KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090827

Restoran Islam kurang ajar di Senawang, BOIKOT

Umat Islam yang prihatin seharusnya memBoikot Restoran Islam yang beroperasi di kawasan majoriti Islam sejak dari sarapan pagi lagi pada bulan Ramadhan walaupun ianya atas alasan Restoran 24 jam.

Restoran sebegini memberi ruang kepada umat Islam yang tidak berpuasa membeli makanan dengan lebih mudah dan bebas. Janganlah kita bersubahat dengan memajukan lagi Restoran biadap sebegini.

Memandangkan tiada undang-undang untuk para peniaga beroperasi di bulan Ramadhan , umat Islam yang prihatin haruslah menggunakan kuasa pengguna mereka untuk memBoikot Restoran Islam yang beroperasi di siang hari pada bulan Ramadhan.

Boikot ini haruslah diteruskan selepas bulan Ramadhan dan sepanjang tahun agar peniaga yang memikirkan untung dunia semata-mata ini hormat pada umat Islam dan bulan Ramadhan.

Kalau Restoran Islam ini tidak hormat bulan Ramadhan , adakah kita yakin dengan tahap keHALALan makanan yang disajikan ?

Oleh itu marilah kita sokong Restoran Islam yang menghormati bulan Ramadhan , yang beroperasi sebelum waktu berbuka puasa hingga waktu sahur.

Disarankan juga kepada para blogger Islam yang prihatin agar menyiarkan mana-mana Restoran Islam yang kurang ajar di tempat mereka dan mana Restoran Islam yang harus disokong di seluruh Malaysia , bukan sahaja di Senawang.

Pautan berikut ialah gambar-gambar yang diambil pada sekitar jam 8 pagi Khamis 27 Ogos 2009 Restoran Islam yang beroperasi dan yang tidak beroperasi pada siang hari

GAMBAR BAWAH RESTORAN YANG BAGUS. TIDAK BUKA PADA PAGI HARI

Di Pekan Senawang

Di Dataran Senawang

Di Dataran Senawang

Dekat Kilang MCIS Senawang

_______________________________________


DIBAWAH INI RESTORAN ISLAM KURANG AJAR. BUKA PADA PAGI HARI BULAN RAMADHAN. JOM BOIKOT

Di Taman Kemuning


Di Dataran Senawang

Di Pekan Senawang


Di Taman Kemuning

Di Taman Desa Ixora

Di Taman Anggerik

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jgnle buruk sangka,

Tiada satu ayat Al-Quran atau Hadis melarang kita berniaga restoran waktu pagi di bulan Ramadhan.

Mungkin juga pelanggan mereka lebih banyak bukan orang ISLAM.
atau yg membelinya adalah pekerja kontrak binaan. Sebelum kita mengutuk mereka yg kerja kontrak binaan tu, cuba le sehari kerja bersama mereka.

Tetapi tak semua tak puasa, aku kenal seorg pekerja binaan yg puasa, bila buka 1 jag air dia seorang aje. Haus gila. Dia tu pangkat SUPERVISOR

Setahu aku, ada sesetengah tempat, jualan hanya dibenarkan
selepas jam 3.00 ptg. Sila Rujuk paper last week pasal ada peniaga
kena angkut barang niaga mereka pasal start menjual sebelum jam 3.00 ptg. (lupa pulak, hang tak baca paper Berita Harian pasal boikot)

Bulan baik ni, mari le kita membersih diri kita dari bersangka buruk sesama kita.
itu baru namanya puasa yg sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Macam restoran mamak je semua tu? Hmmm... patutlah. Saya memang tak makan di restoran mamak sebab tak semuanya betul2 mamak muslim. Sejak saya melihat sendiri pemilik dia bawa tour investor satu kedai, saya terus tak makan lagi kat kedai tu. Investor dia semuanya non-Muslim. Tak tahulah kot2 saya tafsir. Kalau dah emas salut satu badan, makan kari ikan dan sayur2 sahaja. Macam mana tu? Lagi satu yang saya geram tu,mereka suka meletakkan tulisan Allah dan Muhammad di papantanda. Ada tu tulisan Allah tu alifnya diletakkan di tengah2 seakan menyerupai serampang tiga yg terdapat di kuil2 mereka. Ikutkan hati rasa nak pecah je kedai tu. Geram. Itulah akibat agama tidak menjadi keutamaan. Sampai tulisan pun mereka permainkan.

jungg00d berkata...

Kebenaran walaupun pahit..saya juga berdarah India (Uttar Pradesh) dr sebelah aarwah abah.

Kdg2 mamak ni amik pekerja non-muslim directly imported from India...& pekerja diorg ni ada yg tersgtlh pengotor.

Slain tu, ada di anatra mereka ni dtg dr penyembah kubur, syiah yg mn berbeza aqidah dgn kita.

Tanpa Nama berkata...

bukan restoran siang hari pun nak boikot..apa punya mentaliti da..

bukan ke ada kemungkinan orang musafir nak makan ke, orang uzur takleh puasa ke..dan macam2 lagi..

puasa tu hubungan manusia dengan Allah..ikhlas yang penting...