KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080131

Senawang, Seremban juga tidak selamat utk anak-anak

Cerita lanjut di SINI . Juga gempar lagi satu kes terbaru cubaan menculik kanak-kanak di SINI

Jom ke Angkasa Lepas bersama keluarga

Musim cuti sekolah hampir tiba iaitu pada 8 hingga 16 Mac 2008. Ada yang akan sibuk kenduri kendara, ada yang sibuk pilihanraya, ada yang dah tempah baju Melayu , tak tahulah untuk kenduri kahwin atau untuk bakal YB.

Walau apa pun, luangkanlah masa cuti ini bersama keluarga melakukan aktiviti yang bermanafaat. Kenapa tidak ke Malaysian International Space Adventure (MISA) atau Pengembaraan Angkasa Lepas Antarabangsa Malaysia di Putrajaya (Presint 5 Putrajaya, berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya)

Banyak bahan-bahan menarik dari NASA juga Agensi Angkasa Lepas Eropah. Inilah masanya kita hendak menanam minat pada anak-anak kita kepada sains dan teknologi agar pembelajaran mereka lebih menyeronokkan.

Kalau ada antara kita mampu untuk berbelanja RM 100 atau lebih sebulan untuk menghantar anak-anak kita ke pusat tusyen, kenapa tidak kita berbelanja RM 20 untuk ke MISA. Mungkin pada sesetengah kita menganggap ianya agak mahal. Tetapi untuk mendapat peluang yang seumpama ini, mungkin kita perlu berbelanja beribu-ribu ringgit pula untuk pergi ke Space Centre seperti di Florida , Amerika Syarikat. Pameran MISA ini telah bermula pada 15 Disember 2007 dan akan berakhir pada 15 Mac 2008.
Kalau buat rombongan sekolah atau rombongan parti politik sempena pilihanraya nanti mungkin boleh dapat lebih diskaun.

Maklumat lanjut boleh layari laman web mereka di sini MISA

ZON MENARIK di MISA :

1. Space Shuttle Flight Deck – Merasai sendiri keadaan dalam dek replika Sapce Shuttle
2. History of Space Exploration – Sejarah Pengembaraan Angkasa Lepas
3. Magic Planet – Mengembara di planet-planet
4. Mars Rover – Pengembaraan ke planet Marikh
5. Blast Zone – Pengalaman berada di tapak pelancaran roket
6. 4D Theatre – Panggung 4D, kita dah biasa dengan panggung 3D tapi yang ini 4D
7. Space Station Interactive -
8. Space Interactive
9. Galactic Concourse

OPERATION HOUR Monday to Sunday - 10am - 10pm (Last Entry at 9PM)

TICKET PRICE (Mykad Holder 25% Discount)
Adult - RM 38.00 per person - RM 28.50 per person (My Kad holder)
Children (3-12 year old) - RM 23.00 per person RM 17.25 per person (My Kad holder)

20080130

Muncul lagi satu Blog di N.Sembilan

Moh kita semarakkan budaya menimba ilmu di Negeri Sembilan. Tahniah kepada Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan Seremban diatas kemunculan Blog mereka di sini http://at-tibyan.blogspot.com

Kesian Tengok Polis Trafik di Malaysia

Kesesakan jalanraya adalah perkara biasa di kebanyakkan bandar di Malaysia ini, terutamanya waktu puncak, waktu pagi, waktu orang pergi kerja, waktu pelajar ke sekolah.

Contohnya seperti di Seremban, iaitu di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Ampangan. Kesian juga tengok polis trafik yang berdiri di tengah jalan. Menjadi sasaran maki hamun dalam hati pengguna jalan raya. Bukan itu saja, kesian juga tengok polis trafik ini, berhadapan dengan risiko dilanggar oleh kenderaan yang mengejar lampu isyarat, juga terpaksa berdiri lama di tengah persimpangan jalanraya menghidu asap karbon monoksida.

Manakan tidak bahayanya polis trafik tadi, lampu isyarat berwarna hijau, akan tetapi polis trafik di tengah-tengah simpang memberi arahan kenderaan dari arah bertentangan untuk teruskan pemanduan. Kalau pada sebelah pagi, sebelum masuk sekolah, yang paling teruk dan panjang kesesakan ialah kenderaan dari Paroi hendak menuju ke bandar Seremban.

Apa yang hendak dimarahkan polis tadi, mana dia hendak nampak, dari arah mana kenderaan banyak berpusu-pusu.

Justeru itu pihak yang bertanggungjawab , haruslah memikirkan bagaimanakah caranya untuk mengatasi kesesakan jalanraya di persimpangan lampu isyarat untuk mengurangkan risiko kemalangan samada di pihak polis mahupun pengguna jalanraya.

Antara pendekatan yang boleh diambil ialah mempastikan bahawa lampu isyarat di persimpangan yang terlibat hendaklah ditetapkan kawalannya berkelip pada lampu berwarna kuning. Dengan ini kenderaan dari semua arah akan lebih berhati-hati apabila sampai di persimpangan tersebut. Para pengguna jalanraya tidak akan teragak-agak samada untuk mematuhi lampu isyarat atau mematuhi arahan polis.

Pendekatan seterusnya ialah dengan memberi kemudahan kepada pihak polis mengawal lalulintas di persimpangan lampu isyarat secara kawalan jauh (remote control). Di sesetengah negara maju, sistem ini telah lama digunakan. Bahkan ianya digunakan oleh pasukan bomba di negara tersebut untuk mempastikan laluan bomba yang dalam perjalanan ke sesuatu tempat kecemasan, lampu isyaratnya sentiasa berwarna hijau. Sistem kawalan jauh ini juga sesuai digunakan apabila mengiringi pembesar-pembesar negara, dengan itu tidak perlu menggunakan begitu ramai anggota polis trafik untuk membawa pembesar-pembesar negara.

Malah untuk lebih memudahkan kerja, boleh juga difikirkan untuk memasang CCTV di persimpangan lampu isyarat yang sering mengalami kesesakan lalulintas. Dengan ini lampu isyarat di persimpangan yang terlibat boleh di kawal secara kawalan jauh dari bilik kawalan.

Dapatkah kita di Malaysia melakukannya ? Boleh jika semua pihak bekerjasama, pakar kejuruteraan trafik membuat kertas kerja, kontraktor yang jujur melakukan tugas pemasangan dan penyenggaraan yang terbaik, dan kerajaan memberikan bajet yang secukupnya.

Kebanyakkan sistem yang diketengahkan tadi tidak memakan kos yang tinggi kerana ianya mudah didapati di pasaran negara maju. Tak percaya klik sini http://www.intelligentsignals.com/Products.htm#rctl

20080128

Kerjaya Menarik di E Rehal, Seremban

E-REHAL TRAINING AND SERVICES SDN. BHD. sebuah syarikat perunding pendidikan & latihan di Seremban memerlukan SEGERA :
1. Pengurus
Kelayakan : Ijazah / Diploma
Jantina : Lelaki
Gaji : Berdasarkan kelayakan & kebolehan

Keutamaan akan diberikan kepada yang mampu mengendalikan sesi latihan disamping mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran.

2. Akauntan / Pegawai Kewangan
Kelayakan : Ijazah / Diploma
Jantina : Perempuan / Lelaki
Gaji : Berdasarkan kelayakan & pengalaman

3. Pembantu Tadbir
Kelayakan : Diploma
Jantina : Lelaki / Perempuan
Gaji : Min RM700/=

Kepada sesiapa yang berminat sila hantar CV kepada sdeen2001@yahoo.com
atau hubungi 019-6526416 untuk maklumat lanjut.

SHAHRIN AWALUDIN
Pengarah Urusan
E-Rehal Training and Services Sdn. Bhd.

Dato’ Bahaman pernah menetap di N.Sembilan

Tahukah anda pejuang Tanah Melayu Dato' Bahaman yang tersohor pernah menetap di Negeri Sembilan ?

…….. Menurut Sdr Roseli, berdasarkan pertuturan lisan ayahnya, Dato’ Bahaman berasal dari Lancang di Pahang berundur ke Kampung Chennah terlebih dahulu apabila kalah kepada Inggeris dalam peperangan tahun 1891.
………..Ketika menetap di Kampung Chennah beberapa bulan, Dato’ Bahaman dikenali sebagai seorang guru agama iaitu Sheikh Idrus. Katanya, selepas Sheikh Idrus menghilang, Kampung Chennah tak semena-mena mengalami banjir besar disebabkan empangan bagi melombong bijih pecah setelah pihak Inggeris merobohkan surau peninggalan Sheikh Idrus, beritahu Sdr Roseli. ………


Cerita lanjut di SINI

Mengangkasakan Keris ?

Bolehkah anda bayang rupa bentuk keris ? Sejenis senjata tajam yang berkait rapat dengan orang Melayu. Itu dulu, tapi keris zaman angkasa ini telah berubah.

Keris zaman angkasa ini bakal dipasarkan dalam masa terdekat. Ianya akan menjadi satu senjata yang amat digeruni samada oleh pihak musuh atau mereka yang tidak berdosa yang terperangkap dalam konflik peperangan.

Keris ini adalah senjata ringan tercanggih pada ketika ini. Sebuah syarikat di negara barat pada ketika ini sedang menguji pada peringkat akhir senjata api yang diberi nama “Kriss” bersempena dengan nama “Keris” pisau tajam berkelok yang berasal dari Nusantara menurut mereka.

Tidak pernah sebelum ini sebuah mesingan ringan dicipta menggunakan peluru sebesar “.45 calibre” yang dapat memusnahkan sasaran dengan tepat dan cepat tanpa kuasa sentakan (recoil) yang kuat. Kriss ini boleh menggunakan kelopak peluru yang berisi 13 atau 28 butir peluru serta boleh ditembak secara otomatik sepenuhnya pada kadar 4,500 pusingan seminit. Rahsia Kriss ini ialah kuasa sentakan ini bergerak bukannya melintang ke arah bahu tetapi mendatar ke bawah, ke arah tanah, seperti mana jugalah keris asal yang kuasa menikamnya diseimbangkan dengan bentuk ulunya yang unik.

Apa yang dibanggakan ialah Bahasa Melayu digunakan untuk memberi nama senjata ringan tercanggih ini.

Apa yang dikesalkan ialah ada orang Melayu sendiri tidak memartabatkan Bahasa Melayu, seolah-olah tidak yakin kita tidak akan maju jika menggunakan Bahasa Melayu.

Lebih dikesalkan lagi ialah apakah Kriss ini akan menjadi senjata pemusnah untuk membunuh mereka yang tidak berdosa ? Menjadikan dunia tempat yang tidak selamat untuk anak-anak kita ? Jalan perundingan adalah yang terbaik.

Apakah selepas ini lambang Keris akan digantikan dengan lambang “Kriss” ?

“Hidup Bahasa Melayu”

Rujukan :
http://world.guns.ru/smg/smg96-e.htm
http://www.askmen.com/toys/top_10_200/248_top_10_list.html

20080126

Bas untuk wanita sahaja. Tapi bukan di Malaysia

Pernah terfikir , bas untuk wanita sahaja ? Bukan di negara Islam, bukan di Malaysia tapi di Mexico. Tak percaya baca berita berikut pada 2008 YAHOO News 24 Januari

“Women-only buses or subways have been rolling for years in India, Brazil, Japan and other countries”

Tapi kenapa ya, bila amalan ini hendak diperkenalkan di Malaysia ianya dikaitkan dengan Islam yang ketinggalan zaman ?

Seperti apa yang berlaku di Sekolah Seremban Jaya baru-baru ini. Yang melenting orang Islam pula. Oh , Negara ku Malaysia !

Kecoh pengasingan pelajar perempuan di Seremban di Utusan Malaysia

Kedai Judi Rembau di Utusan Malaysia

Apa yang kecoh sangat kedai judi di Rembau ini sehingga tersiar dalam Utusan Malaysia ? Cerita lanjut di link berikut Rembau Hari Ini

20080124

Kekejaman Israel, Jangan Setakat Kutuk Saja

Rakyat Palestin semakin hari diperlakukan seperti binatang. Kita jangan setakat kutuk saja keganasan rejim Israel ini. Banyak perkara boleh dilakukan, antaranya :

Menandatangani petisyen agar keganasan ini dihentikan. Sila klik link Blog Marina Tun Dr Mahathir untuk maklumat lanjut di SINI

Atau menyumbang bantuan kewangan melalui agensi kemanusiaan berikut :

Aman Palestin di SINI
ISMA di SINI
JIM di SINI
Aman Malaysia di SINI
ABIM di SINI

Atau memboikot produk yang ada kaitan dengan rejim Israel di SINI
Atau menyebarkan e-mel ini kepada rakan-rakan anda

Akhir sekali marilah kita sama-sama mendoakan agar rakyat Palestin diselamatkan dari kekejaman rejim Israel serta diteguhkan iman mereka.

20080123

Orang N.Sembilan tak kenal sasterawan mereka

Macamana orang Negeri Sembilan boleh tidak kenal tokoh sasterawan negara dari Negeri Sembilan ini , Dharmala NS . Kenapa golongan muda N.Sembilan, agensi kerajaan dan swasta, masjid mahu pun surau tidak berusaha untuk menggunakan kepakaran beliau untuk merungkai permasalahan sosial di Negeri Sembilan seperti mengadakan Seminar “Peranan Sastera Dalam Pembentukan Masyarakat Yang Bertamaddun dan Berkasih Sayang”. Novel beliau begitu banyak sekali berkisarkan permasalahan masyarakat di Malaysia ini.

20080121

Antara Cuti Thaipusam dan Hari Raya Haji

Semua orang seronok bila PM isytihar hari Thaipusam sebagai cuti umum di KL dan Putrajaya. Orang Melayu pun seronok, terutama yang bekerja di KL dan Putrajaya, bukan sebab nak sambut Thaipusam , tapi sebab cuti, tak payah pergi kerja.

Tahniah kepada penganut agama Hindhu , kerana suara mereka mendapat perhatian pemimpin negara. Cumanya sekarang, KL dan Putrajaya dah lebih satu hari cuti umum berbanding negeri lain, adakah negeri lain akan minta tambahan cuti umum, atau KL dan Putrajaya akan menarik balik satu hari cuti umum dari cuti lain ?

Apakah budaya cuti umum ini akan menjadikan rakyat Malaysia malas, sekiranya jumlah cuti umum untuk setahun tidak dikawal ?

Berbalik pula kepada umat Islam di Malaysia ini. Kenapa tidak ada desakan daripada mana-mana pihak , NGO Islam, cendekiawan Islam, serta individu Islam sendiri untuk menggesa kerajaan supaya cuti umum Hari Raya Idil Adha selama 4 hari.

Apa rasionalnya ? Sebenarnya Hari Raya Idil Adha sepatutnya disambut empat hari berturut-turut dimana umat Islam boleh bertakbir raya selama empat hari untuk Hari Raya Idil Adha, sementara takbir untuk Hari Raya Idil Fitri cuma setengah hari. Di samping itu akan lebih memudahkan lagi umat Islam untuk melakukan ibadah korban tanpa perlu mengambil cuti tahunan.

Tidakkah ini akan menambahkan lagi bilangan cuti umum di Malaysia ? Tidak. Sebenarnya kita boleh tukar cuti umum kebesaran Islam yang lain dengan cuti Hari Raya Haji ini. Kita boleh tukar dengan cuti Maal Hijrah, cuti Maulid Nabi dan cuti Israk Mikraj.

Sambutan Maal Hijrah, Maulid Nabi dan Israk Mikraj bukanlah sambutan perayaan Islam, tetapi hari sambutan kebesaran Islam. Sedangkan Hari Raya Idil Adha ialah sambutan perayaan dan sambutan hari kebesaran Islam.

Lagi pun sambutan Maal Hijrah dan Maulid Nabi masih boleh diteruskan dengan disertai oleh kakitangan swasta dan kerajaan, kerana selama inipun ada dikalangan mereka dikerahkan untuk menyertai acara sambutan walaupun hari tersebut adalah hari cuti umum.

Kita bukan menuntut tambahan cuti umum, kita juga bukan menuntut hak cuti umum penganut agama lain. Kita cuma menuntut ditukar cuti umum hari perayaan dan kebesaran Islam. Bolehkah kita umat Islam di Malaysia membuat perubahan ?

Tepuk dada, tanya iman.

Kenapa orang NS tak promo negeri sendiri ?

Kenapa orang duk pergi melawat Kelantan dan Terengganu saja ? Tak ada produk beridentitikan Negeri Sembilan ke di Negeri Sembilan ini. Sebenarnya banyak. Saya pun terperanjat laman web ini KRAFTANGAN menyenaraikan begitu banyak sekali produk kraftangan yang diusahakan di Negeri Sembilan.

Orang Perancis tahu produk rotan Kuala Pilah. Orang Negeri Sembilan sendiri tak tahu produk rotan Kuala Pilah dah sampai ke Perancis, siap keluar berita dalam TV3.

Dimana silapnya, sampai orang Negeri Sembilan sendiri tak mempromosi dan berbangga dengan produk Negeri Sembilan ? Mungkin perlu lebih kreatif ? Buat cenderahati rotan, bentuk roket Soyuz ke ? Buat Hari Perkampungan Perpatih ke ? Kerajaan Negeri, MARA, MAINS, agensi kerajaan, persatuan dan individu di N.Sembilan ini perlulah lebih kreatif lagi. Takkan nak tunggu program Jom Heboh nak tarik ramai pengunjung ?

Bila produk N.Sembilan menjadi sambutan, maka bertambah pesatlah industri kraftangan, pelancongan, rekreasi di N.Sembilan ini. Peluang pekerjaan akan bertambah, terutama untuk anak tempatan. Sekarang ni kilang di Negeri Sembilan ni tak banyak yang baru buka, lepas tu ramai tenaga kerja warga asing pula.

Berhijrahlah !
Ke Arah Masyarakat Penyayang dan Berilmu

20080120

Bangsa Melayu Angkasa, Minda Sampah

Adakalanya terasa bangga bila mendengar kata-kata mengangkasakan bangsa. Bangsa Melayu, Bangsa Malaysia dan sebagainya.

Kita cakap benda yang canggih-canggih, akan tetapi perkara yang asas diambil mudah. Terutamannya aspek kebersihan dan alam sekitar. Bak kata Menteri Alam Sekitar kita baru-baru ini mengenai kurangnya keprihatinan kita mengenai alam sekitar.

Mudah saja, tanya diri kita sendiri. Adakah kita mengamalkan amalan kitar semula ? Kalau ya, adakah kita mengajar anak-anak kita untuk kitar semula ? Kemudian tanya pada diri kita , adakah kita membuang plastik gula-gula apabila menaiki kereta di luar tingkap kereta, atau menyediakan bekas sampah dalam kereta ? Kalau ya, adakah kita mengajar anak-anak kita perkara yang sama ?

Masih ingat lagi Kempen Kitar Semula yang dijalankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ? Tong biru untuk kaca, tong oren untuk kertas, tong coklat untuk tin aluminium, keluli dan plastik ? Gambar berikut saya ambil di salah satu tempat kitar semula di stesen minyak sekitar Senawang. Tong kitar semula atau tong sampah ?

Jangan nak menuding jari pada sesiapa, jangan nak menuding jari pada kerajaan. Tanya dulu diri kita sendiri, adakah kita mengitar semula sampah di rumah kita, di pejabat kita ?

Yang saya nampak ada mengamalkan kitar semula ialah makcik-makcik dan pakcik-pakcik berbangsa Cina, pada hujung minggu apabila saya lalu di Dataran Senawang, mereka ini akan mengumpul kertas, tin, botol arak untuk di kitar semula. Mereka ini bukannya tidak ada duit, mereka ini bukannya bertenaga sangat. Tetapi mereka nampak jika dibiarkan ianya satu pembaziran. Di samping itu mereka dapat mengeluarkan peluh sambil berjogging.

Tolonglah selamatkan negara kita ini. Tolonglah kitar semula. Jangan tunggu orang lain buat baru kita nak buat. Jadikan ianya amalan keluarga kita, amalan anak-anak kita, amalan emak, ayah dan datuk nenek kita.

Kalau untuk orang Islam pula, jadikan ianya sebagai amal ibadah. Kita mengharapkan keredhaan Allah kerana Islam menekankan aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar.

20080119

Pertandingan Pelekat Kereta Untuk Keamanan

Menarik ! Klik link berikut Rembau Hari Ini

Program Kecemerlangan Keluarga Muslim 27 Jan Sban

Program Kecemerlangan Keluarga Muslim
Oleh pakar motivasi veteran negara : Y Bhg Dato Dr Hassan Ali
Tarikh : Ahad 27 Januari 2008
Masa : 5 ptg – 6:30 ptg
Tempat : Dewan Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban
Penyertaan : Untuk Muslimat Sahaja
Yuran : RM 5 seorang (Tempat terhad 200 orang sahaja)
Untuk pendaftaran hubungi : Cikgu Hasan 013-3426346 sebelum 26 Jan 08

Matlamat program :
1. Melahirkan keinsafan di kalangan ahli keluarga tentang perlunya diwujudkan suasana kecemerlangan dalam keluarga
2. Mencari jalan penyelesaian ke atas pelbagai masalah gejala sosial, disiplin dan salah laku di kalangan anak-anak
3. Menyuburkan semangat sejati dan kasih sayang sekeluarga

20080115

Doa untuk adik Sharlinie Mohd Nashar

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
Salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, keluarga serta sahabat baginda

Ya Allah ya Tuhan kami
Kami lemah ya Allah, hanya kepada Mu kami mohon pertolongan ya Allah
Tolonglah kami mencari adik Sharlinie binti Mohd Nashar
Agar kami dapat menjumpainya dalam keadaan yang selamat

Ya Allah ya Tuhan kami yang melembutkan hati manusia
Lembutkanlah hati penculik adik Sharlinie binti Mohd Nashar
Agar dia dapat memelihara dan mengembalikan adik Sharlinie kepada ibu bapanya

Ya Allah, segala usaha telah kami lakukan
Segala tenaga telah kami kerahkan
Namun Engkau Yang Lebih Berkuasa sebenarnya

Ya Allah, teguhkanlah iman kami ini
Teguhkanlah iman Puan Suraya binti Ahmad dan Encik Mohd Nashar bin Mat Hussain
Ya Allah, apalah cubaan yang menimpa negara Malaysia sekarang ini
Ya Allah, jadikanlah kejiranan kami, kejiranan yang berkasih sayang

Ya Allah, peliharakanlah kami, lindungilah kami dari orang yang zalim dan berbuat aniaya di Malaysia ini.

Hanya kepada Mu kami berserah
Kami hanya insan yang amat lemah

Perkenankanlah doa kami ini ya Allah.
Amin

20080114

Masjid Bandar Baru Senawang Masjid Contoh

Berita lanjut di SINI

Seremban “syurga” kain tudung

Ini orang perempuan saja yang minat cerita-cerita macam ni. Setelah banyak menemani isteri membeli kain tudung serata Malaysia, katanya lebih banyak pilihan lagi di KM Plaza Seremban. Di Terengganu, Kelantan dan Kuala Lumpur pun tak banyak pilihan macam di KM Plaza. Malah kawan-kawan dia di KL pun kirim minta beli di Seremban. Di KM Plaza tu banyak kedai-kedai kecil tingkat bawah yang jual kain tudung dan pakaian wanita. KM Plaza terletak bertentangan dengan stesen bas Terminal 1 Seremban dan berhampiran Perpustakaan Negeri.

Melanconglah ke Negeri Sembilan. Segalanya ada di sini. Moh kita promosi destinasi di Negeri Sembilan seperti laman web Seremban Maya dot Com di SINI

20080113

Majlis Diskusi Buku Imam Syafie 23 Jan Senawang

Majlis Diskusi Buku “ Imam Syafie – Penghulu Imam dan Pembaharu Ummah , Penulis : Hj Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki”
Tarikh : Rabu 23 Januari 2008 ( Cuti Umum)
Masa : 9 pagi
Tempat : Pusat Pengajian Imtiyaz, 122-1 Atas, Blok P, Jln Taman Komersil Senawang 5, Taman Komersil Senawang, Dataran Senawang, N.Sembilan
Ahli Panel Diskusi : Ustaz Hj Syuhada Mahmud dan Ustaz Hj Khusyairi Hamdan

Semua Dijemput Hadir - Percuma

Maklumat lanjut hubungi Ustaz Norazman 019-6400062 , 06-6792617

Pusat Pengajian Imtiyaz juga mengadakan Program Pengajian Tafaqquh Fiddin mengikut jadual berikut :
Pengajian Al Quran oleh Ustaz Zulnasri bin Manan Setiap Isnin 8:30am – 10:30am
Fiqh Manhaji oleh Ustaz Hj Khusyairi Hamdan Setiap Selasa 8:30am – 10:30am
Bahasa Arab Komunikasi oleh Ustaz Hj Norazman Hj Mohamad Setiap Rabu 8:30am – 10:30am
Tauhid oleh Ustaz Khairil Anuar bin Mohd Wafa Setiap Khamis 8:30am – 10:30am

20080110

TATA India buat kereta murah gila

Satu cabaran kepada Malaysia. Tata syarikat pengeluar kereta di India akan mengeluarkan kereta yang murah gila pada tahun 2008 ini .

Satu model menggunakan enjin petrol harga kurang dari RM9,000 dan satu lagi model enjin guna kuasa tekanan udara. Kos untuk isi tekanan udara tak sampai RM7 boleh jalan sejauh 200km, harga kereta pula tak sampai RM 17,000

Satu cabaran untuk syarikat pengeluar kereta di Malaysia.

Mengangkasakan bangsa !

Lihat komen penganalisis kereta terkenal Paultan klik di sini dan klik sini

Juga artikel ini klik sini

Beli Kamus berpeluang menangi Pakej Umrah

Sempena Karnival Maal Hijrah dari 10 hingga 12 Januari 2008 ini, Gerai Al Azhar Media mengadakan promosi jualan Kamus Arab-Melayu istimewa Kamus Al Miftah. Anda berpeluang untuk memenangi Pakej Umrah untuk dua orang untuk pembelian kamus ini.

Kunjungi kami di Karnival Maal Hijrah di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Jumpa anda di sana ! Maklumat lanjut hubungi Syazwan 019-6619156

Ceramah Maal Hijrah Dr Yusof Othman 12 Jan Seremban

Penceramah : Prof Dr Mohd Yusuf Bin Othman
Tarikh : 12 Januari 2008 (SABTU)
Masa : 10.30 am- 12.00 Tengahari. (makan tgh disediakan)
Tempat : Dewan Besar Kompleks Belia dan Sukan Paroi , Seremban
Tajuk : Menyingkap prestasi umat Islam 1400 tahun

Muslimin dan muslimat di jemput hadir
Anjuran ABIM / WADAH

20080107

Ceramah Shahkirit Govindji 12 Jan Seremban

Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Ceramah Sambutan Maal Hijrah
Penceramah : Sdr Shahkirit Kakulal Govindji dari Saba Islamic Media
Tarikh : 12 Januari 2008 – SABTU
Masa : 7:30 malam – Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1, Senawang, NS

Siapa dia Shahkirit ? Lihat sini http://www.shahkirit.com dan sini www.youtube.com/watch?v=_fjj5Hc9L2I

20080106

Kalau tidur hotel, jangan lupa bawa ini …

Pesanan kepada pasangan suami isteri yang ingin tidur di hotel. Berikut adalah cadangan yang amat praktikal apabila anda tidur di hotel-hotel di Malaysia ini untuk mengelakkan rakaman kamera tersembunyi. Ianya murah dan boleh didapati di kebanyakkan kedai di Malaysia ini. Kartun ini mencadangkan kita menggunakan khemah (Kartun akhbar Kosmo 6 Jan 2008). Klik pada gambar untuk lebih jelas.

Ceramah Sains dalam Al Quran 18 Jan Senawang

Penceramah : Dr Mohd Arip Kasmo (UKM)
Tajuk : Pengukuhan Aqidah Menerusi Penghayatan Mukjizat Sains Dalam Al Quran
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Tarikh : Jumaat 18 Januari 2008
Masa : Selepas Solat Maghrib
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Untuk jadual ceramah dan kuliah Masjid Bandar Baru Senawang sila layari http://masjidsenawang.blogspot.com

20080105

Konsert Rabbani, Akhil Hayy, Ina Naim 12 Jan Seremban

KONSERT GEMA MAAL HIJRAH
Bersama : RABBANI, AKHIL HAYY, SUHAIMI & INA NAIM
SABTU 12 JANUARI 2008
JAM 8:30 MALAM
DI DEWAN UTAMA , PUSAT DAKWAH ISLAMIAH PAROI , SEREMBAN
Semua Dijemput Hadir – PERCUMA
Anjuran : Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

KARNIVAL MAAL HIJRAH 1429H
KHAMIS – AHAD ; 10 – 13 JAN 2008
DI DEWAN MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN

APA YANG MENARIK !
* Aerospace dan Demonstrasi Roket Air
* Pameran khazanah penjara
* Mencerap bintang dan planet
* Bual Bicara dan Tayangan AMAN Palestin
* Pertandingan Nasyid Jemputan
* Pertandingan Berszanji & Marhabban Khas
* Pertandingan Bercerita Kisah Nabi
* Pertandingan Busana, Melukis & Mewarna
* Seminar Resam Uthmani
* Ceramah Keibubapaan
* Kemunculan khas Shahril Inteam dan Azmi Barongan
Semua Dijemput Hadir
Anjuran : Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Maklumat terkini di www.ns.gov.my atau www.mains.gov.my

Ceramah Maal Hijrah 10 Jan Senawang

Selamat Menyambut Tahun Baru 1429 Hijrah
Semoga amalan dan usaha di tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu

Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke
Ceramah Maal Hijrah
Penceramah : Ustaz Mohd Nazri Yusof dari Madrasah Tuan Hj Abdul Rahman, Rembau
Tarikh : 10 Januari 2008 – KHAMIS
Masa : 7:30 malam – Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang

PMR tak dapat 9A kerana B. Arab , sedia awal

Ramai pelajar yang mengambil PMR tidak mendapat 9A, kerana Bahasa Arab, terutamanya mereka yang tidak mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam.

Sehubungan dengan itu Pusat Pendidkan Islam At-Tibyan, Bandar Seremban
Selatan menawarkan

KELAS TAMBAHAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI UNTUK PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH AGAMA.
1. Pelajar yang berminat untuk menguasai Bahasa Arab.
2. Ingin menambah kemahiran dalam Komunikasi Bahasa Arab.
3. Persediaan untuk Peperiksaan Umum Bahasa Arab Komunikasi.
4. Menjadikan Bahasa Arab sebagai amalan sepanjang hayat.

SESI PENGAJIAN : Isnin dan Rabu , 8.00 mlm. hingga 10.00 mlm.

Juga diadakan Kelas Mengaji Al Quran untuk pelajar sekolah menengah :
1. Pelajar yang masih belum khatam Al Quran
2. Ingin menambah kemahiran dalam Tajwid Al-Quran
3. Memperelokkan bacaan Al-Quran
4. Menjadikan Al Quran sebagai amalan sepanjang hayat.

SESI PENGAJIAN : ISNIN HINGGA KHAMIS , 8.00 MALAM HINGGA 9.30 MALAM

Hubungi : Ustaz Fuad - 019 3941353 , Ust Firdaus - 013 3878251 , Ustaz Zul Ramli - 017 2668473

20080103

N.Sembilan, negeri paling tinggi penagih baru di M’sia

Kepada semua warga N.Sembilan , ini adalah satu masalah yang amat serius. Ayuh jangan berpeluk tubuh , lakukan sesuatu. Gerakkan usaha di peringkat sekolah, kampung, taman perumahan, masjid, surau, persatuan dan sebagainya. Yang dewasa tu kalau nak merokok janganlah tayang-tayang depan budak sekolah, terutama anak kita sendiri. Fakta menunjukkan majoriti yang menagih dadah, bermula dengan merokok. Sayangilah generasi N.Sembilan, anak-anak kita.

SEREMBAN : Fakta
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengesan seramai 279 penagih baru di negeri ini sepanjang tahun 2007
Peningkatan sebanyak kira-kira 63 %
Negeri Sembilan negeri paling tinggi kadar penagih baru di negara ini.
Seramai 717 penagih pada tahun 2007 berbanding hanya 438 orang sepanjang 2006.

Berita lanjut di sini http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/92769/Article/index_html

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU 1429 H REMBAU

Bertempat di Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Km 35 Jalan Seremban Tampin, Kota , NS

Tentatif Program :
Sabtu ( 12 Januari 2008 )
10.30 pagi - Ceramah : Aqidah ahli al Sunnah Wa al Jamaah : Cabarannya Merentasi Abad. Oleh : Al Fadhil Ustaz Haji Mahfuz bin Muhammad
02.00 ptg - Ceramah : Kristianisasi dan Ancaman Gejala Murtad di Malaysia Oleh : al Fadhil Ustaz Haji Mohd. Farhan Abdullah al-Hafiz
07.12 ptg - Solat Maghrib
Ceramah - Panel Jemputan : Al Fadhil Ustaz Haji Mohd Hafiz bin Selamat , Al Fadhil Dato’ Syed Omar ibnu Syed Abdul Kadir Al Aidarus , Al Fadhil al Habib Hassan al Ba alawi

MUSLIMIN/ MUSLIMAT ADALAH DIJEMPUT HADIR
keterangan lanjut hubungi : Norizam 013 380 7785 , Ainul Amriz bin Ismail 0192279226
email : yayasansofa@gmail.com
http://yayasansofa.blogsome.com/2007/12/31/majlis-sambutan-tahun-baru-hijrah-1429/

Ambulans Udara “Better Late Than Never”

Akhirnya Malaysia bakal mempunyai Ambulans Udara.
Berita lanjut di sini : http://ikam-space.blogspot.com/2008/01/ambulans-udara-better-late-than-never.html
Dan sini http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1227&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_02.htm&arc=hive

Jom Meriahkan Sambutan Tahun Baru NS 9 Jan

Jom kita meriahkan Sambutan Tahun Baru Hijrah peringkat N.Sembilan bermula 9 Jan 2008 hingga 13 Jan 2008

Di Pusat Dakwah Islamiah Paroi akan diadakan beberapa acara menarik sempena Expo Maal Hijrah 10 hingga 13 Januari 2008 antaranya :

Pameran Aero Angkasa dan Demonstrasi Roket Air oleh sahabat saya Mohd Farquar dari Aerospace Services Education http://www.aerospacedu.com/

Pameran Palestin serta Bual Bicara Isu Palestin oleh juga sahabat saya Dr Zainurrashid dari Aman Palestin dan ISMA http://amanpalestin.com/v1/index.php dan http://www.ismaweb.net/ISMA/index.php

Majlis lain ialah :

Majlis Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun 1428H/1429H
Hari: Rabu
Tarikh: 9/01/08
Masa: 6.30 petang
Tempat: Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan
Hari: Khamis
Tarikh: 10/01/08
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban
http://www.ns.gov.my/portal/

Melanconglah ke Negeri Sembilan. Semuanya ada di sini.

20080101

Org susah Seremban Jaya sambut tahun baru menangis

Petang tahun baru 2008 saya dikejutkan dari tidur dengan panggilan talipon dari Kasim (keluarga susah di Senawang Jaya). Katanya dia ada jumpa orang susah di masjid, sekarang orang tu ada dirumahnya, menangis saja mengenangkan nasibnya tidak tahu di mana hendak minta tolong. Kasim nak tolong, dia pun susah. Itu pun beras dan makanan yang dia terima dia bahagi-bahagikan dengan keluarga susah yang lain.

Selepas Asar saya pun dengan kepala yang masih pening sebab selsema pergilah ke rumah Kasim di Senawang Jaya. Salam saya disambut oleh seorang pemuda. Saya ingatkan dia anak saudara Kasim, rupanya dialah orang yang memerlukan bantuan tadi.

Nama dia Hafizi, umur 26 tahun. Berumahtangga 3 tahun lalu, dan sekarang isterinya mengandungkan anak sulung 4 bulan. Yang terharu ialah dia kata rumah dia tilam pun tak ada, isterinya tidur sahaja atas lantai berlapik tikar. Lalu saya teringat surau taman saya ada tilam masih baik yang telah lama tidak digunakan. Jadi saya bercadang beri pada Hafizi. Kasim pun menyampuk, “Bang, saya pun tak ada tilam”. Saya kata pada Kasim berilah pada Hafizi, isteri dia lebih memerlukan. Kasim pun tersenyum.

Hafizi ni dulu kerja kilang secara kontrak. Kemudian kerja bengkel kereta, tetapi bengkel kereta terssebut sudah tutup. Sekarang dia sedang mencari kerja, kelulusan PMR saja katanya.

Kemudian kami pergilah ke kedai, belikan sedikit keperluan makanan untuk Hafizi dan isteri. Sedikit beras, telur, sardin, biskut, gula, susu. Nak beli minyak, minyak masak tak ada. Yang ada minyak jenis mahal.

Menurut Hafizi dia ada memohon bantuan Baitul Mal, dan pernah mendapat bantuan Baitul Mal untuk menjelaskan sewa rumahnya yang tertunggak beberapa bulan. Kata Hafizi, ramai lagi orang susah macam dia.

Marilah kita sama-sama doakan agar Kasim sekeluarga, Hafizi sekeluarga serta ramai lagi yang senasib dengan mereka di Seremban dan di seluruh Malaysia agar dikuatkan iman mereka, dipertemukan mereka dengan orang-orang yang pemurah yang sudi membantu.

Kepada mereka yang ingin membantu Hafizi boleh menghubungi beliau atau berjumpa dengan beliau di rumahnya :
Muhammad Hafizi
No 1039 , Jalan SJ 9/10
Taman Seremban Jaya
70450 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 012-3193493