KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060908

Siapa Boleh Bantu Benjamin a.l. Sukumaran ?

Benjamin a/l Sukumaran dahulunya seorang yang sihat, bekerja sebagai juruteknik di salah sebuah kilang di Senawang. Dia hanya inginkan kehidupan yang seadanya, mencari pendapatan seharian, menanggung isteri dan membesarkan anak-anaknya. Namun tanggal 26 Februari 2006 telah merubah segala-galanya. Dia telah ditimpa kemalangan jalanraya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Akibatnya dia lumpuh separuh badan dan hanya mampu bergerak sekarang ini menggunakan kerusi roda.

Keluarga, jiran-jiran dan rakan-rakan sekerja membantunya dari masa ke semasa. Namun sekarang beliau terpaksa keluar dari rumah yang disewanya di Seremban Jaya. Dia telah berusaha untuk mendapatkan rawatan pakar. Beliau juga telah berusaha untuk mendapatkan pampasan , pencen ilat atau apa yang sepatutnya daripada Perkeso. Namun sehingga ke saat ini tiada jawapan ya atau tidak diberikan daripada Perkeso. Tiada maklumbalas apa-apa daripada Perkeso setelah lebih 1 tahun beliau lumpuh.

Beliau telah berjumpa pelbagai agensi kerajaan, beliau telah berjumpa wakil rakyat MIC, beliau telah cuba menyuarakan masalahnya kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan. Malah beliau telah cuba menghubungi pihak media , namun semua pihak tiada yang memberikan jawapan yang dapat menyelesaikan masalah beliau.

Kepada rakyat Malaysia yang perihatin, yang sudah 49 tahun Merdeka, sekiranya anda boleh membantu Benjamin untuk mempermudahkan urusan pampasan dari Perkeso, urusan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan seumpamanya , silalah hubungi beliau di talian 013-2717570 atau saya sendiri Rozmal bin Malakan 012-2267406, e-mel rozmal@yahoo.com