KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060908

Roti High 5 Diragui Halal dan Kilang Amat Kotor

Sila rujuk laporan akhbar Berita Harian dan Kosmo 7 September 2006 serta gambar sekitar premis kilang di laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia http://www.muslimconsumer.org/ppim/news.php?extend.220
"Sokong,Bantu dab Belilah dari Industri Usahawan Islam"

Kilang roti terkenal diarah tutup – Berita Harian 7 September 2006

NILAI: Sebuah kilang memproses roti jenama terkenal di Nilai 3, dekat sini diarahkan menghentikan operasi selama dua minggu mulai petang semalam kerana didapati kotor serta menggunakan bahan yang disyaki tidak halal.

Arahan dikeluarkan selepas pihak berkuasa yang disertai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan, Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Jabatan Imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan pemeriksaan di kilang berkenaan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata pihak berkuasa sudah menerima aduan mengenai keadaan kilang yang tidak bersih serta menggunakan bahan disyaki tidak halal sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, sebelum ini tindakan tidak dapat diambil terhadap syarikat itu kerana aduan tidak disertakan dengan bukti.

"Kira-kira tiga minggu lalu, kami menerima aduan orang ramai berserta gambar keadaan kilang itu serta minyak yang diragui halalnya," katanya pada sidang media di kilang itu petang semalam.

Dr Maamor berkata, melalui aduan itu pihaknya meminta kerjasama pihak berkuasa melakukan serbuan dan pemeriksaan.

"Serbuan berjaya mengesan tahap kebersihan yang terlalu rendah dan kilang roti berkenaan diarahkan tutup selama dua minggu," katanya.

Dalam pemeriksaan itu pihaknya menemui minyak yang disyaki tidak halal yang digunakan untuk membuat roti dan diserahkan kepada Jakim untuk ujian.

"Minyak yang diimport dari Jerman itu akan diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis kandungannya," katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Penyelidikan dan Pembangunan/Jaminan Kualiti bahagian pengeluaran syarikat itu berkata syarikatnya akan memperbaiki mutu produk yang dikeluarkan syarikat itu.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Nasional/20060906233255/Article/