KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090731

Rayuan Kerusi roda terpakai utk yg memerlukan di Seremban

Malam tadi saya berjumpa dengan seorang yang ditimpa kemalangan jalanraya sejak setahun yang lalu di Taman Senawang Jaya. Sejak dari itu dia keluar masuk hospital. Kakinya patah teruk, masuk besi. Sebelum ini dia berniaga kecil-kecilan.

Sejak kemalangan dia dan isteri tidak dapat berniaga. Isteri sepenuh masa menjaganya. Bantuan Baitul Mal ada diterima, sekadar cukup untuk bayar sewa dan lain-lain yang asas. Juga bantuan daripada mereka yang prihatin.

Antara bantuan yang boleh diberikan kepada beliau ialah :

1. Kerusi roda. Sesiapa yang ada terpakai kalau nak beri sumbangan adalah amat diharapkan. Kalau nak jual terpakai pun boleh dipertimbangkan. Untuk memudahkan pergerakan beliau di rumah dan kejiranan.

2. Bantuan guaman. Sesiapa yang sudi bolehlah jenguk-jenguk untuk kes beliau kemalangan untuk mendapatkan ganti rugi dari orang yang melanggar beliau.

3. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sesiapa yang ada saluran harap dapat kemukakan.

Mereka yang sudi membantu boleh hubungi saya Rozmal 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com atau hubungi beliau yang ditimpa kemalangan itu Kasim namanya 017-2193842

Selepas ziarah beliau , saya terasa betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita. Janganlah kita sia-siakan. Yang lelaki tu , rajin-rajinlah solat jemaah di surau dan masjid berhampiran.

Awal minggu juga saya berulang-alik ke Hospital Seremban kerana ayah kemalangan kecil ketika buat kerja di rumah. Walaupuin terasa penat parking kereta jauh dan susah di Hospital Seremban tu, tapi masih bersyukur kerana begitu ramai yang ditarik sedikit nikmat mereka.

Berjumpa dengan seorang pemuda dari Linggi. Lumpuh dari pinggang ke bawah. Halim namanya. Dulu dia mekanik katanya. Dah 6 ke 12 tahun beliau begitu kerana ditimpa kemalangan. Keluar masuk hospital. Tapi muka beliau begitu ceria dan cerah. Adakalanya aktif berkerusi roda.

Sekali lagi kita yang sihat ni, janganlah sia-siakan nikmat yang Allah berikan ini. Solatlah jemaah , tutuplah aurat, banyakkan sedekah , banyakkan membantu mereka yang memerlukan, seru kepada kebaikan , cegah kemungkaran.

Tapi nikmat yang paling besar ialah nikmat Islam dan iman.

Hidup di dunia hanya sementara cuma sekelip mata , akhirat kekal selama-lamanya.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Terima kasih atas reminder tuan itu...sesungguhnya manusia memang mudah lupa (especially Melayu Muslim?)