KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090806

A H1N1 kejap suruh gi hospital, kejap tidak

Sila baca betul-betul kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Ismail Merican terkini 6 Ogos 2009 :

Hanya pesakit yang diwadkan saja akan diuji samada ada virus. Mereka yang ada tanda-tanda selesema patut rehat di rumah dan dapatkan nasihat perubatan.

Dr Ismail memberi amaran kepada rakyat supaya tidak mengambil ubat anti viral kerana ianya ada kesan sampingan.

Komen : Apa nak buat sekarang ? Kejap suruh pergi hospital kalau ada tanda penyakit. Sekarang hanya mereka yang masuk wad saja akan diuji ? Kenapa , dah ramai serbu hospital ? Kenapa masih tiada kesedaran rakyat Malaysia ? Sekolah anak saya di Seremban minggu lepas tutup seminggu , minggu ni buka semula , anak beritahu di sekolah tidak dibekalkan sabun basuh tangan. Yang pakai topeng muka di tempat awam boleh bilang dengan jari sebelah tangan. Lepas tu tiada gesaan untuk solat hajat, tiada usaha sekolah-sekolah diwajibkan baca doa hindar penyakit. Macam tak ada apa-apa je. Surau dan masjid tengok jemaah banyak tu juga. Tak ada nampak makin ramai datang surau masjid mohon dijauhkan bala bencana , bertaubat. Konsert , hiburan awam berjalan macam biasa saja di Seremban, mungkin seluruh Malaysia.


A(H1N1): Death toll increases to 14
PUTRAJAYA: A 57-year-old man has died of the Influenza A (H1N1) increasing the death toll to 14, says Health director-general Tan Sri Ismail Merican.

He said 16 new locally transmitted cases were reported over the last 24 hours.

He added that only warded patients will be tested for the virus while those with symptoms of influenza should rest at home and heed medical advice.

Dr Ismail also warned the public against taking anti-viral medication as it can lead to resistance to the drugs as reported in some countries.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/6/nation/20090806132821&sec=nation

Tiada ulasan: