KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091230

Rayuan dari Maahad Tahfiz di Seremban




DANA BANGUNAN TAMBAHAN MAAHAD TAHFIZ AS-SA'IDIYYAH

Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah , Seremban memohon mana-mana individu atau organisasi untuk menyumbang bagi menyiapkan bangunan sekolah ini.

ANGGARAN KEPERLUAN KEWANGAN

Pembangunan Infrastruktur :
1. Pembinaan Bangunan Tambahan 4 Tingkat RM 1, 118, 000.00
2. Baik pulih bangunan sedia ada RM 40, 000.00
3. Bangunan Asrama Pelajar RM 600, 000.00

Operasi :
1. Operasi Dalaman RM 720, 000.00


JENIS SUMBANGAN
A. Wakaf tapak bangunan (RM 100.00 /kaki persegi)
B. Derma wang ( Tunai / Cek / PO / MO / Transfer / Bank In )
C. Sumbangan material (hubungi kami untuk maklumat lanjut)


AKAUN SUMBANGAN / WAKAF
Nama Akaun : Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah
Nama Bank : Maybank (Senawang)
No. Akaun : 5551 2610 6603

HUBUNGI
Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah,
Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang-Paroi,
70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel / Fax : 06-6771232
E-Mel : mtasns@yahoo.com / mtas@saidiyyah.com

Maklumat lanjut di http://www.saidiyyah.com/sumbangan.html

Rumah Kebajikan Vivekenanda Rembau perlu van baru

Rumah Kebajikan Vivekenanda di Rembau banyak membantu kanak-kanak dari keluarga yang amat susah sekitar Rembau , terutama yang tinggal di estet-estet.

Baru-baru ini semasa program perkhemahan di Rimba Rekreasi , Sg Talan , Rembau saya nampak van Rumah Kebajikan Vivekenanda Rembau ini. Memang amat daif van tersebut. Saya sendiri terdetik dalam hati macamana mereka menggunakan van yang daif ini untuk membawa pelajar-pelajar yang miskin dan kesusahan.

Hari ini dalam The Star Rumah Kebajikan Vivekenanda Rembau memohon mereka yang dermawan dan bermurah hati agar dapat membeli van yang baru untuk mereka.

Kepada sesiapa yang berkemampuan , hulurkanlah bantuan.

**************************
Rembau orphans need a new van
The Star 30 Dec 09

REMBAU: With the new school term set to begin in just days, the founder of a home for orphans and single mothers here is at wit’s end on how to ferry over 30 children to school daily.

Vivekenanda Home chairman Ramesh Patel said an old rickety van bought from a second-hand car dealer years ago broke down often and could no longer accommodate the growing number of students.


Already cramped: Children of the Vivekananda Home in Rembau queuing up to get into the home’s van Tuesday on their way to register for the new school term.

“Breakdowns are common as we need to make at least 10 trips daily during the term. There have been many occasions where we had to flag down passing motorists to help send the kids to school,” said Ramesh, whose ‘brood’ at the home now numbers almost 50 children.

A Singapore-based company, Avena Art Pvt Ltd, has been the only donor with RM15,000.

Those who want to contribute to the home’s van fund may address their cheques to “Rumah Vivekananda Rembau” with “Van Fund” written on the back. For enquiries contact Ramesh at 019-660 8631 or at inorames@streamyx.com

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2009%2F12%2F30%2Fnation%2F5381273

Terdapat 48 kenak-kanak miskin di Rumah Vivekenanda Rembau. Untuk sumbangan melalui CIMB atas Nama VIVEKENANDA HOME sila ke pautan berikut http://sureshrealityproject.blogspot.com/2009/08/vivekananda-home-rembau.html

Kisah seorang ibu mempunyai 7 orang anak hidup dalam kemiskinan membesarkan anak mereka di Chembong, Rembau yang mendapat bantuan dari Rumah Vivekenanda di pautan berikut http://myfriendgirija.blogspot.com/2008/04/bleak-outlook-for-mother-of-seven.html

Lukisan dinding unik dan cantik di N.Sembilan


Lukisan dinding atau seni mural dapat menceriakan suasana sekolah, pejabat, bangunan dan persekitaran.

Ianya juga dapat menggalakkan golongan yang suka menconteng dinding agar belajar menconteng dinding dengan cara yang dapat menambah rezeki pendapatan, justeru itu akan mendapat habuan serta pujian bukan kejian.

Cuba lihat mural-mural yang tedapat pada Blog berikut http://drancakart.blogspot.com/

Ianya dilukis di Sek. Men. Agama Sains, Selaru, Kuala Pilah dan Perpustakaan Desa Air Kuning Selatan, Gemencheh.

Mereka yang berminat sila hubungi : 0133486748 , 0136277922 ( ODEN)
E-mel : oden.abu.n9@gmail.com

Kaya YB versus Jus Tok Guru

Tok Guru sudah menjadi jenama yang komersial dewasa ini.

Muslimat PAS Paroi , Negeri Sembilan memperkenal jenama YB pula. Iaitu Kaya YB.

Kaya (jem) ini adalah kaya asli tanpa perasa tiruan, pewarna tiruan.

Muslimat Paroi akan mempromosikan YB’s Kaya dengan harga RM3.00 .

Kaya ini merupakan hasil resepi daripada Yang Berhormat ADUN Paroi sendiri.

Keuntungan jualan ini akan dimasukkan ke dalam tabung Kebajikan DUN Paroi bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Sesiapa yang berminat boleh dapatkan YB’s Kaya di gerai Muslimat di Jualan Amal semasa program Di Ambang Tahun Baru di Dataran Senawang pada 31 Disember 2009.

Juga boleh menghubungi Pn Norwani 013-3851202 atau Pn Fauziah 013-7779328 untuk membuat tempahan atau mendapatkan kaya berkenaan.

Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2009/12/ybs-kaya.html

20091229

Malaysia negara paling banyak petir di dunia


Malaysia adalah antara 3 negara di dunia yang paling banyak di sambar petir dan kilat.

Saya pernah menulis mengenai perkara ini pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2009/07/malaysia-negara-panahan-petir-tertinggi.html

Segala peristiwa manusia dan binatang yang mati disambar petir di Malaysia saya muatkan dalam blog berikut http://kilatmalaysia.blogspot.com/

MEREKA YANG BIJAK IALAH MEREKA YANG BANYAK MENGINGATI MATI DAN MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI MATI DAN MENYEDIAKAN BEKALAN SELEPAS MATI

**********************
Warga Korea main golf maut disambar petir
Berita Harian 29 Dis 2009

PORT DICKSON: Kegembiraan seorang warga Korea Selatan bercuti untuk bermain golf di sini berakhir dengan tragedi apabila dia mati disambar petir, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Adnan Mohd Ali, berkata ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang, Yoon Doo Jae, 69, bersama empat rakannya sedang bermain golf di padang sebuah kelab golf di sini.

Katanya, ketika kejadian hujan renyai-renyai dan mangsa tiba-tiba terjatuh selepas disambar petir menyebabkan sebahagian tubuhnya melecur.

"Mangsa mati di tempat kejadian. Rakannya yang terkejut segera menghubungi pihak kelab itu yang kemudian melaporkannya kepada polis dan membawa mangsa ke hospital," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, keluarga mangsa dijangka tiba semalam dan proses bedah siasat akan dijalankan sebelum mayatnya dibawa pulang ke Korea Selatan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20091228235421/Article/index_html

Jualan Amal Roti Bakar RM2 Bantu Pelajar Kembali Sekolah

PAS Kawasan Rembau telah mengenalpasti lebih kurang 70 ke 80 orang pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan seperti anak yatim, pelajar miskin dan ibu-ibu tunggal yang hilang tempat bergantung dan mempunyai tanggungan yang ramai.

Sehubungan dengan itu Muslimat PAS Kawasan Rembau akan melaksanakan jualan ROTI BAKAR PANAS dengan kupon bernilai CUMA RM2 pada malam tahun baru sempena PROGRAM D’ AMBANG TAHUN BARU 2010 & 1431H yang bakal diadakan di Dataran Senawang pada hari Khamis 31 Disember 2009 bermula jam 8 malam.

Orang ramai yang ingin membeli kupon sambil beramal dialu-alukan hadir ke program malam tersebut atau menghubungi Pn Norwani 013-3851202 atau Pn Fauziah 013-7779328 untuk mendapatkan kupon berkenaan. Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2009/12/lagi-program-amal-pas-rembau.html

Marilah kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan terutama pelajar yang akan memasuki sesi persekolahan 2010 agar tahun baru yang menjelang memberi azam baru kepada pelajar-pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai cita-cita di medan ilmu. Maklumat lanjut program SEKOLAHKAN MEREKA di http://pasns.blogspot.com/2009/11/pas-rembau-lancar-sekolahkan-mereka.html

20091228

Bayar yuran sekolah awal 2010 utk bayar bil


Sekali lagi saya merayu kepada ibu bapa seluruh Malaysia yang mempunyai anak yang akan masuk ke alam persekolahan pada tahun 2010.

Tolonglah bayar Yuran Sekolah pada awal tahun, kalau boleh pada hari pendaftaran.

Kerana mulai tahun 2010 sekolah dibawah Kementerian Pelajaran perlu membayar sendiri bil elektrik, bil air sekolah, bukan ditanggung oleh kerajaan lagi. Begitu juga kos membaiki sekolah kerana bajet kementerian berkurangan RM 2 billion menurut pautan berikut http://smarembau.blogspot.com/2009/12/pandangan-penulis-berkaitan-yuran.html

Begitu juga saya dah tulis sebelum ini ibu bapa perlu ringan tulang membaiki kerosakan di sekolah dan tempat awam (umat Islam mesti ringan tulang) seperti apa yang saya tulis sebelum ini di sini http://waghih.blogspot.com/2009/12/ibu-bapa-kena-bawa-tukul-besi-ke.html

Lagi satu saya nak tanya yang dapat biasiswa Kementerian Pelajaran ni , terutamanya yang di Tingkatan 6. Macamana ibu bapa yang kerja kerani tak dapat biasiswa sedangkan ibu bapa yang jual sayur dan bawa lori dapat biasiswa ? Sebab dalam boring tulis ibu bapa jual sayur, sedangkan ibu bapa taukeh sayur di pasar. Ibu bapa yang bawa lori pula taukeh lori. Mentang-mentang yang berniaga tak ada slip gaji. Anak yang penjual sayur dan pemandu lori (kononya) bila dapat biasiswa beli handphone canggih, kalah cikgu. Kesian anak-anak kerani tak dapat biasiswa. Anak-anak yang ibu bapa yang kerja kerajaan yang ada slip gaji. Kalau berniaga tak ada slip gaji.

SYABAS 1Malaysia !

Surau Raja Ali , Kuala Terengganu









Surau Raja Ali terletak di Taman Desa Tanjung Permai , Kg. Banggol Air Lilih, Kuala Terengganu ( tidak jauh dari pekan Batu 6).

Diwakafkan oleh Puan Hajjah Raja Mariam Raja Muda (ibu mertua saya) , diberi nama Surau Raja Ali (Almarhum ayah mertua saya).

Dibina dengan kos lebih kurang RM 35,000.00 yang dibiayai oleh keluarga Puan Hajjah Raja Mariam dan dibina sendiri oleh anak-anak , menantu-menantu dan cucu-cucunya.

Mula digunakan 3 hari sebelum Ramadhan 1430 H.

Para jemaah setempat telah bersama melengkapkan peralatan surau seperti peralatan siaraya, kipas, gril dan sebagainya. Juga tandas lelaki yang sedang dalam pembinaan.

Yang dibawah ini ialah rumah ibu mertua saya yang terletak beberapa meter dari Surau Raja Ali.


20091227

Pasar Payang , Terengganu




Pasar Payang , Kuala Terengganu. Semuanya ada di sini, terutamanya kain batik dan keropok.

Yang saya minat di sini ialah apambalik , yang dijual ditingkat bawah. Apam baliknya special , tak guna kacang. Tapi guna biji bijan. RM 1 sekeping.

Masjid Kristal



Akhirnya setelah ramai telah pergi ke Masjid Kristal , pergilah juga kali ini bersama keluarga. Tapi setakat jalan di luar , kerana sampai di sana hampir jam 6 petang.

Pemerhatian saya , Kuala Terengganu banyak tempat menarik, tapi kurang dipromosikan sepenuhnya. Tidak seperti Melaka.

Mungkin kalau Ali Rustam jadi Menteri Besar Terengganu maka akan lebih maju sektor pelancongan di Terengganu.

Jom Solat Gerhana, Sedekah, Malam Tahun Baru 2010


Sambutan Tahun Baru 2010 pada kali ini lain dari yang lain.

Umat Islam dapat menyambut Malam Tahun Baru pada kali ini dengan menunaikan Solat Gerhana Bulan (Solat Khusuf) , Bersedekah , Berzikir dan Berdoa seperti mana yang disarankan oleh kekasih kita Nabi Muhammad saw.

Tunggu apa lagi , mungkin inilah peluang kita sekali seumur hidup dapat Sambut Tahun Baru 2010 dengan cara begini. Nanti dalam kubur boleh kita berbicara dengan Malaikat Munkar dan Nakir , dulu masa aku di dunia 1 Januari 2010 satu dunia sambut tahun baru, tapi kami umat Islam di Malaysia sambutnya dengan kedatangan gerhana bulan dengan Bersolat , Bersedekah , Berzikir dan Berdoa.

Indonesia sudah mengeluarkan surat pekeliling kepada umat Islamnya agar melakukan banyak sedekah, zikir, berdoa, solat khusuf pada 1 Januari 2009. Malaysia, JAKIM, Majlis Agama, Jabatan Agama dan lain-lain bila lagi ? Saya tidak ada kuasa hendak mengeluarkan surat pekeliling , hanya sekadar dapat mengeluarkannya dalam e-mel dan blog saya di http://waghih.blogspot.com/

*************************
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)


Sumber : http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/seputar-gerhana-matahari-2.html#Scene_1

**************************
Peluang saksi fenomena bulan gerhana

Utusan Malaysia 24 Dis 09 - Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi ( U1 ) bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.


Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada pukul 04.53 pagi.

Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.

Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung gerhana bulan separa di laman web http://www.angkasa.gov.my/ pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1224&pub=utusan_malaysia&sec=Megabait&pg=me_02.htm&arc=hive

*****************
SAMBUTAN GERHANA BULAN DI INDONESIA

Memperhatikan surat Dewan Hisab dan Rukyat Persatuan Islam (PERSIS) No.: 05/PP-C.9/A.3/2009 tertanggal 21 Syawwal 1430 H/10 Oktober 2009 perihal Gerhana Bulan Sebagiam dan Gerhana Matahari Cincin, maka dengan ini kami beritahukan:


1. Pada hari Jum’at, tanggal 15 Muharram 1431 H/1 Januari 2010 M. Insya Allah akan terjadi Gerhana Bulan Sebagian:

Mulai Gerhana : pukul 01.51.54 WIB.
Pertengahan Gerhana : pukul 02.22.30 WIB.
Akhir Gerhana : pukul 02.53.30 WIB.
Adapun untuk keseragaman dalam pelaksanaannya kami atur sebagai berikut:

Mulai takbir : pukul 01.52 WIB.
Shalat Khusuf : pukul 02.30 WIB
(dilanjutkan dengan khutbah dan pengumpulan/pembagianshadaqah).

2. Pada hari Jum’at, tanggal 29 Muharram 1431 H/15 Januari 2010 M. Insya Allah akan terjadi Gerhana Matahari Cincin:

Mulai Gerhana : pukul 13.44.43 WIB.
Pertengahan Gerhana : pukul 15.22.23 WIB.
Akhir Gerhana : pukul 16.43.44 WIB.
Adapun untuk keseragaman dalam pelaksanaannya kami atur sebagai berikut:

Mulai takbir : pukul 13.45 WIB.
Shalat Kusuf : pukul 14.30 WIB
(dilanjutkan dengan khutbah dan pengumpulan/pembagian shadaqah).

Sehubungan dengan hal tersebut di atas dengan ini kami menginstruksikan seluruh jajaran Jam’iyyah Persatuan Islam agar melaksanakan sunnah Rasulullah saw. : bertakbir, berdo’a, shalat khusuf dan bershadaqah.

Sumber : http://persis.or.id/?p=1080

*************************
Sembahyang Gerhana Matahari dan Bulan

Al-Kusuf (gerhana matahari) pada bahasa digunakan ketika cahaya matahari atau bulan terlindung sama ada sebahagiannya atau kesemuanya. Kebiasaannya, al-kusuf digunakan bagi gerhana bulan. Hukumnya pula ialah sunnah mu’akkadah. Jika sembahyang gerhana itu adalah untuk matahari, maka bacaan hendaklah diperlahankan, manakala jika gerhana bulan, bacaan hendaklah dinyaring dan dikuatkan.

Sembahyang gerhana mempunyai dua cara:
1. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri, dua kali membaca (Al-Fatihah dan ayat) serta dua kali ruku‘ tanpa memanjangkannya (berdiri, membaca dan ruku‘, kemudian berdiri membaca dan ruku‘). Dan sah sembahyang gerhana jika didirikan dua raka‘at dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku‘ seperti sembahyang Juma‘at.

2. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri. Pada setiap kali berdiri dibaca bacaan yang panjang. Dibaca selepas Al-Fatihah, Surah Al- Baqarah atau surah-surah lain yang sama panjangnya pada berdiri kali pertama di raka‘at pertama. Untuk berdiri kali kedua pada raka‘at pertama, dibaca ayat yang menyamai 200 ayat. Manakala bacaan ketika berdiri kali pertama pada raka‘at kedua ialah sekadar 150 ayat. Dan bacaan ketika berdiri kali kedua pada raka‘at kedua ialah bacaan yang menyamai 100 ayat Surah Al-Baqarah.

Kemudian apabila ruku‘, maka dipanjangkannya sehingga menyamai lebih kurang dengan 100 ayat, ruku‘ kedua dipanjangkan sekadar 80 ayat, ruku‘ ketiga sekadar 70 ayat dan ruku‘ keempat sekadar 50 ayat. Cara yang kedua ini adalah yang lebih sempurna. Apabila sembahyang telah selesai, imam bangun berkhutbah dengan dua khutbah, sama seperti khutbah Juma‘at, cuma imam hendaklah mendorong orang ramai supaya bertaubat, melakukan kebaikan serta memberi ingatan agar tidak lalai.

Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/pembahagian2.htm

20091226

Kapal Selam Halimunan Buatan Iran









Iran telah membina sendiri beberapa kapal selam kecil yang ‘halimunan’ iaitu tidak dapat dikesan oleh radar dan sonar. Kapal selam ini diberi nama Ghadir.

Kapal selam ini dapat mengesan kapal dan kapal selam musuh serta memusnahkannya dengan peluru berpandu atau torpedo. Ianya dilengkapi dengan peralatan dan teknologi yang canggih dan terkini.

Spesifikasi : Berat 120 tan , Panjang 29 m , Kelajuan permukaan air 11 knot, Kelajuan dasar laut 8 knot , Senjata Torpedo 2533 mm peluru berpandu dan pelancaran periuk api , Enjin Disel Elektrik

Iran juga sedang membina Hovercraft yang bertempat duduk 6 dinamakan Younes-6 dan akan digunakan untuk penyelamatan dan penyerbuan






Sumber :

Tahniah Maahad Tahfiz Seremban cemerlang PMR 2009

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 3 Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah diatas peningkatan cemerlang keputusan PMR 2009 berbanding tahun 2008.

Keputusan PMR 2009 Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah pada tahun ini saya dapati adalah lebih baik berbanding beberapa Sekolah Menengah Agama yang lain di Negeri Sembilan.

Tahniah kepada Guru-guru & Ibu bapa pelajar yang terlibat.

Untuk pengambilan pelajar ke Tingkatan 1 tahun 2010 sila rujuk http://www.saidiyyah.com/

PMR 2009
9A - 1 Orang
8A - 2 Orang
7A - 1 Orang
6A - 1 Orang
Jumlah Calon : 29 Orang

PMR 2008
9A - Tiada
8A - 1 Orang
7A - 1 Orang
6A - Tiada
Jumlah Calon : 24 Orang


PROFIL PENGETUA Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah - Ustaz Mohamad Muhsin Bin Sheikh Ahmad


Ustaz Mohamad Muhsin Bin Sheikh Ahmad Al-Hafiz dilahirkan pada 31/5/1948 di Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Mendapat didikan awal di Madrasah Al-Atas, Johor Baharu dan Maahad Tahfiz Al-Quran JAKIM, sehingga tahun 1966.

Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir sehingga 1977 dan mendapat dua Ijazah, iaitu B.A. Syariah dan B.A. Al-Quran. Semasa itu juga beliau telah mendapat Ijazah Qiraat Tujuh.

Pernah bertugas di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras selama 5 ½ tahun. Kemudian di Universiti Islam Antarabangsa selama 9 tahun sebagai penyelaras kursus Al-Quran. Pensyarah di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Hasanul Bolkiah, Brunei selama 6 tahun. Beliau menjadi anggota Lajnah Tashih Al-Quran Kementerian Dalam Negeri selama 6 tahun, Lajnah semakan Al-Quran mashaf Uthmani selama 4 tahun, dan menganjurkan kursus Al-Quran untuk lebih 10,000 guru-guru Al-Quran Kementerian Pendidikan selama 6 tahun.

Beliau juga adalah salah seorang Hakim Fateh bagi Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Kini, beliau menjadi Pengetua Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah di Pusat Pendidikan As-Sa’idiyyah, Seremban, sebuah pusat pendidikan Islam bersepadu. Juga sebagai Penasihat Persatuan hafiz Malaysia (PAHAM).

Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu 9 Jan 2010 Seremban


KELAS ASAS PENYUSUAN SUSU IBU
Tarikh : 9 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 9 pagi – 1 petang
Tempat: Dewan D’Ark 1, Taman Sri Kasih, Jalan Paroi-Senawang, Seremban

Penyampai:
1) Pn Nur Farah Farhan from SaraKids, Certified Lactation Counsellor, PPUM.
2) Pn Siti Suraya from Lunatots, Certified Lactation Counsellor, PPUM.

Bayaran: RM60 individu / RM 100 pasangan

Tempat: Terhad untuk 20 orang sahaja

Untuk menyertainya, email nursingpitstop@gmail.com atau SMS 019-2759117 (Pn Suria).

Layari juga http://nursingpitstop.wordpress.com/ untuk maklumat lanjut.

20091223

Pernah makan Keju dari Minyak Kelapa Sawit ?


Keju Halal yang diperbuat dari kelapa sawit Malaysia dengan jenama TJA CHEEZ...

Maklumat lanjut di Blog http://kejuhalal.blogspot.com/

Juga boleh hubungi 019-6548073 atau email ke myzulfa@gmail.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Video kisah Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim , Bongek


Kepada mereka yang ingin menonton video riwayat hidup Ulama dari Negeri Sembilan iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim bin Mohd Dahan (1907 – 1997 ) dari Kg Bongek , Rembau , Negeri Sembilan sila ke pautan berikut http://madrasahbongek.blogspot.com/2009/12/video-sambutan-70-tahun-madrasah-haji.html

Tawaran Saham Akhirat ISMA N.Sembilan



PROJEK WAKAF BANGUNAN untuk Membeli Pejabat Operasi ISMA Seremban

ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) Seremban adalah merupakan sebuah pertubuhan dakwah dan sosial yang berdaftar sedang berusaha untuk membeli sebuah bangunan dua tingkat yang terletak di Lot 10539, Pusat Perniagaan Taman Kayu Manis, Jalan Seremban-Jelebu, Seremban sebagai pejabat operasi yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM 350,000

WAKAF Yang Ditawarkan Kepada Orangramai ialah :
1. Wakaf Lot Abu Bakar , RM 1000 = 10 kaki persegi
2. Wakaf Lot Umar , RM 500 = 5 kaki persegi
3. Wakaf Lot Uthman , RM 100 = 1 kaki persegi
4. Wakaf Lot Ali , RM 50 = 0.5 kaki persegi
5. Sumbangan Tunai , Sebarang nilai

AKTIVITI ISMA :
* Kemasyarakatan
* Remaja dan Belia
* Isu Sejagat
* Dakwah
* Wanita dan Kekeluargaan
* Keilmuan

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi wakil-wakil ISMA Seremban :
Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin, Naib YDP ISMA Seremban
012-6781644

Encik Mohd Razman bin Jalil, Bendahari ISMA Seremban
019-6531756

Dr. Zainon bt Yahya, Ketua Wanita ISMA Seremban
019-2339566

Atau alamatkan ke :
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) SEREMBAN
No. 32A, Jalan Bunga Raya 9, Senawang Business Centre, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
http://isman9.wordpress.com/
http://www.ismaweb.net/

Sumbangan Boleh Disalurkan Melalui :
Akaun Dana Bangunan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) Seremban
05012010072890 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Borang Sumbangan Wakaf boleh didapati pada pautan berikut :
http://isman9.wordpress.com/2009/12/22/hebahan-projek-wakaf-lot-bangunan-isma-seremban/

20091222

Enjin jet F5E, jangan cepat melatah


Bila berita kehilangan enjin jet F5E tersiar, semua melatah. Macamana enjin sebesar itu boleh hilang ? Hilang tahun 2007 , kenapa hujung tahun 2009 baru nak kecoh.

Cuba baca artikel dari Blog Brigadier Jeneral (B) Muhammad Arshad Raji berkaitan isu ini di http://mindnoevil.blogspot.com/2009/12/missing-rmaf-jet-engine-another.html

Anak Derhaka Si Tanggang Era IT dan Aeroangkasa


Janganlah kita tergolong di kalangan kumpulan Si Tanggang Era IT dan Aeroangkasa.

Ikuti Tazkirah Anak Derhaka oleh Ustaz Hambali pada pautan berikut :
http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/12/aksi-jijik-si-derhaka-metro-21-disember.html
http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/08/si-tenggang-ramadhon-1430-h.html

Rasulullah saw pernah ditanya:
Siapakah orang orang beriman yang lebih bijak ? Jawab baginda: Mereka yg lebih banyak mengingati mati dan lebih baik penyediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yang lebih bijak” (hadis riwayat ibn Majah drpd ibn Umar ra)

Targhib :
Ini lah keadaan kehidupan akhir zaman yang terpapar di dada akhbar. Dari kes zina beramai-ramai, buang bayi, tangkapan khalwat, ragut sehinggalah kepada kes bunoh kejam sekarang ini. Persoalannya bolehkah kita hidup di dalam suasana jahiliah akhir zaman ini. Kehidupan agama yang telah terkikis saban hari.

Jika difikir-fikirkan tidak ada jalan keluar bagi kita melainkan kita perlu kembali kepada nilai-nilai agama dengan mengembalikan umat ini semula kepada jalan agama yang lurus melalui amalan dakwah agar umat ini berada di atas hidayat Allah swt.

************************
Lagu Minang Malin Kundang

Malin malin si malin kundang
Malin kundang anak durako

Limau manih dari Pitalah
Dibao rang ka Banuhampu
Bundo lah manangih turunlah sumpah
Malin kundang manjadi batu

Malin malin si malin kundang
Malin kundang anak durako

(Dipopulerkan oleh Orkes Gumarang, Sumbangan lirik oleh Azhari)
Sumber http://laguminanglamo.wordpress.com/2007/08/06/malin-kundang/

Ceramah Dato Fauzi dan YB Taufek 26 Dis 09 REMBAU

Program Dato' Fauzi Abd. Rahman ( Mantan Timb Menteri Penerangan ) ke Rembau pada 26.12.2009 (Sabtu)

1) Perasmian Ranting Sendayan (DUN Rantau)
No. 381, Jalan Utama, Bandar Sri Sendayan (Rumah Tanggam)
Jam 6.00 Petang
019-6428525 (Tapoi)

2) Perasmian Ranting Kampung Batu (DUN Kota)
Kampung Bintongan, Kota, Rembau (Rumah Yusof Tapa)
Jam 8.00 Malam
019-6602784 (Yusof Tapa)

3) Ceramah Umum Pakatan Rakyat
Dato' Fauzi Abd Rahman, YB Taufek Abd. Ghani (ADUN (PAS) Paroi N9), Aisah Lamsah & Che'GUBard
Kampung Semerbok, Kota, Rembau (Rumah Harun Manaf)
Jam 9.00 Malam
013-2101797 (Rasli), 017-2468258 (Harun)

Sebarkan. Sebarang pertanyaan : Norazizi 012-3696474

KKP, JUALAN dan CUCI KERETA AMAL 26 DIS 09


Sebahagian dari Projek SEKOLAHKAN MEREKA untuk membantu pelajar yang memerlukan.

Tarikh : 26 Disember 2009
Masa : 8:30 pagi – 1:00 ptg
Tempat : PASTI Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut

Turut diadakan Program Khidmat Kesihatan PERCUMA (KKP)

Hubungi Hassan 019-2171942

Anjuran : Pusat Khidmat DUN Paroi, Muslimat Rembau, Unit Amal Rembau, PASTI Rembau

Sukarelawan untuk program ini dialu-alukan.

Sambutan D Ambang Tahun Baru 31 Dis 09 Senawang

Ceramah Perdana Sempena Maal Hijrah & Tahun Baru Masihi

Penceramah :
1. Lim Jooi Soon ( PERKIM)
2. Ustaz Rozali Muhammad ( Pendakwah & Qari )

Tarikh : 31 Disember 2009 (Khamis)
Tempat : Dataran Senawang
Masa : 8.30 mlm

Semua Dijemput Hadir

Turut diadakan Gerai Jualan Amal , Pameran , Kuiz Remaja

Maklumat lanjut hubungi Sdr Hassan 019-2171942

*******************
Lim Jooi Soon selesa guna nama asal

Pegawai Dakwah Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA) Cawangan Selangor, Lim Jooi Soon berkata, ramai masyarakat di Malaysia beranggapan bahawa nama Islam adalah nama dalam bahasa Arab.

Pada masa yang sama, kata Jooi Soon, tiada nas untuk membenarkan penukaran nama bapa kandung kepada Abdullah atau nama-nama lain.

Kata Jooi Soon, sebagai Muslim berbangsa Cina, mengekalkan nama penuh dalam bahasa ibunda adalah perkara yang penting bagi sebahagian masyarakat Cina. Ini kerana setiap perkataan pada nama tersebut membawa maksud dan pengertian tertentu.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0412&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive

Tingkatkan Mutu Bacaan Al Quran 1 Jan 2010 Senawang

PROGRAM PENINGKATAN BACAAN AL QURAN
Mari Mengaji Bersama Ustaz Rozali Muhammad ( Pendakwah & Qari )

Tarikh : 1 Januari 2010 (Jumaat)
Masa : 9.00 pg – 12.30 tgh
Tempat : Bilik Kuliah , Masjid Bandar Baru Senawang

Terbuka kepada para imam, bilal, guru agama, ajk masjid/surau dan individu yang berminat

Maklumat lanjut hubungi Sdr Hassan 019-2171942

20091221

Sahabat dirompak RM 7500 melalui perbankan internet

Minggu lepas seorang sahabat saya di Seremban dirompak RM 7500 melalui penipuan perbankan internet oleh perompak yang menggunakan komputer sebagai senjata.

Pada mulanya dia dihubungi melalui telefon mengatakan dia ada menggunakan kad kredit yang dia tidak pernah pohon dan perlu dibuat tindakan segera untuk mengelakkan tindakan undang-undang. Dia diyakinkan kemudian dengan panggilan dengan nombor dari Bank Negara. Dia menalipon semula nombor Bank Negara tersebut dan mendapati ianya dijawab oleh operator elektronik Bank Negara.

Apabila dia yakin nombor tersebut memang nombor Bank Negara dia menghubungi semula pemanggil pertama yang menggunakan talian talipon bimbit. Pemanggil pertama tadi mengarahkannya pergi ke ATM dan mengikut arahan.

Setelah mengikuti beberapa arahan dalam sekelip mata wangnya dalam akaun AmBank dirompak RM 7500 melalui perbankan internet. Dia nampak pada skrin ATM wangnya dipindahkan ke akaun seseorang.

Setelah disedari ditipu dan dirompak. Dia terus membuat laporan polis dan menyekat akaunnya di bank.

Dua minggu lepas pula ayah saya di Rembau hampir menjadi mangsa serupa. Cuma modus operandinya lain sedikit. Ayah menerima SMS mengatakan dia mendapat hadiah RM 17,000.00 , untuk mendapatkan hadiah tersebut dia perlu pergi ke ATM BSN dan mengikut arahan. Seperti sahabat saya diatas, caranya sama. Mujur akauan dalam akaun pada ketika itu tak sampai RM 20. Pemanggil minta ayah masukkan RM 2000 , tetapi ayah tidak berbuat demikian.

Kemudian ayah membuat laporan polis di Balai Polis Rembau dan menyekat akaun di bank. Menurut polis memang banyak berlaku kes rompakan perbankan internet sekarang ini. Semua golongan terpengaruh dengan penipuan secara ganjaran dan ugutan.

Mereka yang menerima panggilan seperti ini kalau tak tahu nak layan, letak sahaja talipon. Atau minta mereka poskan sahaja saman dan hadiah ke rumah. Jangan berikan butir peribadi seperti No MyKad, Alamat Rumah , Nama Penuh dan sebagainya.

PERSOALANNYA IALAH ?

1. Kenapa nombor telefon Bank Negara begitu mudah di godam ?
2. Kenapa butir peribadi seseorang mudah diperolehi oleh perompak internet ini ?
3. Kenapa sistem perbankan internet di Malaysia ini begitu tidak selamat ?
4. Haruskah perbankan internet di Malaysia ini dihapuskan memandangkan begitu ramai mangsa tertipu ?
5. Apa tindakan Bank Negara dan kerajaan untuk membendung kegiatan ini ?
6. Wang dirompak itu akan dimasukkan ke akaun seseorang. Apakah pihak bank tidak dapat memberi maklumat kepada mangsa atau polis siapa pemilik akaun yang wang dirompak itu dipindahkan ke akaun siapa ?

20091220

MOTIVASI Pelajar 25 27 Dis 09 Gunung Datuk Rembau

MOTIVASI ANAK KEMBALI KE SEKOLAH (MAKES) SIRI 3/2009
Tarikh : 25-27 Disember 2009 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Tapak Perkhemahan Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.
Peserta : Remaja Lelaki & Perempuan berumur antara 13 hingga 16 tahun.
Yuran : RM 80
Penyertaan : 13-16 tahun. Terhad 100 peserta

ANTARA AKTIVITI MENARIK
- XPDC Mendaki Gunung Datuk
- Menjejak Tapak Hang Tuah
- Visi Intelligent
- Smart Solat
- Cabaran Survivor
- Menjejak Tapak Hang Tuah
- Banyak lagi

Hubungi :
En Hazwan Mohd Nor - 013-2987115 amierwan@gmail.com
Rahimi 014-8573695

Info lanjut di http://altis-academy.blogspot.com/2009/11/kem-motivasi-anak-kembali-ke-sekolah.html

Khazanah berharga di Rembau


Rembau sebenarnya mempunyai banyak khazanah alam semulajadi ciptaan Allah yang tidak diketahui umum bukan sahaja oleh masyarakt luar Rembau bahkan masyarakat di Rembau sendiri.

Selain daripada Hutan Rekreasi Gunung Datuk yang agak terkenal juga ketika ini , ada lagi satu Hutan Rekreasi yang pada pandangan saya jauh lebih baik dari Hutan Rekreasi Gunung Datuk kalau dibangunkan dengan terancang.

Ianya ialah Rimba Rekreasi , Sg. Talan, Kg. Bintongan, Rembau. Rimba Rekreasi Sg. Talan ini mempunyai jeram dan air terjun yang begitu menarik.

Pada 18 hingga 20 Disember 2009 yang lalu kedua-dua anak saya yang sekolah rendah ( umur 9 dan 12 tahun) telah menyertai program Pekhemahan dan Motivasi anjuran Unit Amal Rembau di Rimba Rekreasi Sg. Talan. Mereka begitu seronok dan teruja dengan keindahan alam sekeliling serta jeram yang ada di situ.

Rimba Rekreasi Sg. Talan ini perlu dibangunkan dengan terancang agar ianya bukan sahaja memberi menafaat kepada para pengunjung bahkan dapat menjana ekonomi penduduk kampung setempat.