KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090303

Banjir air najis di N.Sembilan, mana MB dan Mufti N.Sembilan ?

Inilah perkara yang amat saya risaukan sebelum ini. Sebelum ini N.Sembilan dilanda musim kering melampau lebih sebulan. Selepas musim kering melampau hujan yang lebat pasti akan membawa pelbagai bencana dan musibah. Bekas Mufti Negeri Sembilan Sohibus Samahah Dato’ Hj Mohd Murtadza sering berkata kalau lama tak hujan ada zikir dan solat khusus untuk minta hujan, juga kalau hujan turun tak henti-henti ada doa dan zikir khusus untuk mohon agar biar hujan rahmat yang turun.

Kepada Dato Seri Haji Mohamad Haji Hassan , lantiklah Mufti Negeri Sembilan segera. Dah masuk bulan ke 3 N.Sembilan tak ada mufti, tak pernah berlaku dalam sejarah.

Berikut beberapa musibah dan bala yang melanda N.Sembilan pada Mac 2009 yang dilaporkan dalam beberapa blog . Yang menarik foto eksklusif Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin (UMNO) dan ADUN Paroi YB Hj Mohamad Taufek (PAS) sama-sama turun padang di http://mohdtaufek.blogspot.com/2009/03/keadaan-kg-paroi-selepas-banjir.html .
:

***************
http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2009/03/kuala-pilah-terputus-hubungan-jalan.html

KUALA PILAH TERPUTUS HUBUNGAN JALAN

Akibat hujan lebat Ahad lalu beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Bukit Putus, Ulu Bendul, mengakibatkan laluan yang menghubungkan Kuala Pilah dan Seremban terputus dan ditutup kepada kenderaan. JKR hanya membenarkan kenderaan kecil melaluinya pada hari berikutnya. Akibatnya kenderaan terpaksa berpusing melalui jalan alternatif di Jalan Miku, Inas untuk ke Rembau dan Seremban. Difahamkan juga Jalan Miku, Inas terpaksa juga ditutup akibat kejadian tanah runtuh dan terpaksa melalui Tampin. Dilapor tidak ada kemalangan jiwa berlaku dikedua-dua tempat tersebut yang berlaku pada malam hari. Sebelum ini telah kedengaran berita tentang kekuatan tanah di Bukit Putus yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku. Ini disebabkan berlakunya pencerobohan untuk mengeluarkan kayu-kayu balak secara haram, dan kejadian ini tidak dapat dilihat kerana ia terlindung dari pemandangan umum. Kesahihan pembalakan haram ini tidak dapat disahkan lagi.


***************
http://czackpy.blogspot.com/2009/03/banjir-najis-di-taman-bukit-margosa-dan.html

Akhirnya kini pasti. Bantahan penduduk selama ini di atas jajaran Lebuhraya Lekas Taman Bukit Margosa akhir terbukti. Kalau banjir pertama banjir lumpur, kali ini banjir kedua banjir najis yang juga turut menjadi mangsa adalah jiran kami iaitu Taman Telawi.

Keluhan dan rintihan penduduk Taman Bukit Margosa selama ini di perlekeh tetapi Allah menunjuk bukti. LLM dan sekutunya yang bertindak umpama Yahudi di Margosa terus angkuh mendakwa jajaran ini tak boleh di ubah?
Kesibukan pemimpin UMNO berpolitik hingga rintihan penduduk tidak langsung dihiraukan. Pihak berkuasa tempatan selama ini bila bencana berlaku saling tuduh menuduh.
Mustahil tambahan RM60 juta suatu jumlah yang tinggi untuk dibelanjakan bagi keselesaan 2000 ribu rumah penduduk. Jambatan bengkok boleh dibatal dengan pampasan RM400 juta kepada 1 kontraktor saja dan projek pelupusan sampah di Semenyeh di batal dengan pampasan hampir RM600 juta.
Apalagi hendak diharap pada kerajaan yang ada

bersambung...........


***************
http://mohdtaufek.blogspot.com/2009/03/keadaan-kg-paroi-selepas-banjir.html

Sewaktu hujan lebat pada Hari Ahad yang lalu, banyak kawasan yang terlibat dilanda banjir kilat. Antara yang teruk terjejas adalah Kawasan Kg Paroi. AlhamduliLlah, banyak pihak yang sudi turun padang ke Kg. Paroi untuk membantu mangsa banjir. Antara yang turun padang adalah :-
a) Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin
b) Pihak MPS yang membantu memersihkan kawasan banjir.
c) Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat
Semoga Allah memberi kekuatan kepada semua mangsa banjir dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Tiada ulasan: