KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091205

Masjid Tok Muar N.Sembilan mesti diselamatkan


Masjid Tok Muar merupakan sebuah masjid tua terletak di tebing Sungai Muar di Pekan Kuala Pilah. Daerah Kuala Pilah berada di hulu Sungai Muar. Sungai Muar suatu masa dahulu merupakan laluan yang penting.

Masjid Tok Muar yang digunakan sebagai Pusat Bimbingan Saudara Baru di Kuala Pilah perlu diperbaiki.

Masjid juga sering kali mengalami gangguan bekalan elektrik, litar pintas akibat kebocoran atap.

Dinding masjid juga mengalami kerosakan dan dimakan anai-anai.

Kedudukan masjid yang menjadi seolah-olah sebuah pulau disebabkan tindakan pemaju perumahan menimbus kolam-kolam ikan di sekeliling masjid menyebabkan tebing masjid kemungkinan akan runtuh.

Poly paip dalam tanah yang menyalurkan air ke masjid turut pecah membuktikan pergerakan tanah di tebing masjid yang kemungkinan jika tidak diperbaiki akan membawa keruntuhan kepada bangunan tandas dan tempat wudu sedia ada.

Kemudahan lain yang diperlukan ialah bantuan baikpulih atap masjid, dinding masjid, saluran air, tempat mengambil wudu' stor, kipas dan sebagainya.

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) memohon jasa baik sesiapa sahaja untuk membantu menanggung kos membaik pulih masjid tertua di Kuala Pilah itu. Segala sumbangan untuk tujuan tersebut boleh disalurkan ke.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akauan YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN , No Akauan : 05021010019276 Bank Islam Malaysia Berhad.

Untuk keterangan lanjut sila layari pautan berikut http://yksn9.blogspot.com/2009/12/masjid-tok-muar.html


SEJARAH MASJID KUALA PILAH

Masjid Bandar Kuala Pilah asalnya terletak di pinggir Sungai Muar, dibelakang Pejabat Daerah Kuala Pilah sekarang, yang dikenali sebagai Masjid To’ Muar. Masjid ini dikatakan telah dibangunkan sebelum tahun 1900 yang mengambil nama seorang Penghulu Luak Ulu Muar yang pertama yang bernama Dato’ Muar Bongkok Abdul Malik yang hidup sekitar tahun 1839 dan dikatakan beliau disemadikan dikawasan masjid tersebut. To’ Muar Bongkok ini pula sezaman dengan Yam Tuan Radin iaitu Yam Tuan N. Sembilan Yang ke Empat Menurut cerita orang-orang dahulu, pedagang-pedagang terutama dari Johor dan Melaka menggunakan laluan sungai ini dan singgah untuk berdagang dengan peduduk tempatan. Dengan kepesatan urus dagangan waktu itu, mereka mendirikan sebuah surau dan lama kelamaan jadilah ia sebuah masjid bagi Penduduk Kuala Pilah.


Sumber artikel dan gambar dari
http://tokmuar.blogspot.com/
http://galeriyks.blogspot.com/2009/06/masjid-tok-muar-merupakan-masjid-tertua.html
http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2008/11/sejarah-masjid-kuala-pilah.html

Tiada ulasan: