KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090708

Jom BOIKOT Hotel tidak Halal di Malaysia

Jom kita Boikot Hotel yang tiada sijil Halal di Malaysia ini. Jom kita SOKONG 27 Hotel dan Resort yang ada Sijil Halal.

Allson Klana milik Perbadanan Menteri Besar N.Sembilan pun tiada Sijil HALAL !

Kerajaan Negeri Sembilan terutama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sepatutnya tidak membuat sebarang aktiviti di hotel kerana tiada langsung hotel di Negeri Sembilan yang ada sijil Halal.

Hotel yang ada Sijil Halal ialah :
1. Ancasa Hotel , Kuala Lumpur
2. Corus Hotel , Kuala Lumpur
3. Crystal Crown Hotel , Petaling Jaya
4. Empress Hotel Sepang
5. Grand Bluewave Hotel Shah Alam
6. Grand Dorsett Labuan Hotel
7. Grand Palace Hotel
8. Hilton Petaling Jaya
9. Hotel Armada Petaling Jaya
10. Hotel Putra KL
11. Hotel Seri Malaysia (Ipoh)
12.Hotel Seri Malaysia (Penang)
13. Hotel Seri Malaysia (Taiping)
14. Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang
15. Kuala Lumpur Convention Centre
16. Labuan Marina Centre Sdn Bhd
17. Legend Hotel KL
18. Mayor Hotels Berhad , KL
19. PNB Darby Park Executive Suites, KL
20. Sheraton Labuan Hotel
21. The Paramount Hotel , Sibu
22. The Summit Hotel, Subang USJ
23. Tiara Labuan Hotel
24. Tradewinds Hotels & Resorts Sdn Bhd , Johor
25. Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd , IOI Resort , Putrajaya
26. Tradewinds Hotels & Resorts Sdn Bhd , Johor
27. UITM Hospitality Management Services Sdn Bhd , Shah Alam

Sumber http://www.hdcglobal.com
http://e-halal.hdcglobal.com/corporate.php?ID=87

Kerajaan Negeri Sembilan mengorak langkah setapak lagi dalam usahanya memajukan industri pelancongan dengan mengambil-alih Allson Klana Resort, Seremban iaiut sebuah hotel peranginan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan penginapan dan rekreasi selain kemudahan persidangan dan seminar.
http://www.ns.gov.my/mb/index.php?option=com_content&task=view&id=301&Itemid=188

Dapur tiada sijil halal
Kosmo 8 Julai 2009
Daripada 2,000 hotel di seluruh negara, hanya 170 ada sijil HDC
Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.azde@kosmo.com.my

JAMIL menunjukkan logo dan sijil halal yang dikeluarkan oleh HDC pada sidang akhbar di Petaling Jaya semalam.

KUALA LUMPUR – Hanya 170 dapur hotel daripada lebih 2,000 hotel di negara ini mempunyai sijil halal yang disahkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Jamil Bidin, hotel yang mempunyai sijil halal itu meliputi 15 buah hotel lima bintang, hotel empat bintang (23), hotel tiga bintang (101), hotel dua bintang (14) dan selebihnya hotel tanpa bintang.

Katanya, antara faktor yang menyebabkan pengusaha hotel terbabit gagal mendapatkan sijil tersebut ialah kelewatan mereka menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kepada HDC.

“Masalah utama sijil halal lewat diproses ialah kerana pihak kami terpaksa menunggu penyerahan dokumen berkaitan daripada pengusaha-pengusaha hotel itu seperti sijil halal bahan kandungan dan rempah.

“Maklum balas terhadap permintaan kami amat lembab. Dalam mengeluarkan sijil halal dapur, kami perlu tahu semua bahan yang digunakan di dapur, di mana mereka membeli bahan kandungan dan sama ada pembekal mereka itu mempunyai sijil halal atau tidak,’’ katanya pada sidang media di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nilai hotel tersenarai..rujuk semula