KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090331

Orang Putih pun suruh belajar Matematik dlm B Melayu

Malcolm Gladwell penulis buku Inggeris menyatakan adalah lebih baik anak-anak belajar Matematik dalam Bahasa Ibunda mereka terutama orang Asia. Dia kata orang Asia yang belajar Matematik dalam Bahasa Ibunda lebih cepat pandai dari orang putih. Cerita lanjut pada pautan berikut KEMBARA

MANSUHKAN PPSMI !
HIDUP BAHASA MELAYU !

20090328

Suami Hebat Rumahtangga Berkat 31 Mac Seremban

SEMINAR : “SUAMI HEBAT RUMAHTANGGA BERKAT”
Tarikh : 31 Mac 2009 (Selasa)
Masa : 8 pagi – 5 petang
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah , Paroi , Seremban

Ahli Panel :
1. Dr Ismail Thamby
2. Tuan Haji Hushim Salleh
3. Ustazah Hajjah Fatimah Manja

Penyertaan Khusus untuk LELAKI SAHAJA !

Turut diadakan Cabutan Bertuah !

Maklumat lanjut hubungi Cik Amiratun 06-7672448

Anjuran : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

20090326

Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung 28 Mac N.Sembilan

FORUM “BILA BAJU MELAYU BERTEMU BAJU KURUNG”
Tempat : Masjid Putra , Bandar Baru Nilai , N.Sembilan
Tarikh : 28 Mac 2009 (Sabtu)
Masa : 9 mlm

Ahli panel :
1. Ustaz Annuar bin Salleh
2. Haji Norzafry bin Norhalim
3. Dr Norsyarifah bt Hashim

Anjuran : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Sembilan dan Masjid Putra Bandar Baru Nilai

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi
Firdaus (019-2749117)
Suria Irdayu (019-2759117)
Adzim (019-6107108)
Maryam (019-2611740)

Maklumat lanjut di http://pembinan9.wordpress.com/2009/03/26/hebahan-forum-bila-baju-melayu-bertemu-baju-kurung/

Kekosongan jawatan QC di Senawang

Sebuah syarikat pengeluaran makanan sejuk beku mempunyai kekosongan jawatan berikut :

QC Inspector – 3 kekosongan

Syarat permohonan :
1. Wanita diberi keutamaan
2. Tamat persekolahan menengah

Persekitaran Kerja :
Bekerja dalam suhu persekitaran 13 ke 19 darjah Celsius
Kebersihan amat diutamakan

Temuduga terbuka (walk in interview) . Tarikh tutup : 31 Mac 2009

Sila bawa bersama gambar berukuran paspot (tidak dipulangkan) serta salinan sijil/surat berkaitan.

Maklumat lanjut di :
Foodteller Sdn Bhd
PT 8266, Kawasan Perindustrian Penggiran Senawang,
71450, Seremban, Negri Sembilan.
Tel: 06 677 7878, 677 5788

Laman web http://www.food-teller.com

Kejohanan Bola Jaring Remaja NS 09

KEJOHANAN BOLA JARING REMAJA DAN BELIA 2009
Tarikh: Sabtu, 4 April 2009
Tempat: Stadium Tertutup Paroi, Seremban
Masa: 8 pagi - 5 petang
Yuran: RM100 setiap pasukan

Anjuran : Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Seremban dan Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan

Tarikh tutup penyertaan pada 2 April 2009

Untuk maklumat lanjut dan muat turun borang penyertaan sila ke pautan berikut http://pembinan9.wordpress.com/2009/03/19/hebahan-kejohanan-bola-jaring-remaja-dan-belia-2009/

Sebarang pertanyaan sila hubungi wakil PEMBINA Negeri Sembilan Puan Suria Irdayu bt Ahmad Zaidi (019-2759117) atau wakil KRIM Negeri Sembilan iaitu Puan Kaslawati bt Kassim (019-6230101).

20090325

Majlis Maulidur Rasul saw Perdana 4 Apr Rembau

SAMBUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL S.A.W PERDANA
Tarikh : 4 April 2009 ( Sabtu )
Masa : 6 petang
Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan , Chengkau

Tentatif Program :
6 pm - Bacaan Maulid Daibaie
7.25 pm - Solat Maghrib
- Bacaan Marhaban / Madih / Pujian
- Ceramah Maulid Perdana
- Majlis Perlancaran Kitab
- Penyampaian Cenderahati
- Solat Isyak
- Jamuan / Bersurai

Muslimin dan Muslimat Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut di http://yayasansofa.blogsome.com/2009/03/17/sambutan-maulidur-rasul-peringkat-daerah-rembau-2009/

Kekosongan jawatan Penyelia, Leader di Senawang

Sebuah syarikat pengeluaran makanan sejuk beku mempunyai kekosongan jawatan berikut :

1. Assistant Supervisor (Pengeluaran/Pembungkusan) – 3 kekosongan
2. Leader (Pengeluaran/Pembungkusan) – 2 kekosongan

Kelayakan minima :
1. Pengalaman kerja 3-5 tahun dalam pengurusan makanan untuk jawatan 1
2. Pengalaman kerja 2-3 tahun dalam pengurusan makanan untuk jawatan 2
3. Keupayaan bekerja dalam pasukan dan mencapai sasaran
4. Pengalaman dalam ISO 9001:2000 dan HACCP

Persekitaran Kerja :
Bekerja dalam suhu persekitaran 13 ke 19 darjah Celsius
Kebersihan amat diutamakan

Temuduga terbuka (walk in interview) . Tarikh tutup : 31 Mac 2009

Sila bawa bersama gambar berukuran paspot (tidak dipulangkan) serta salinan sijil/surat berkaitan.

Maklumat lanjut di :
PT 8266, Kawasan Perindustrian Penggiran Senawang,
71450, Seremban, Negri Sembilan.
Tel: 06 677 7878, 677 5788

Laman web http://www.food-teller.com

Kuliah Pertahan Institusi Raja 26 Mac Senawang

Kuliah oleh Professor Madya Dr Hafidzi (UPM)Tajuk : “Mempertahan Institusi Raja – Satu Penilaian Dari Sudut Sejarah”
Khamis 26 Mac 2009
Jam 9 malam
Di Pejabat JIM, Dataran Senawang (atas Restoran Azhar Maju)

Maklumat lanjut hubungi Wahiduddin 012-3725283

Moh jadi Sukarelawan Yayasan Kasih Sayang N.Sembilan

KEMPEN MENJADI SUKARELAWAN YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN

Perkhidmatan Sukarelawan YKSNS diperlukan dalam urusan kemasyarakatan, seperti kenduri kendara, urusan pengebumian jenazah tanpa waris, pengurusan individu ' sebatang kara ', urusan-urusan keagamaan dan sebagainya.

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan akan memberi latihan-latihan kemahiran interpersonal, intra personal, Pertolongan Cemas, Pengurusan Krisis, Pengurusan Konflik meliputi pelbagai bidang supaya mudah bagi sukarelawan menjalankan tugas-tugas berkaitan.

Mereka yang berminat diminta emelkan Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat dan No Tel kepada maayks@gmail.com .

Borang Permohonan yang lengkap diisi berserta dengan 2 keping gambar ukuran paspot dan salinan kad pengenalan hendaklah dihantar ke No. 22 A Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Yuran Tahunan Sukarelawan ialah RM 30.00 hendaklah dimasukkan dalam Akaun YKSNS BIMB 05021010019276.

Permohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berminat dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Maklumat lanjut di http://yksn9.blogspot.com/2009/03/kempen-merekrut-sukarelawan-yayasan.html

Maklumat lanjut mengenai Yayasan Kasih Sayang N.Sembilan di http://yksn9.blogspot.com dan http://yksns.blogspot.com

20090323

Temui isteri AsSyahid Abd Aziz Rantisi 25 Mac Seremban

Program “Cinta dan Air Mata Wanita Palestin”
Tarikh: 25 Mac 2009 (Rabu)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Majlis Perbandaran Seremban, Seremban
Bersama : Puan Rasya al-Adluni (isteri As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi) dan Umi Nadia Al-Ahsy, isteri kepada Dr. Musa Muhammad Abu Marzuk (Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS)
Anjuran: Biro Wanita ISMA & Aman Palestin

Semua dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Ustazah Norlida bt Kamaruddin (019-2757312), Ketua Wanita ISMA Negeri Sembilan.

Maklumat lanjut di laman web ISMA Negeri Sembilan http://isman9.wordpress.com/2009/03/22/hebahan-program-cinta-air-mata-wanita-palestin/

Majlis Tahlil Almarhum Ust Khairul 24 Mac Seremban

Majlis Tahlil Almarhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin
Selasa 24 Mac 2009
Selepas Maghrib ( Solat Maghrib berjemaah)
Di Surau Hitam , Ampangan , Seremban

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Anjuran Pejabat Operasi PAS N.Sembilan. Maklumat lanjut hubungi SUK PAS N.Sembilan Sdr Suhaire 019-2998344

20090321

Anak N.Sembilan contohilah semangat Ustaz Khairul Azhar

Saya mendapat berita almarhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin dimasukkan dalam ICU Hospital Seremban ketika melayari Harakahdaily jam 10 malam Khamis 19 Mac 2009. Ketika itu saya berada di Terengganu saya hanya sempat meng SMS kepada rakan-rakan bertanyakan keadaan dan memohon agar almarhum disembuhkan.

Namun ALLAH lebih menyayangi beliau. Saya merasakan satu kerugian yang amat besar, almarhum seorang yang begitu komited dalam kerja dakwah. Jika beliau berceramah dari awal hingga akhir beliau dalam keadaan yang penuh semangat. Pernah beliau berceramah di Surau Taman Alamanda. Saya bertanya pada beliau ketika itu asal beliau. Rupa-rupanya sekampung dengan saya, iaitu di Kota, N.Sembilan.

Saya hanya mampu berdoa pada Allah, supaya Allah gantikan dengan lebih ramai lagi anak muda terutamanya dari Negeri Sembilan ini lebih-lebih lagi yang berkelulusan agama agar berani tampil ke hadapan berdakwah kepada orang ramai yang begitu dahagakan sinar Islam di Negeri Sembilan ini.

Ayuh anak-anak muda Negeri Sembilan contohilah semangat perjuangan Ustaz Khairul Azhar yang tidak pernah kenal erti penat lelah, takut gentar hingga ke akhir hayat.

Tunggu apa lagi ?

Semoga Allah menempatkan ruh almarhum Ustaz Khairul Azhar bersama ruh orang-orang soleh, para syuhada dan para anbiya.

Jika kau bersama ruh orang-orang soleh , para syuhada dan anbiya, doakan aku akan menyusuli mu saudara ku Khairul Azhar bin Kamaruddin.

20090320

Al Fatihah , Ust Khairul Azhar meninggal dunia

Assalamualaikum,

Adalah dimaklumkan Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin , Ketua Pemuda PAS Tampin juga merupakan seorang pendakwah yang banyak menyampaikan kuliah sekitar N.Sembilan telah meninggal dunia jam 11:20 malam tadi.

Menurut SMS dari Ust Norazman, jenazah almarhum di bawa ke Taman Golf Height. Solat jenazah di Masjid Taman Paroi Jaya selepas solat Jumaat , insyaALLAH.

Semoga ALLAH menempatkan rohnya bersama roh para syuhada, para solihin.

Al Fatihah.

20090319

Jeritan Gaza dari pelajar Malaysia di Iran

Dapatkan poster Jeritan Duka dari GAZA yang diterbitkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia di Iran. Maklumat lanjut pada blog berikut http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/edaran.html

Program Khidmat Kesihatan Percuma 22 Mac Paroi

Program Khidmat Kesihatan Percuma (KKP)
Tarikh : 22 Mac 2009 ( Ahad )
Masa : 9 pg – 1 tgh
Tempat : Kg. Baru Paroi , Seremban

Anjuran :
Pusat Khidmat DUN Paroi dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

Mereka yang ingin menjadi petugas sukarelawan atau menghulurkan sumbangan untuk program ini adalah amat dialukan. Sila hubungi Sdr Hakki 012-3660646 atau Sdr Rozmal 012-2267406

20090316

Ceramah dan Pameran Kesihatan 21 Mac Sikamat

Siri Ceramah & Pameran Kesihatan Sempena Program Tautan Kasih 2009
Sukacita dimaklumkan bersempena dengan sambutan Bulan Dakwah Peringkat Negeri Sembilan, Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Tautan Kasih 2009 pada 20-22 Mac 2009. Program yang akan diadakan di Surau Al-Hadi, Rumah Rakyat Sikamat 2, Seremban ini bertujuan untuk mewujudkan persefahaman dan keserasian di antara kakitangan kerajaan, NGO, masyarakat dan pemimpin masyarakat agar dapat melahirkan wahdatul ummah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti ziarah dan dakwah, program anak angkat, pameran, pemeriksaan kesihatan, ceramah, khidmat sosial dan gotong-royong.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban juga akan turut terlibat dalam Program Tautan Kasih 2009 ini melalui Sesi Ceramah dan Pemeriksaan Kesihatan pada hari Sabtu, 21 Mac 2009 di Surau Al-Hadi. Slot ceramah tersebut akan mengupas tentang konsep penjagaan kesihatan dalam Islam, khususnya berasaskan sunnah Rasulullah saw. Masyarakat setempat khususnya di sekitar Sikamat adalah dijemput untuk hadir di samping mengambil peluang mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang disediakan secara percuma oleh para petugas ISMA bermula pukul 8:30 pagi hingga 12:00 tengahari. Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi saudara Omar bin Kassim, Setiausaha Agung ISMA Seremban (019-6699630).

Sumber : http://isman9.wordpress.com/2009/03/15/hebahan-siri-ceramah-pameran-kesihatan-sempena-program-tautan-kasih-2009/

20090314

Dulu SPM gred 3 senang dapat kerja professional

Kalau zaman kita dulu, zaman 70an, zaman 80an, zaman belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu kalau dapat SPM gred 3 masih boleh mohon masuk ITM, mohon masuk Maktab Perguruan, dapat pula biasiswa. Dan ramai golongan professional di sektor swasta dan kerajaan sekarang ini, mereka taklah dapat SPM 10 A, 16 A macam sekarang ini.

Tapi sekarang SPM dapat banyak A pun, belum dijamin lagi dapat biasiswa (dulu pinjaman PTPTN tak ada, semua biasiswa yang banyak), belum jamin lagi keluar U dapat kerja. Dulu gred 3 senang jadi cikgu, sekarang bukankan gred 1, ada ijazah pun belum tentu lagi dapat jadi cikgu.

Fikir betul-betul mereka yang masih berbelah bahagi mengenai PPSMI, adakah orang Melayu, bangsa Melayu sekarang ini susah dapat kerja kerana tak mahir Bahasa Inggeris, kerana tak dapat SPM 10 A ?

Mereka yang masih lagi rasakan PPSMI ini penting, adakah kita sendiri hari demi hari belajar bahasa Inggeris, sentiasa membuka kamus untuk mempertingkatkan kemahiran Bahasa Inggeris kita, atau kita sekadar suruh anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris, kita suruh cikgu yang mengajar anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris ?

Kalau kita nak anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris, kita sendiri mesti menunjukkan minat untuk meningkat ilmu pengetahuan kita dalam Bahasa Inggeris dalam pada masa yang sama kita memartabatkan Bahasa Melayu.

Siapa kata mereka yang ingin Memansuhkan PPSMI macam saya ini , anti Bahasa Inggeris. Kami yang ingin memansuhkan PPSMI , sayangkan anak bangsa yang semakin hari semakin terpinggir, walaupun mereka dapat banyak A dalam SPM sekali pun, biar pun mereka dapat A dalam Sains dan Matematik (tak tahulah berapa peratus dapat A) tak mesti mereka akan dapat pekerjaan yang setanding.

Dengar cerita sekarang ini ada pihak yang ingin memberi biasiswa kepada pelajar lepasan SPM, mahukan keputusan peperiksaan di sekolah , walaupun mereka dapat “Straight A”, kerana tidak yakin bahawa pelajar yang dapat banyak A memang betul-betul pelajar yang cemerlang dan pintar. Apa ke tidaknya ada pelajar yang tak pernah lulus matapelajaran Sains, bila ambil SPM boleh lulus.

Apa nak jadi bukan sahaja pada anak Melayu, apa nak jadi pada sistem pendidikan di Malaysia ini ?

Hari ini Sabtu 14 Mac 2009 saya memakai baju T Mansuhkan PPSMI, ternyata ramai yang masih memberikan sokongan. Justeru itu jangan padamkan gelombang Pejuang Bahasa 7 Mac 2009, teruskan pakai baju T Mansuhkan PPSMI setiap Sabtu sehingga ianya dimansuhkan.

Macam kisah seorang Sultan yang tidak mahu mencukur jambang/janggutnya sehingga hajatnya tertunai.

Apa gunanya mencium keris jika bahasa dan bangsa dipinggirkan !

MANSUHKAN PPSMI ! HIDUP BAHASA MELAYU !

Seminar Penghayatan Islam 17 Mac Seremban

SEMINAR PENGHAYATAN ISLAM
Selasa 17 Mac 2009
8 pagi - 12 tgh
Di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah Paroi , Seremban

Pembentang Kertas Kerja : Ustaz Haji Zahazan bin Mohamed
Moderator : Ustaz Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil

Forum :
Mejar Jeneral Dato Jamil Khir bin Haji Baharom
Ustazah Robiah binti K. Hamzah
Pengerusi : Ustaz Amran bin Awaludin

KE ARAH PENTADBIRAN KERAJAAN CARA RASULULLAH SAW

20090313

Legasi Ketuanan Rembau , siapa mengaku orang Rembau ?

Siapa yang mengaku orang Rembau dapatkan buku Legasi Ketuanan Rembau. Orang bukan Rembau pun boleh dapatkan dan baca juga.

Terimakasih kepada Pak Dharma.

Hidup Bahasa Melayu ! Mansuhkan PPSMI !

**********************************
MENGANGKAT DAULAH MELAYU
PENULISAN BUKAN UNTUK GLORI:
TETAPI MELESTARI DOKUMENTASI

Generasi sekarang hampir hilang pedoman laksana 'tulisan jawi' yang sudah pupus hingga membaca al-Quran terpaksa menghafal (by heart), disebabkan tak mampu lagi mengeja. Memang generasi muda tak menyedari peranan Undang Yang Empat menurunkan tanda tangan 'Perjanjian Kemerdekaan' mewakili Negeri Sembilan bersama Yang Dipertuan Besar. Undang Yang Empat juga bergambar bersama raja-raja Melayu selepas upacara tersebut sebagai manifestasi kedaulatan ketuanan Melayu. Menerusi buku 'Legasi Ketuanan Rembau' juga dilengkapkan perjuangan Undang Luak Rembau, Dato' Nganit, Dato' Haji Sahil dan Dato' Abdullah menentang kepongahan kolonial British.

Pembabitan Dato' Nganit, Dato' Haji Sahil dan Dato' Abdullah melawan kolonial British menerima risiko yang tak mungkin mampu dilestarikan oleh generasi yang mabuk dengan 'politik wang'. Dato' Nganit misalnya, bangkit membantu saudara Melayunya di Naning melawan kolonial British pada 1831, diikuti dengan Dato' Haji Sahil yang rela dipecat kemudian dibuang ke Singapura pada 1883. Dato' Abdullah pula tampil bersama Tuanku Muhammad Shah, Sultan Alang Iskandar dan Raja Sir Chulan mendesak kolonial British menubuhkan pasukan tentera pertahanan Melayu dikenali 'Askar Melayu' pada 1 Mac 1933. Justeru buku ini bukanlah untuk glori penulisan, tetapi menjadi dokumentasi yang sewajar, sejajar dan sejanjar!

Artikel lanjut pada pautan berikut http://adimul.blogspot.com/2009/03/info-sastera-budaya-buku-legasi.html

20090312

Perumahan Terbengkalai N.Sembilan, sampai bila ?

Sampai bilakah nasib rakyat yang terlibat dengan projek perumahan terbengkalai akan terbela , terutamanya di Negeri Sembilan ini yang mempunyai begitu banyak sekali projek perumahan terbengkalai hingga diwujudkan khusus sebuah laman web perumahan terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com

Apakah perlukan digunakan Bahasa Undi bak kata Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said ?

HIDUP BAHASA MELAYU ! MANSUHKAN PPSMI !

*******************************************************
LAGI PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Sebuah projek perumahan di Jalan Melang Kuala Pilah iaitu Taman Bukit Ara telah terbengkalai semenjak tahun 2000. Projek ini yang mengandungi 40 unit rumah kos sederhana bernilai RM 74,000.00 sebuah dan 30 unit rumah kos rendah bernilai RM 35,000.00 sebuah yang dibangunkan oleh ABU SAMAH & CO. Dalam lawatan kekawasan tersebut didapati sebanyak 3 buah keluarga mendiami rumah yang masih belum siap itu, dan mereka terpaksa menduduki rumah tersebut walaupun tidak memiliki Sijil Menduduki (CF) dan terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk menyudahkan kerja-kerja yang masih tidak siap termasuk memasukkan bekalan api dan air. Menurut penghuni itu, perjanjian jual-beli telah dibuat pada tahun 1998 dan tempoh siap ialah pada tahun 2000, namun sehingga kehari ini beginilah keadaannya walaupun pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh pembeli Taman berkenaan. Beginilah nasib golongan bawahan (pembeli) tanpa mendapat pembelaan daripada pihak berkuasa dalam melindungi mereka daripada ditipu oleh pemaju. Manakala pihak pemaju terus belepas diri dan menubuhkan syarikat lain untuk terus menipu dan menipu pembeli dengan mudahnya tanpa ada apa-apa tindakan berkesan Kerajaan.

Dari laman blog http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2009/03/lagi-projek-perumahan-terbengkalai.html

Cabaran Basikal Lasak Selangor 2009

CABARAN BASIKAL LASAK SELANG0R 2009
SELANGOR MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2009
TARIKH : 29 Mac 2009
HARI : Ahad
TEMPAT : Bukit Lagong , Sungai Buloh , Selangor

Laman Web http://selangormtbchallenge.blogspot.com

Yuran penyertaan 50 (untuk satu penyertaan)

Anjuran :
ADZ Auto Engineering (ADZ) , Selangor Darul Ehsan
Tel : 013-6055533 / 013-6055545
Fax : 03-4106 9088

Untuk mendapatkan borang penyertaan dan pendaftaran sila e-mel ke selangormtb@yahoo.com

- Kategori Terbuka untuk semua yang berumur 14 tahun ke atas
- Kategori Selangor untuk mereka yang berasal dari Selangor
- Kategori Veteran untuk mereka yang berumur 45 tahun ke atas
- Kategori Wanita untuk wanita berumur 14 tahun ke atas

Syarat Pertandingan :
1. Terbuka kepada semua yang berumur 14 tahun ke atas
2. Mesti menggunakan basikal ‘Mountain Bike’ / ‘MTB’
3. Setiap kategori untuk setiap satu penyertaan sahaja
4. Peserta dikehendakki menggunakan peralatan perlindungan diri seperti topi keledar, pelapik , kasut dan sebagainya
5. Peserta digalakkan membawa peralatan kecemasan yang asas untuk kegunaan sendiri walaubagaimana pun pihak penganjur ada menyediakan Unit Perubatan
6. Peserta di minta membawa air minuman yang secukupnya. (air minuman di sediakan di ‘checkpoint’)
7. Peserta di minta membawa keperluan makanan yang sesuai.
8. Keputusan penganjur adalah muktamad,

Untuk maklumat lanjut hubungi :
Zulnizam Shahrani 013-6055533
Raja Azizah 013-6055545
Mohd (9W2 ABB) 019-2315517
Fazli Hashim 019-3335773
Rambo - Haris 013-2651641

Bekas Polis lawan Botak Chin terabai

Ikuti kisah perwira negara seorang bekas anggota polis berketurunan India yang banyak berjasa pada negara, terlibat dalam kes serangan Tentera Merah Jepun di Bangunan AIA, KL dan peristiwa kejar mengejar penjenayah Botak Chin kini hidup terabai di Pahang. Bawa kapcai saja, pernah mohon tanah tak dapat, pernah mohon permit teksi pun tak dapat.

Moga ada pihak yang membuka mata.

Kisah sepenuhnya RF41350 VA Lingam di laman Blog Pakar Kriminologi Malaysia Sdr Kamal Affendi Hashim di http://kamalfndhashim.blogspot.com/2009/03/rf41350.html

20090310

Seminar Halatuju PPSMI 14 Mac 2009 Bangi

SEMINAR HALATUJU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DALAM DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2009

Tarikh : 14 Mac 2009 (Sabtu)
Waktu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) , Bandar Seri Putra , Bangi , 43000 , Kajang , Selangor ( keluar tol Bandar Seri Putra/Bukit Mahkota, Lebuhraya KL – Seremban)

Para Pembentang Kertas Kerja;
1. Datuk Dr Hassan Ahmad - Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI
2. Prof Dr Abdul Aziz Bari - Kuliyyah Undang-Undang , UIA
3. Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan - Institut Peradaban Melayu, UPSI
4. Prof Dr Shaharir Mohamad Zain - Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI
5. Prof Dr Mat Rofa Ismail - Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM

Untuk pendaftaran, hubungi wakil kami:
Hazwani 0133684906 / rsbgurl@yahoo.com
Razali Bidin 0196442868 / arieff_86@yahoo.com.my
Hakim 0132829225 / hakimin_abdullah@yahoo.com
Azli Maarif 0123378925 / azli_000@yahoo.com

Maklumat lanjut di http://seminar-ppsmi.blogspot.com

Yuran Penyertaan; Orang Awam (RM30) , Pelajar (RM15)
*Penyertaan hanya terhad untuk 200 orang perserta. Berdasarkan siapa cepat dia dapat!

(Bagi tujuan pembayaran, sila masukkan sejumlah wang di atas nama JARINGAN SISWAZAH MALAYSIA, Akaun Bank Muamalat 12070004901710 atau Akaun Maybank JASA PESMADA 562834500793. Sila beritahu wakil kami melalui mel elektronik atau sistem pesanan ringkas (sms) selepas berbuat demikian)

Ceramah Ustaz Mujahid 11 Mac Rembau

CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Rabu 11 Mac 2009
Jam 7:30 mlm
Di Surau Kg Bintongan , Kg Batu, Rembau
Bersama Ustaz Mujahid

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

KE ARAH PEMERINTAHAN KERAJAAN CARA RASULULLAH
ALLAHU AKBAR !

20090309

Saya nak kempen Rais Yatim sebagai Naib Presiden UMNO


Saya menyeru kepada kenalan-kenalan saya terutama dari Negeri Sembilan yang akan menjadi perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO supaya memilih Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai Naib Presiden UMNO kerana Datuk A. Samad Said , Sasterawan Negara berkata , “Setiap orang Melayu yang mencintai bahasanya harus membuang undi menyanggah pucuk pimpinan yang tidak melestarikan bahasa ibundanya.” http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/singkirkan.html

Tidak kira dalam apa pemilihan samada pemilihan parti atau pilihanraya , orang Melayu haruslah pilih calon yang mencintai Bahasa Melayu. ( NST 9 Mar 09 - Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim is against the teaching of Science and Mathematics in English. He said the Education Act stated that Bahasa Malaysia should be the medium of instruction for all subjects in school. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2499637/Article/index_html )

Saya bukan anti Bahasa Inggeris, malahan saya bekerja di syarikat multinasional yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai urusan rasmi sepenuuhnya. Ramai pekerja Melayu di tempat kerja saya, saya galakkan mereka mempertingkatkan percakapan dan penulisan Bahasa Inggeris. Walaupun mereka bukan dari sistem PPSMI namun mereka cepat dapat memahami setiap arahan dalam Bahasa Inggeris , kerana mereka mendengar apa yang saya ajarkan, mereka membuka kamus.

Apakah 70,000 pekerja Bangladesh yang akan datang ke Malaysia ini belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris ? Puluhan ribu pelajar Melayu yang menganggur tak faham Bahasa Inggeris atau disebabkan peluang pekerjaan yang terhad dalam bidang yang mereka ceburi ? (Utusan Malaysia 9 Mac 09 — Lebih 70,000 pekerja Bangladesh dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaaan dan perkhidmatan, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm&arc=hive )

Kepada tuan-tuan dan puan-puan, orang Melayu yang masih lagi menyokong PPSMI, kenapa tidak desak kerajaan buatkan dua aliran sekolah ? Satu untuk sekolah aliran Inggeris satu untuk sekolah aliran Melayu ? Bukankah itu “win win situation” ? Jangan fikir anak kita sendiri , cuba tanya anak pekerja bawahan kita, faham ke tidak mereka Matematik dan Sains yang diajar di sekolah ? Cuba tanya saudara mara di kampong, faham tak anak-anak mereka Matematik dan Sains ? Cuba tanya anak-anak orang Asli , faham ke tidak mereka ini ? Cuba tanya polis-polis FRU yang melepaskan bom pemedih mata, anak-anak mereka faham tak Matematik dan Sains di sekolah ?

Sempena sambutan Maulidur Rasul ini, ambillah sikap prihatin Nabi terhadap jiran tetangga dan sanak saudara. Jangan kita tengok anak kita seronok belajar PPSMI kita tidak kisah pada anak-anak jiran kita, anak-anak Pak Long dan Pak Ngah di kampong, anak-anak rakan seperjuangan kita, anak-anak rakan jemaah solat kita di masjid ?

Kalau tak puas hati juga, baca ulasan dan kajian akademik di bawah ini. Bukan ulasan emosi semata-mata. Mereka yang buat kajian di bawah ini bukan macam saya yang tak ada PhD, tapi mereka ini ada PhD, Professor, Doktor bukan sahaja dalam bidang sastera tapi dalam bidang sains dan teknologi.

KALAU BUKAN KITA YANG MENOLONG BANGSA KITA , SIAPA LAGI ?

1. KAJIAN AKADEMIK
http://72.14.235.132/search?q=cache:Tv9zzAaQI5EJ:www.nst.com.my/Current_News/NST/PDF/Math-Science%2520Report+http://www.nst.com.my/Current_News/NST/PDF/Math-Science%2520Report&hl=en&ct=clnk&cd=1&gl=sg

2. PROFESOR SHAHARIR MD. ZAIN
http://arkib-ppsmi.blogspot.com/2009/03/prof-dr-shaharir-md-zain-jawab-datin_1882.html

3. BAHASA MELAYU UNTUK SAINS, MATEMATIK TETAP REALISTIK
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Rencana/20090303223151/Article
4. PROFESOR-PROFESOR MELAYU DALAM BIDANG SAINS YANG MENENTANG PPSMI
http://universitipts.com/index.php/site/comments/profesor_profesor_melayu_dalam_bidang_sains_yang_menentang_ppsmi/
5. KOSMOLOGI BAHASA
http://universitipts.com/index.php/site/comments/datin_noor/

6. MENJAWAB GABUNGAN PRO PPSMI.
http://selak.blogspot.com/2009/03/sangkalan-terhadap-page.html

Doa dan zikir khas bila kezaliman yang melampau

Berikut adalah doa dan zikir khas untuk umat Islam di Malaysia ini amalkan ketika berlaku kezaliman yang melampau yang dipetik dari laman web Parti Pembangunan Bangsa , Brunei Darus Salam :

Doa dan zikir khas Sukacita kita mengongsikan disini sebuah doa dan zikir khas yang disyorkan oleh Dato Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus yang dipetik dari majalah Al-Tariq, majalah Jabatan Muti Kerajaan Negeri , Negeri Sembilan Darul Khusus.

Dato Haji Mohd Murtadza seperti yang tersiar dalam majalah tersebut telah menyeru para muslimin berserta keluarga masing-masing membaca doa zikir khas ini selepas solat fardu.

"Semoga keberkatan zikir dan doa tersebut., Allah akan melimpahkan rahmat dan Perlindungan Nya kepada kita semua dari segala bencana, merbahaya dan seumpamanya", jelas Mufti Kerajaan negara itu.

Berikut ialah zikir dan doa khas tersebut:

Ayat Pertama :
“Ya Tuhan Kami; janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkan kami dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) orang-orang kafir.” (Suah Yunus ayat 85-86)

Ayat Kedua :
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia yang hidup kekal terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi, tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi (kekuasaan) Allah meliputi langit dan bumi, dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah al-Baqarah 255)

Kaifiat : 1- Ayat pertama dibaca 7 kali selepas solat Fardhu 2- Ayat kedua dibaca sekali selepas solat Fardhu (dibaca menurut bacaan Al Quran bukan terjemahannya)

Pautan Laman Web Parti Pembangunan Bangsa , Brunei Darus Salam : http://www.aspirasi-ndp.com/arkib/Doadanzikirkhas.html

20090308

Aku dan Pengerusi GM PPSMI








Saya bersama 3 anak saya sampai di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 7 Mac 2009 sekitar jam 10:30 pagi. Kami sempat bersalaman dengan Pejuang Bahasa Datuk Dr Hassan Ahmad Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI.

Apa yang berlaku pada 7 Mac 2009 di Kuala Lumpur pembaca semua boleh banyak baca di internet. Cuma apa yang saya perhatikan sendiri ialah kedahsyatan bom pemedih mata tersebut hingga ramai orang awam yang lalu lalang terkena tempias. Hinggakan penjaga kaunter tiket di Stesen Putra di stesen Pasar Seni pedih mata dan loya tekak terpaksa keuar dari kaunter tiket untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Malas nak cerita banyak-banyak. Bacalah sendiri di laman-laman web lain apa sebenarnya yang berlaku pada 7 Mac 2009.

Cumanya apabila ditanya kepada mereka yang hadir 7 Mac 2009, mereka sanggup turun lagi mengadakan Perhimpunan Membantah PPSMI di masa-masa akan datang sekiranya pihak Kementerian tak faham-faham lagi bahawa sebelum ini tokoh bahasa memang hendakkan perundingan secara aman. Dan mereka akan turun dengan jumlah yang lebih besar.

Ceramah Ust Khusairi Hamdan 13 Mac Paroi

CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Oleh Al Fadhil Ustaz Khusairi Hj Hamthan , Pendakwah Bebas , Imam Seremban Selatan
Jumaat 13 Mac 2009
Jam 7:30 malam
Di Surau Sohibbul Rummi, Kg Dato Dagang, DUN Paroi ( Kawasan Parlimen Rembau )

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir !

KE ARAH PENTADBIRAN KERAJAAN CARA RASULULLAH SAW

20090306

Skim Wakaf Tunai Negeri Sembilan

Skim ini merupakan satu kaedah beramal ibadah dengan konsep wakaf melalui wang tunai. Ia diharapkan dapat memudahkan dan memberi peluang kepada kita samada kaya atau tidak berkemampuan untuk berwakaf tanpa mewakafkan aset yang beribu malah berjuta ringgit.

Semoga pewakaf-pewakaf mendapat balasan yang setimpal dengan amal mereka di akhirat kelak. Oleh yang demikian rebutlah peluang yang ada di depan kita sekarang dengan kaedah yang cukup mudah hanya mengeluarkan wang ringgit serendah RM1 untuk berwakaf.

Untuk memuat turun borang skim wakaf tunai atau mendapatkan maklumat lanjut Skim Wakaf Tunai Negeri Sembilan sila kunjungi laman web berikut http://hshn9.blogspot.com/2009/03/skim-wakaf-tunai-nsembilan.html

Untuk keterangan lanjut hubungi :
Perbadanan Wakaf N.Sembilan Sdn Bhd
( Perbadanan dibawah Majlis Agama Islam N.Sembilan)
No 26 Atas,Jalan Taman Komersial Senawang 8,
Taman Komersial Senawang,
70450 Senawang,
Seremban, N.Sembilan Darul Khusus.

Tel : 06-6785958 / 06-6787255
Fax : 06-6787278

Solat Hajat Mansuh PPSMI 6 Mac Seremban

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN KULIAH BULANAN
Jumaat 6 Mac 2009
Bermula Solat Maghrib berjemaah
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Solat Hajat sempena Perhimpunan 100,000 Mansuh PPSMI selepas Maghrib dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Tn Hj Kassim bin Tahir, Ketua Dewan Ulamak PAS N.Sembilan

Kuliah Bulanan oleh Ustaz Tn Hj Ghazali Hasbullah dari Darul Atiq , Selangor, selepas Solat Hajat

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Maklumat lanjut hubungi Setiausaha Kerja Badan Perhubungan PAS N.Sembilan Sdr Suhairi Sulaiman 019-2998345

Kedai Gunting Rambut SIFU Senawang

KINI DIBUKA !
Kedai Gunting Rambut Sifu
No 312, G Floor
Lorong Matahari 1/2
Taman Matahari Height , Senawang
(Sebelah kedai Baby Bundle, deret kedai tayar)

Untuk gunting rambut lelaki waktu :
Isnin – Jumaat , 7 mlm – 10 mlm
Sabtu dan Ahad 10 pg – 10 mlm

Untuk temujanji hubungi Sifu Mustapha (Master Tae Kwan Do)
017-6889400
017-2441810

Juga menawarkan perkhidmatan berikut :
- Foot Spa
- Bekam Resdung
- Gunting Rambut , Dandanan Rambut dan Perapian Rambut

20090305

Program Keindahan Bersama Mu 14 ke 15 Mac Senawang

PROGRAM KEINDAHAN BERSAMA MU (KBM) SEMPENA CUTI SEKOLAH

Tarikh : 14 - 15 Mac 2009 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi (Sabtu) hingga 1.00 tgh (Ahad)
Tempat : Pusat Pendidikan As-Saidiyyah , Taman Rashidah Utama , Jln Senawang-Paroi , Seremban

Peserta : 12 tahun hingga 17 tahun
Yuran : RM 30
Tarikh Tutup Pendaftaran : 13 Mac 2009

Ibu bapa peserta dikehendaki hadir bersama pada penghujung program

Untuk pendaftaran sila hubungi Sdr Muhannad di talian 017 6149192

Anjuran :
Jawatankuasa Pembangunan Remaja N.Sembilan dan KRJ Melaka

20090303

Ceramah Maulid Lobai Kampung 17 Mac Senawang

CERAMAH MAULIDUR RASUL
Tarikh : 17 Mac 2009 , Selasa
Masa : 7:45 mlm , selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang
Penceramah : Ustaz Hj Norazman bin Hj Mohamad @ Lobai Kampung http://lobai-kampung.blogspot.com

Untuk jadual penuh Ceramah Maulidur Rasul oleh Lobai Kampung sepanjang bulan Rabiul Awal 1430 / Mac 2009 sila ke pautan berikut
http://lobai-kampung.blogspot.com/2009/03/mari-mengaji-sirah-nabawiah.html

Biodata Lobai Kampung :
Ustaz Hj Norazman b Hj Mohamad
Imam Masjid Jamek Ampangan , Seremban
Sijil Neuro Linguistic Programming ( NFNLP ) USA
Pengasas Program ‘Easy Solat’ http://easysolat.blogspot.com

Banjir air najis di N.Sembilan, mana MB dan Mufti N.Sembilan ?

Inilah perkara yang amat saya risaukan sebelum ini. Sebelum ini N.Sembilan dilanda musim kering melampau lebih sebulan. Selepas musim kering melampau hujan yang lebat pasti akan membawa pelbagai bencana dan musibah. Bekas Mufti Negeri Sembilan Sohibus Samahah Dato’ Hj Mohd Murtadza sering berkata kalau lama tak hujan ada zikir dan solat khusus untuk minta hujan, juga kalau hujan turun tak henti-henti ada doa dan zikir khusus untuk mohon agar biar hujan rahmat yang turun.

Kepada Dato Seri Haji Mohamad Haji Hassan , lantiklah Mufti Negeri Sembilan segera. Dah masuk bulan ke 3 N.Sembilan tak ada mufti, tak pernah berlaku dalam sejarah.

Berikut beberapa musibah dan bala yang melanda N.Sembilan pada Mac 2009 yang dilaporkan dalam beberapa blog . Yang menarik foto eksklusif Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin (UMNO) dan ADUN Paroi YB Hj Mohamad Taufek (PAS) sama-sama turun padang di http://mohdtaufek.blogspot.com/2009/03/keadaan-kg-paroi-selepas-banjir.html .
:

***************
http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2009/03/kuala-pilah-terputus-hubungan-jalan.html

KUALA PILAH TERPUTUS HUBUNGAN JALAN

Akibat hujan lebat Ahad lalu beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Bukit Putus, Ulu Bendul, mengakibatkan laluan yang menghubungkan Kuala Pilah dan Seremban terputus dan ditutup kepada kenderaan. JKR hanya membenarkan kenderaan kecil melaluinya pada hari berikutnya. Akibatnya kenderaan terpaksa berpusing melalui jalan alternatif di Jalan Miku, Inas untuk ke Rembau dan Seremban. Difahamkan juga Jalan Miku, Inas terpaksa juga ditutup akibat kejadian tanah runtuh dan terpaksa melalui Tampin. Dilapor tidak ada kemalangan jiwa berlaku dikedua-dua tempat tersebut yang berlaku pada malam hari. Sebelum ini telah kedengaran berita tentang kekuatan tanah di Bukit Putus yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku. Ini disebabkan berlakunya pencerobohan untuk mengeluarkan kayu-kayu balak secara haram, dan kejadian ini tidak dapat dilihat kerana ia terlindung dari pemandangan umum. Kesahihan pembalakan haram ini tidak dapat disahkan lagi.


***************
http://czackpy.blogspot.com/2009/03/banjir-najis-di-taman-bukit-margosa-dan.html

Akhirnya kini pasti. Bantahan penduduk selama ini di atas jajaran Lebuhraya Lekas Taman Bukit Margosa akhir terbukti. Kalau banjir pertama banjir lumpur, kali ini banjir kedua banjir najis yang juga turut menjadi mangsa adalah jiran kami iaitu Taman Telawi.

Keluhan dan rintihan penduduk Taman Bukit Margosa selama ini di perlekeh tetapi Allah menunjuk bukti. LLM dan sekutunya yang bertindak umpama Yahudi di Margosa terus angkuh mendakwa jajaran ini tak boleh di ubah?
Kesibukan pemimpin UMNO berpolitik hingga rintihan penduduk tidak langsung dihiraukan. Pihak berkuasa tempatan selama ini bila bencana berlaku saling tuduh menuduh.
Mustahil tambahan RM60 juta suatu jumlah yang tinggi untuk dibelanjakan bagi keselesaan 2000 ribu rumah penduduk. Jambatan bengkok boleh dibatal dengan pampasan RM400 juta kepada 1 kontraktor saja dan projek pelupusan sampah di Semenyeh di batal dengan pampasan hampir RM600 juta.
Apalagi hendak diharap pada kerajaan yang ada

bersambung...........


***************
http://mohdtaufek.blogspot.com/2009/03/keadaan-kg-paroi-selepas-banjir.html

Sewaktu hujan lebat pada Hari Ahad yang lalu, banyak kawasan yang terlibat dilanda banjir kilat. Antara yang teruk terjejas adalah Kawasan Kg Paroi. AlhamduliLlah, banyak pihak yang sudi turun padang ke Kg. Paroi untuk membantu mangsa banjir. Antara yang turun padang adalah :-
a) Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin
b) Pihak MPS yang membantu memersihkan kawasan banjir.
c) Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat
Semoga Allah memberi kekuatan kepada semua mangsa banjir dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Laman web baru Yayasan Kasih Sayang N.Sembilan

Berikut ialah pautan laman web Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan yang baru di http://yksn9.blogspot.com

Panduan Menjayakan Himpunan 100000 7 Mac 2009

Kenyataan Media, 27 Februari 2009
Bersama Menjayakan Perhimpunan Aman 100 Ribu Mansuhkan PPSMI

Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan Perhimpunan Aman 100 Ribu di Istana Negara pada 7 Mac 2009 jam 2.00 petang.

GMP menetapkan tiga tempat berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara seperti yang berikut:

(a) Pusat Perniagaan SOGO
(b) Centrel Market
(c) Masjid Negara

Bagi memudahkan perjalanan perhimpunan ini, semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang. Kawalan keselamatan akan dilakukan oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara.

Permit perhimpunan sudah dipohon kepada Y. Bhg. Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara.

Peserta dilarang sama sekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang symbol parti juga tidak dibenarkan.

Pimpinan yang akan turut sama dalam perhimpunan ini ialah Dato' A. Samad Said, Dato' Dr. Hassan Ahmad, Dr. Shaharil Mohamad Zain, Prof. Emeritus Abdullah Hasaan, Prof. Emeritus Dato' Nik Safiah Karim, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan ramai lagi.

Warna tema GMP adalah putih. Peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI.

GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP.

Sehubungan itu pihak GMP telah selesai mengadakan siri jelajah seluruh negara dan mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul di hadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang.

Hasni Abas
Setiausaha
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)
http://gerakanmansuhkanppsmi.blogspot.com

Siri Jelajah Palestin di Bintulu , Sarawak, Mac 09

PROGRAM CERAMAH PALESTIN SEMPENA MAULIDUR RASUL S.A.W 1430H
Bersama Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin, Perunding Aman Palestin
6 Mac 2009 hingga 10 Mac 2009

Tarikh : Jumaat, 6/03/2009
Topik : Ceramah Umum - Penyembelihan di Gaza
Tempat : Masjid Darul Hidayah
Masa : Selepas Maghrib

Tarikh : Sabtu, 7/03/2009
Topik : Kuliah Subuh - Kenapa Palestin
Tempat : Masjid Daerah
Masa : Selepas Subuh

Tarikh : Sabtu, 7/03/2009
Topik : Bengkel untuk menjadi Penceramah Isu Palestin
Tempat : Dewan Masjid Assyakirin
Masa : 1.30pm - 4.00pm

Tarikh : Sabtu, 7/03/2009
Topik : Ceramah Umum - Rahsia Al-Aqsa
Tempat : Masjid Assyakirin
Masa : Selepas Maghrib

Tarikh : Ahad, 8/03/2009
Topik : Kuliah Subuh - Penyembelihan di Gaza
Tempat : Surau At-Taqwa
Masa : Selepas Subuh

Tarikh : Ahad, 8/03/2009
Topik : Ceramah - Kronologi Sejarah Palestin
Tempat : Pusat Islam UPM Bintulu
Masa : Selepas Zuhur

Tarikh : Isnin, 9/03/2009
Topik : Ceramah Umum - Rahsia Al-Aqsa
Tempat : Masjid Jepak
Masa : Selepas Maghrib

Tarikh : Selasa, 10/03/2009
Topik : Palestine - The never ending story (Untuk Pekerja MLNG & ABF sahaja)
Tempat : Auditorium MLNG
Masa : 12pm - 1pm

Anjuran Bersama :
Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS),
Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Bintulu (JTAIB),
dan Jawatankuasa Kebajikan Islam MLNG (JKIM),

Kuliah Ustaz Hambali

Kuliah Ustaz Hambali sekitar Senawang/Seremban dari blog http://hambalialorstari.blogspot.com

2 Mac 2009 : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Sri Pagi
3 Mac 2009 : Kuliah Muntakhabah Hadis Tmn Rose Mewah
5 Mac 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Gadong Jaya
7 Mac 2009 : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn RM/Cempaka 2
8 Mac 2009 : Kuliah Suboh Masjid Tmn Tuanku Pn. Cik
8 Mac 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor
9 Mac 2009 : Kuliah Bulanan Garden Home Surau Ibrahim
10 Mac 2009 : Kuliah Muntakhabah Hadis Tmn Rose Mewah
12 Mac 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Cempaka Fasa 1
13 Mac 2009 : Maulud Nabi Sek. Men. Sri Pagi, Senawang.
13 Mac 2009 : Maulud Nabi Tmn Permai Pantai.
14 Mac 2009 : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn RM/Cempaka 2
14 Mac 2009 : Maulud Nabi Tmn Mantau Endah, Seremban.
17 Mac 2009 : Kuliah Muntakhabah Hadis Tmn Rose Mewah
19 Mac 2009 : Kuliah Bulanan Pengasih Kuala Lumpur
20 Mac 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Desa Oked
21 Mac 2009 : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn RM/Cempaka 2
22 Mac2009 : Kuliah Bulanan Tmn Dato Wan
23 Mac 2009 : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Sri Pagi
24 Mac 2009 : Kuliah Muntakhabah Hadis Tmn Rose Mewah
26 Mac 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Jusmine
28 Mac 2009 : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn RM/Cempaka 2

20090301

PPSMI , Anak cucu kita takkan marah UMNO, PAS, PKR


Hari Sabtu 28 Feb 2009 saya berpeluang buat pertama kali bersua muka dengan Pak Dharma (Dharmala NS). Pertama kali juga saya mendengar Pak Dharma berucap. Memang berbeza seorang yang pakar bahasa, tokoh sasterawan, penulis Melayu bercakap dari seorang ahli politik. Setiap perkataan penuh dengan gaya bahasa yang mudah difahami dengan mesej tersurat dan tersirat.

Kata Pak Dharma setiap bangsa ada bahasa mereka sendiri. Kalau mereka di England tak di kata Bahasa England, tapi Bahasa Inggeris. Kalau di Iran tak dikata Bahasa Iran tapi Bahasa Parsi.

Mengulas mengenai PPSMI , Pak Dharma berkata ianya akan merugikan orang Melayu. Katanya kalau dasar PPSMI ini diteruskan, 100 tahun nanti anak cucu kita tidak menyalahkan UMNO, PAS atau PKR. Tapi mereka akan menyalahkan datuk nenek moyang mereka (iaitu kita) kerana tidak mendaulatkan bahasa Melayu. Kata Pak Dharma Bahasa Melayu mesti didaulatkan bukan dimartabatkan. Bahasa Melayu mesti di Raja kan bukan di Perdana Menterikan.

Pak Dharma banyak mengambil mesej yang tersurat dalam filem P Ramlee seperti filem Nujum Pak Belalang, Tiga Abdul dan Pendekar Bujang Lapok. Dalam cerita Bujang Lapok dalam plot ketika Tiga Bujang Lapok belajar di sekolah dewasa apabila Sudin ditanya oleh Cikgu satu perkataan Sudin menjawab Alif sambung Mim , Nun sambung Wau bunyinya SARKAS. Maknya P. Ramlee dari dulu lagi sudah memperjuangkan bangsa dalam filemnya. Dia tidak mahu anak cucu dia ditadbir oleh Sarkas Sarkas. Sarkas inilah yang ada di Malaysia sekarang ini.

Dalam hati saya memang banyak mesej tersirat dalam filem P Ramlee, perasaan atau tidak P Ramlee begitu jarang sekali cakap Inggeris dalam filem, atau cakap rojak. Cuma dalam filem Sarjan Hassan dia bercakap Inggeris dengan Pegawai Askar Inggeris yang baru datang. Sedangkan pegawai Inggeris yang lama bercakap Bahasa Melayu..

Saya berkata pada anak-anak saya yang sekolah menengah menengah nak tak ikut abah pergi Istana Negara 7 Mac 2009 ini. Mereka kata boleh. Alhamdulillah. Lalu saya belikan T Shirt putih Mansuh PPSMI untuk dipakai Sabtu nanti.

Isteri saya seorang guru sekolah menengah berkata PPSMI ini memang banyak mendatangkan masalah kepada pelajar dan guru Melayu. Isteri saya kata ada satu sekolah menengah di Seremban (ingat ya , di Seremban, bukan di Palong atau pedalaman). Sekolah tadi tahun ini 2 kelas tingkatan satu pelajar nya buta huruf. Ya , buta huruf. Kalau tahun lepas satu kelas sahaja pelajar yang buta huruf, tahun 2 kelas. Macamana nak buat PPSMI sedangkan masalah buta huruf pun tak selesai.

Isteri saya kata lagi dalam satu kursus untuk guru-guru PPSMI, seorang guru bertanya kepada penceramah. Kata guru tadi dia dah belajar Bahasa Inggeris 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah. Dah 11 tahun belajar Bahasa Inggeris, dia masih tak mahir, sekarang Kementerian Pelajaran buat kursus 1 hari lagilah dia tak mahir. Guru tadi kata dia tak faham langsung kursus PPSMI tadi , hinggakan dia pun tak tahu apa nak tanya.

Kata isteri saya lagi mungkin para ustaz dan ustazah lama kelamaan yang gagal PPSMI tak dapat mengajar lagi.

Entahlah, kalau sahabat-sahabat lain masih rasa tak apa, masih rasa selesa duduk di rumah, selesa lepak di kedai kopi membicarakan masalah Derhaka dan Celaka, bicaralah. Saya dan anak-anak saya akan berada di Istana Negara 7 Mac ini insyaALLAH, saya tak mahu anak cucu saya menyalahkan saya nanti dan tuntut pula di akhirat nanti.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com/

Dibawah ini banyak lagi masalah rakyat yang kita terlepas pandang dalam kekalutan Derhaka dan Celaka :

PENERBIT KECIL GULUNG TIKAR:
BUKU IMPORT AKAN KUASAI PASARAN AKIBAT PPSMI. Cerita lanjut di sini
http://adimul.blogspot.com/2009/02/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r_27.html

Arah Pemuda PAS hadir 'Himpunan Bantah PPSMI' 7 Mac ini
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengarahkan pemuda-pemuda seluruh negara untuk sama-sama menyertai perhimpunan aman membantah PPSMI pada 7 Mac, Sabtu nanti.
Berita lanjut di sini http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19618&Itemid=1

Orang-orang Kampung Terpinggir di Juasseh, N.Sembilan di pautan berikut
http://jemapohku.blogspot.com/2009/02/orang2-kampong-terpinggir.html

Lobai Kampung N.Sembilan kata semua ahli politik kena belajar mengaji Fiqh Keutamaan / Kepentingan supaya tindakannya memang berkepentingan, untuk Islam. Cerita lanjut di pautan berikut http://lobai-kampung.blogspot.com/2009/02/tiada-kena-mengena-dengan-politik.html

Surat Terbuka Kepada Encik Abd Malek Bin Kahar.( Pegawai Khas Kebajikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di Mesir.)
Surat Terbuka Kepada Encik Abd Malek Bin Kahar.( Pegawai Khas Kebajikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di Mesir.)
http://http/mahasiswamesirn9.blogspot.com/2009/02/surat-terbuka-kepada-encik-abd-malek.html

Bicara Mufti Perak 6 Mac 09 Rembau

BICARA ULAMA
Bersama :
Sohibus Samahah Dato Seri Dr Harussani Zakaria , Mufti Perak
Ustaz Ibrahim bin Kassim

Jumaat 6 Mac 2009
Jam 8 malam
Di Masjid Jamek An Nur , Rembau (pekan Rembau)

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

*******************
KULIAH FEQAH
Bersama Al Fadhil Ustaz Dato Hj Arshad bin Abdul Samad , Imam Masjid Bandar Baru Senawang (Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan)
Jumaat 6 Mac 2009
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda , Senawang, N.Sembilan

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Celaka dan Derhaka , kita bagaimana

Akibat banyak sangat bicara politik, bicara derhaka dan celaka akibatnya masalah rakyat terlepas pandang.

Antaranya cerita penduduk Lubuk China yang projek perumahan mereka terbengkalai tiada nampak usaha untuk dipulihkan sejak sekian lama dan lain-lain tempat di N.Sembilan. Laporan penuh di blog http://terbengkalai.blogspot.com

Berita lain :
Guru j-QAF Sarawak, Sabah diabai – Berita Harian 27 Feb 2009

NASIB kami sebagai guru program kelas Jawi, al-Quran dan Fardu Ain (j-QAF) di Sarawak agak malang. Saya rasa guru j-QAF di Semenanjung mungkin berbeza sedikit berbanding kami guru j-QAF yang jauh dari mata dan hati Kementerian Pelajaran. Itupun mungkin kerana mereka dekat dengan kementerian dan media.

Apa juga masalah cepat saja dapat diselesaikan. Apa saja rintihan dan aduan sering mendapat perhatian.

Sudah masuk tahun kelima kami warga j-QAF berbakti di bumi Sarawak, tetapi rasa seperti 15 tahun lamanya. Saya paparkan beberapa masalah yang dihadapi guru j-QAF untuk iktibar dan perhatian bersama.

Pertama, agihan jadual waktu mengajar yang sangat membebankan dan tidak adil. Contohnya, seorang guru j-QAF perlu mengajar 35-45 waktu seminggu berbanding guru lain termasuk guru Pendidikan Islam hanya puratanya 25 waktu.

Paling menyedihkan, kelas tasmik al-Quran j-QAF yang dijalankan di luar waktu persekolahan sering disalah anggap. Kelas percuma itu dikatakan ada elaun.

Seharusnya pihak sekolah memberi taklimat mengenai program j-QAF agar tidak menimbulkan salah sangka.

Namun, guru lain jika mengadakan kelas tambahan seperti Skim Baucer Tuisyen (SBT) dan Kelas Fardu Ain (Kafa), mereka akan dibayar. Purata perbezaan jumlah waktu mengajar antara guru j-QAF dengan guru lain adalah 10 waktu mengajar.

Lebih teruk lagi, kebanyakan sekolah di Sabah dan Sarawak yang tiada pertambahan guru j-QAF, mereka terpaksa mengajar dari Tahun Satu hingga Tahun Lima.

Bayangkan bagaimana persediaan untuk kelas dan rekod serta penilaian yang terpaksa dibuat. Jika banyak kelas dari tahun yang sama tidak mengapa, ini pula lima kelas dari tahun berbeza.

Belum dikira tugas lain lagi, dengan kokurikulumnya, tugas perkeranian, pembantu am rendah dan tukang kebun turut ada dalam senarai tugas guru j-QAF. Muridlah yang menjadi mangsa. Bagaimana hendak menumpukan perhatian jika beginilah keadaannya. Fikirkanlah.

Kedua, kemudahan prasarana j-QAF amat mengecewakan. Jika kementerian sanggup menghabiskan belanja besar untuk mata pelajaran lain, kenapa tidak kepada j-QAF?

Memang betul ada sekolah menikmati kemudahan termasuk seperti bilik j-QAF, alat bantu mengajar, kursus dan latihan serta peruntukan menganjurkan program.

Bagaimanapun, kemudahan itu hanya dinikmati sekolah tertentu. Bayangkan satu kelas terpaksa dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kadang-kadang murid terpaksa belajar di padang. Pada zaman moden kini dan Malaysia dikatakan negara maju dalam pendidikan, masih ada fenomena itu. Hakikatnya, Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan.

Ketiga, guru j-QAF dianggap guru di luar kuota. Ada pentadbir sekolah mengatakan guru j-QAF tidak layak mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) disebabkan status guru j-QAF.

Keempat, pertukaran guru j-QAF secara luar biasa. Ada guru j-QAF yang berjaya mohon pertukaran walaupun kontrak belum tamat. Semua gara-gara ada ‘kabel.’ Kalau kementerian membenarkan pertukaran, janganlah hanya kerana orang yang ada ‘kabel’ lulus.

Kementerian mesti berlaku adil kepada semua guru j-QAF.

Baru-baru ini Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat menyatakan guru j-QAF akan dipertimbangkan untuk pertukaran dengan syarat - suka sama suka, sudah dilantik dan opsyen yang sama.

Tidakkah melampau dan tidak realistik syarat sebegitu? Alasan mereka mudah saja, tiada pengganti kalau dibenarkan berpindah. Tetapi, kenapa ditempatkan semua guru j-QAF yang baru di Semenanjung?

Kenapa tidak di Sarawak? Sasaran pencapaian j-QAF di Sabah dan Sarawak tidak akan tercapai sekiranya keadaan itu terus berlaku.

Guru j-QAF yang sudah lama di Sarawak dan Sabah sudah luntur semangat mengajarnya dek kerana sikap kementerian yang tidak peka dengan masalah mereka. Kerana itulah ramai guru yang tidak mahu ditempatkan di Sabah atau Sarawak.

Sebenarnya banyak lagi masalah yang terpaksa didiamkan begitu saja. Mungkin inilah cabaran yang terpaksa dihadapi guru j-QAF.

Mungkin guru j-QAF insan yang akan mengembalikan wajah guru yang dulu seperti kata-kata sinis daripada guru lain ‘janganlah berkira sangat, ustazkan pentingkan pahala bukan ganjaran dunia, banyak mengajar dan kerja kira bagus lah.’

Semoga kenyataan berkenaan dizahirkan dengan ikhlas.

GURU J-QAF
TERLUKA,
Daro, Sarawak.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Surat/20090227012621/Article/index_html