut mengenai identiti anggota kumpulan itu yang terbunuh masih dijalankan untuk membuktikan kewarganegaraannya.

Dalam serangan waktu Subuh itu, tiga pemimpin kanan paling dikehendaki kumpulan tersebut iaitu pemimpin Abu Sayyaf warga Filipina, Umbra Jumdail; rakyat Malaysia, Zulkifli Hir (gambar) dan warga Singapura, Abdullah Ali Alias Muawiyah turut terbunuh.

Friday, 03 February 2012 15:23

The mother of a suspected Malaysian terrorist leader killed in the Philippines has appealed for the return of the body of her dead son, a news report said Friday.

Aminah Abdul Aziz, 64, asked authorities in Kuala Lumpur and Manila to send back to Malaysia the body of her son, Zulkifli Abdul Hir, so he could be given proper burial.

Zulkifli, also known as Marwan, 46, was an engineer who worked in a telecommunications company in Kuala Lumpur before he became a leader of the Indonesia-based militant group Jemaah Islamiyah in 2000. He left behind a wife and three children.

http://staroba.my/component/content/?view=featured

http://bigcatrambleon.blogspot.com/2012/02/untold-story-of-zulkifli-abdul-khir.html

2 ulasan:

Khairul Faizi berkata...

Once a Sdarian always a Sdarian....al-fatihah buat Allayarham Zulkifli.

Khairul Faizi, Star 86-90

nu4q3 berkata...

Takbirrr!From Allah we come,to Allah we return... to "Cheng"


Nu4q3;MCOB 79-83