Saya dikhabarkan permohonan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia ibu tunggal di bawah ini ditolak. Harap pihak LHDN, Jabatan Perdana Menteri dan sebagainya dapat menyiasat perkhabaran tersebut. Mungkin ramai lagi yang senasib dengan ibu tunggal di bawah ini yang sentiasa mengharapkan bantuan tersebut kerana media hari-hari menyiarkan bantuan tersebut , menyebabkan ramai yang menaruh harapan, terutama mereka yang benar-benar memerlukan.
*********
Kepada mereka yang ingin membantu sila salurkan ke akaun atas nama Faizah bte Mohamed Kassim, No akaun Maybank 152116174237
IBU TUNGGAL TERTEKAN ANAK SAKIT JANTUNG, RUMAH BAKAL DILELONG
Utusan Malaysia - Dua daripada lima anaknya menghidapi sakit jantung sementara rumahnya di Taman Sejahtera di Lunas dekat sini bakal dilelong oleh pihak bank.
Inilah nasib malang yang menimpa ibu tunggal Faezah Mohd. Kassim, 39.
Dia sendiri kurang sihat ekoran kemalangan jalan raya yang dialami tahun lalu.
"Akibat keadaan tersebut saya sering tidak dapat ke tempat kerja yang menyebabkan gaji selalu berkurangan kerana banyak cuti sakit.
"Permohonan saya untuk mendapat pampasan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) telah ditolak,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Faezah berkata, anak sulungnya, Nursyazwani, 17, akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada November ini tetapi kerap pengsan yang dipercayai akibat penyakit jantung yang dideritainya sejak berumur sembilan tahun.
Nursyazwani mendapat rawatan di Hospital Kulim sebanyak dua hingga tiga kali sebulan.
Anak ketiganya Nuradila, 14, juga mengalami sakit jantung berlubang dan sakit akibat tulang belakang tidak seimbang dan perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang.
Tiga lagi anaknya juga masih bersekolah.
"Saya pernah menganggur selama lebih enam bulan dan oleh itu saya tidak membayar pinjaman rumah sejak dua tahun lalu. Rumah saya akan dilelong pada bila-bila masa,” kata Faezah.
Orang ramai atau badan-badan amal yang berhasrat membantu keluarga ini boleh menghubungi Faezah di talian 017-5825890. - Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan