KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090831

Bukan Islam mesti Boikot Restoran Islam yang tak prihatin

Sepatutnya Restoran Islam tidak patut buka pada awal pagi di bulan Ramadhan seperti pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2009/08/restoran-islam-kurang-ajar-di-senawang.html

Masa bulan Ramadhan inilah sepatutnya orang bukan Islam menyokong dan memajukan restoran bukan Islam. Inilah rahmat bulan Ramadhan. Orang Islam untung , orang bukan Islam pun untung , sebab lebih ramai orang bukan Islam akan bersarapan pagi dan makan tengahari di restoran bukan Islam.

Umat Islam yang prihatin harus memboikot selama-lamanya walaupun lepas Ramadhan restoran Islam yang buka sarapan pagi dan makan tengahari yang memberi peluang kepada orang Islam yang tidak berpuasa untuk membeli makanan.

Orang bukan Islam pun mesti boikot restoran Islam yang beroperasi di siang hari pada bulan Ramadhan kerana ianya menjejaskan restoran bukan Islam.

Apa ke tidaknya. Cuba perhatikan restoran Islam yang kurang ajar ini. Ada ke orang masuk restoran pakai topi keledar pesan makanan ? Dengan H1N1 ni lagi senang nak beli, pakai topeng. Muka tak malu, tak malu pada ALLAH.

BOIKOT RESTORAN ISLAM KURANG AJAR YANG BUKA SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI !

Tiada ulasan: