KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090314

Dulu SPM gred 3 senang dapat kerja professional

Kalau zaman kita dulu, zaman 70an, zaman 80an, zaman belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu kalau dapat SPM gred 3 masih boleh mohon masuk ITM, mohon masuk Maktab Perguruan, dapat pula biasiswa. Dan ramai golongan professional di sektor swasta dan kerajaan sekarang ini, mereka taklah dapat SPM 10 A, 16 A macam sekarang ini.

Tapi sekarang SPM dapat banyak A pun, belum dijamin lagi dapat biasiswa (dulu pinjaman PTPTN tak ada, semua biasiswa yang banyak), belum jamin lagi keluar U dapat kerja. Dulu gred 3 senang jadi cikgu, sekarang bukankan gred 1, ada ijazah pun belum tentu lagi dapat jadi cikgu.

Fikir betul-betul mereka yang masih berbelah bahagi mengenai PPSMI, adakah orang Melayu, bangsa Melayu sekarang ini susah dapat kerja kerana tak mahir Bahasa Inggeris, kerana tak dapat SPM 10 A ?

Mereka yang masih lagi rasakan PPSMI ini penting, adakah kita sendiri hari demi hari belajar bahasa Inggeris, sentiasa membuka kamus untuk mempertingkatkan kemahiran Bahasa Inggeris kita, atau kita sekadar suruh anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris, kita suruh cikgu yang mengajar anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris ?

Kalau kita nak anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris, kita sendiri mesti menunjukkan minat untuk meningkat ilmu pengetahuan kita dalam Bahasa Inggeris dalam pada masa yang sama kita memartabatkan Bahasa Melayu.

Siapa kata mereka yang ingin Memansuhkan PPSMI macam saya ini , anti Bahasa Inggeris. Kami yang ingin memansuhkan PPSMI , sayangkan anak bangsa yang semakin hari semakin terpinggir, walaupun mereka dapat banyak A dalam SPM sekali pun, biar pun mereka dapat A dalam Sains dan Matematik (tak tahulah berapa peratus dapat A) tak mesti mereka akan dapat pekerjaan yang setanding.

Dengar cerita sekarang ini ada pihak yang ingin memberi biasiswa kepada pelajar lepasan SPM, mahukan keputusan peperiksaan di sekolah , walaupun mereka dapat “Straight A”, kerana tidak yakin bahawa pelajar yang dapat banyak A memang betul-betul pelajar yang cemerlang dan pintar. Apa ke tidaknya ada pelajar yang tak pernah lulus matapelajaran Sains, bila ambil SPM boleh lulus.

Apa nak jadi bukan sahaja pada anak Melayu, apa nak jadi pada sistem pendidikan di Malaysia ini ?

Hari ini Sabtu 14 Mac 2009 saya memakai baju T Mansuhkan PPSMI, ternyata ramai yang masih memberikan sokongan. Justeru itu jangan padamkan gelombang Pejuang Bahasa 7 Mac 2009, teruskan pakai baju T Mansuhkan PPSMI setiap Sabtu sehingga ianya dimansuhkan.

Macam kisah seorang Sultan yang tidak mahu mencukur jambang/janggutnya sehingga hajatnya tertunai.

Apa gunanya mencium keris jika bahasa dan bangsa dipinggirkan !

MANSUHKAN PPSMI ! HIDUP BAHASA MELAYU !

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni semua kerja hisamudin dan najib. dulu tak lulus SRP tak boleh naik tingkatan 4. Dapat gred S kena mengulang semula. Sekarang semua naik. SRM sekarang tak ada kelas. Tahun depan mesti ada yg dapat 30A.

Semua orang tau markah A telah direndahkan. Entahlah mungkin markah 50% sudah dapat A. Sebab tu sekarang lepasan IPTA ramai yang tak reti buat kerja.

Tanpa Nama berkata...

dah la tak reti buat kerja. cakap pun tergagap gagap. cakap orang putih lagi la. tapi kalau bagi topup prepaid, jangan terkejut, ada bahasa sendiri boleh cipta. itulah dia kehebatan orang melayu sekarang terutama anak anak muda.