KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090704

Pelancaran roket Indonesia memalukan Malaysia

Kita datang dari satu rumpun bangsa , terutama macam kita dari Negeri Sembilan ini. Peristiwa konfrontasi adalah satu sejarah hitam dan semoga menjadi pengajaran pada kita semua. Kita amat berbangga dengan kebolehan Indonesia menghasilkan roket ke angkasa. Pada tahun 2014 Indonesia dijangka akan melancarkan satelit sendiri dan roket sendiri.

Pada tanggal 2 Juli 2009 Indonesia telah berjaya melancarkan roket RX420 ke angkasa yang boleh mencapai 100 km dan 1,000 km jika mendatar.

Apa yang menariknya roket RX420 ini dibuat dalam tempoh 3 bulan dan menggunakan bahan bakar tempatan untuk mengelakkan sebarang masalah dalam penghasilan roket sekiranya berlaku embargo.

Sayang kita tidak hantar wakil kita menyaksikan pelancaran roket ini. Kita hanya boleh menumpangkan angkasawan kita dalam Soyuz. Kita hanya sekadar dapat menghantar pelajar menyaksikan pelancaran satelit. Kita hanya sekadar ditawarkan membeli kapsul Soyuz.

Apakah Malaysia malu dengan kejayaan rumpun bangsa kita di Indonesia sehingga berita kejayaan rumpun bangsa kita ini hanya mendapat berita kecil sahaja di dada akhbar.

Atau cerita politik terlalu amat penting di Malaysia ini.

Saksikan video pelancaran roket pada pautan berikut http://www.youtube.com/watch?v=e2PDJWFh_XI

Juga berita berkaitan pada laman web Kelab Angkasa Malaysia Cawangan Negeri Sembilan AMAL NS di http://amal-ns.blogspot.com

Tiada ulasan: