KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110930

Pelajar kita makin ramai gila, sakit mental, stres



Seorang pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan PMR telah dengan tiba-tiba meluru ke bilik guru untuk menyerang guru-guru dengan sebatang kayu di Sek Men Keb Indera Mahkota 2 di Kuantan, Pahang pada 29 Sep 2011 dipercayai akibat stres untuk mendapat keputusan peperiksaan yang lebih baik.

Apa nak jadi dengan sistem pelajaran di negara kita sekarang ini, semuanya hendak mengejar kecemerlangan, bukan saja pelajar yang stres , guru-guru juga stres. Kes pelajar dikurung supaya tidak ambil UPSR, mungkin guru ada salah juga, tapi pihak kementerian, guru besar dan menteri juga ada salahnya dengan terlampau mengejar anugerah sekolah cemerlang, sekolah kluster, sekolah plaster dan sebagainya.

Apa yang kita nak kejar sebenarnya?

Sila baca artikel saya sebelum ini 20 peratus pelajar kita hidap sakit mental/stres, 11.3 peratus atau 3.3 juta rakyat Malaysia sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun di http://waghih.blogspot.com/2011/09/1-setiap-5-pelajar-sakit-mental.html

Friday September 30, 2011
Form 3 student attacks teachers due to PMR stress

THE stress of upcoming examinations got the better of a Form 3 student who attacked his teachers with a piece of wood in the staff room, China Press reported.

During the 12.30pm incident yesterday, the Kuantan SMK Indera Mahkota 2 student had run out of his classroom on the third floor with the wood, believed to be from a broken chair.

He reportedly had barged into the staff room on the second floor and tried to attack his teachers. However, some students and teachers stopped him.

A teacher later said that the student was believed to have suffered from depression due to the upcoming PMR examinations.

He said the student had been doing well academically and behaviourally and he had no idea what triggered the attack.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F9%2F30%2Fnation%2F9602638

Ceramah Md Sabu 6 Okt 2011 Kg Batu REMBAU



CERAMAH UMUM
Tarikh : 6 Okt 2011 , Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Pulau Bintongan, Rembau (rumah Pn Hjh Zaiton, Jln Rembau-Kg Batu-Miku-Johol)
Penceramah :
Tn Hj Mohamad Sabu
YB Hj Mohamad Taufek
Chegubard
Dr Rosli Yaakop
Ustaz Nor Azman Mohamad

Hanipa Maidin 7 Okt 2011 di Lenggeng, N.Sembilan



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 7 Okt 2011, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Kampung Daching Hilir, Lenggeng, N.Sembilan (rumah Pn Zaiton berhampiran Bandar Akademia).
Penceramah :
Sdr Hanipa Maidin , Peguam
YB Chang Lih Kang , Adun Teja (PKR)
Zulkefly Mohamad Hj Omar , AJK PAS Pusat

PAS sambut hari habitat sedunia di Shah Alam



KUALA LUMPUR, 29 Sept 2011 : PAS akan menyertai masyarakat antarabangsa apabila akan menyambut Hari Habitat Sedunia 3 Oktober ini.

Ia akan disambut di Dataran Shah Alam, Selangor 3 Oktober ini mulai 8.30 malam, kata Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkifli Mohd Omar kepada Harakahdaily.

Ia dianjurkan bersama PAS kawasan Shah Alam dan MBSA MPP Zon 1.

Program ini adalah program yang merupakan menifestasi serta hasil sambutan World Habitat Day melalui deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang akan di adakan pada 3 Oktober, 2011 dan akan diraikan oleh semua negara-negara di dunia.

Bulan habitat sedunia, katanya, di harapkan dapat memberi suatu impak yang amat besar bagi gerakan kesedaran awam berkenaan isu-isu alam sekitar amnya serta ke arah memperkemaskan dan memperkasakan tataurus dan gerak kerja badan-badan berkanun, kerajaan, dan badan-badan bukan kerajaan di dalam kesedaran awam berkenaan isu-isu alam sekitar.

Menurut Zulkifli, sambutan ini dianjurkan di negeri-negeri bagi meningkatkan komitmen Kerajaan Negeri dan memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan badan-badan bukan kerajaan dalam pengurusan alam sekitar setempat.

Pelbagai aktiviti lain turut dianjurkan dengan kerjasama pihak swasta, industri dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Menurut beliau, objektif sambutan ini adalah

I.Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan orang ramai

II.Mengeratkan dan mempertingkatkan kerjasama di antara badan-badan bukan kerajaan dan Kerajaan Negeri di dalam pengurusan alam sekitar; dan

III.Menggalakkan kerjasama di antara pelbagai agensi seperti pertubuhan bukan kerajaan, agensi-agensi swasta, individu dan sebagainya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar

IV.Memberi Kesedaran Pihak Berkuasa, Jabatan dan Agensi Kerajaan, Swasta sentiasa memberi kepentingan dan keutamaan Alam Sekitar bila membuat sesuatu pembangunan atau penerokaan bumi kita.

V.Mengujudkan rasa tanggungjawab bersama bahawa tempat,bumi/planet kita adalah tanggungjawab kita semua

VI.Acara Hari Sambutan Alam Sekitar disambut oleh kebanyakan Negara di dunia dijadikan acara penting oleh Kerajaan Pakatan Rakyat terutama di Negeri yang kita perintah seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

VII. Mesej kepada Rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat sentiasa prihatin terhadap Alam Sekitar.

Sambutan kali ini, kata beliau, bertemakan 'Air Boleh Merubah Segalanya, Manusia dan Pembangunan'.

Tema ini dipilih berdasarkan beberapa Faktor dan isu yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

i.Air sebagai Sumber Kehidupan. Sebarang Pembangunan dan Penerokaan Kawasan Tadahan Air atau Kawasan Hutan Simpan kekal mestilah dielakkan.

ii.Kesedaran Rakyat dan Pihak Berwajib soal Penjagaan dan Pemeliharaan Sungai-Sungai dari dicemari oleh bahan-bahan sisa pepejal, berair,bergas yang mengandungi Asid, Toksid dan elemen radio-aktif mestilah dibuat secara berterusan.

iii.Isu Air yang melibatkan Kerajaan Negeri dengan Syabas dan Kerajaan Persekutuan mestilah diselesaikan segera demi kebaikan Rakyat Negeri Selangor

iv.Pembinaan Industri yang berisiko tinggi mestilah jauh dari kawasan sumber air dan tempat tinggal rakyat

v.Kualiti air dan penemuan sumber baru serta penambahbaikan pengurusan pentadbiran bekalan air merupakan agenda dalam pembangunan sosial–ekonomi rakyat.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5679-pas-sambut-hari-habitat-sedunia-di-shah-alam

20110929

1 setiap 5 pelajar sakit mental, prihatinkah ahli politik kita?



Kajian pakar mendapati seorang dari setiap lima orang pelajar di Malaysia pada ketika ini menghidap sakit mental. Satu angka yang menggerunkan kita semua. Apakah belanjawan yang akan dibentangkan Oktober 2011 nanti akan menekankan bajet untuk merawat pesakit mental atau ahli politik kita di Malaysia ini hanya sibuk berpolitik? Bagaimana pula dengan cendekiawan agama, pejuang agama, pejuang bangsa kita, adakah hanya mahu membicarakan hukum hudud yang sudah jelas di dalam Al Quran?

Kita perjuangkan apa sebenarnya?

STUDENTS AND STRESS
Thursday, September 29th, 2011

PETALING JAYA: The study, called 'Healthy Mind Programme', was aimed at conducting mental health screening for symptoms of depression, anxiety and stress (DAS) in six secondary schools including one in Sabah.

Liow said the ministry survey showed the number of people seeking medical attention for mental health problems was 10.6 per cent in 1996 but rose to 11.2 per cent, with 6.4 per cent having considered suicide, in 2006.

Liow said a high number of those seeking treatment in 2006 were those aged between 16 and 19, and those aged between 70 and 74.

CHILDREN as young as 12 are so stressed from studies that they seek outside help for mental problems.

Befrienders statistics showed how pressure to achieve results can affect the younger generation, as out of the 18,700 calls they took last year, one in 10, was from a person below the age of 20.

IN MALAYSIA, AN ESTIMATED ONE IN FIVE CHILDREN (2.22 MILLION) REPORTEDLY SUFFER MENTAL PROBLEMS, INCLUDING DEPRESSION, SELF-HARM PLUS SUICIDAL THOUGHTS AND TENDENCIES.

http://www.mmail.com.my/content/83393-students-and-stress

Artikel saya sebelum ini negara kita Malaysia memerlukan belanjawan yang besar khusus untuk merawat pesakit mental. 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental, bermakna hampir 3.3 juta orang. 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia.

Bacalah sendiri rintihan, penderitaan, ahli keluarga pesakit mental dan analisis isi ini pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html

20110928

Perjumpaan Ahli Biduanda Lela Maharaja, Rembau



Satu Majlis Ramah Mesra dan Silaturrahim bagi Waghih Suku Biduanda Waghih Lela Maharaja akan diadakan ditelapak Suku Biduanda Waghih di Kampung Kota, Rembau, Negeri Sembilan.

Majlis dijangka akan berlangsung pada hari Ahad 6 November 2011 (Hari Raya Idil Adha).

Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghimpunkan kesemua anak-anak Waghih Suku Biduanda Waghih Lela Maharaja Kampung Kota yang kini bilangannya adalah ramai.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :
YM Dato’ Samaraja Zulkefli bin Ismail dzul59@yahoo.com , tel : 0192541757
Haji Mohd Arifen Naim m.arifen@gmail.com , tel : 019242190

Untuk maklumat lanjut serta pendaftaran anak-anak Waghih Suku Biduanda Waghih Lela Maharaja Kampung Kota sila ke http://waghihbiduandalelamaharaja.blogspot.com/

20110927

Kajuan Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


Segala keputusan akan dikaji dan disampaikan kepada pimpinan kerajaan dan juga pimpinan PR untuk dimasukkan dalam manifesto PR jika perlu.

Sila nyatakan sokongan anda pada mana-mana pilihan berikut:

Pendidikan sehingga ke peringkat universiti menjadi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya generasi muda. Pendidikan tinggi di Malaysia memerlukan kos yang tinggi dan ini menjadi beban kepada golongan mahasiswa dan keluarga mereka.

Sebahagian besar dari rakyat Malaysia menghadapi kesukaran dalam mencari badan samada pihak kerajaan mahupun swasta untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk menyambung pelajaran.

Kebanyakan mereka bergantung kepada pinjaman pendidikan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 haribulan Julai 1997.

Ini bermakna sudah lebih 14 tahun Akta 566 ini terpakai dan dalam tempoh itu jugalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memberi pinjaman kepada rakyat Malaysia bagi menyambung pengajian di peringkat tinggi Universiti dan Kolej.

1: Pinda Akta PTPTN dan semua pinjaman dari keluarga yang miskin ditukar
2: Mansuhkan Akta PTPTN dan ditukar dengan akta baru yang lebih mesra pem
3: Mansuhkan Akta PTPTN dan semua pinjaman ditukar kepada biasiswa

Nyatakan sokongan anda dengan klik LIKE di http://www.facebook.com/Jawatankuasa.Isu.PTPTN.JIP

Askar gemuk ingin pembelaan

20110924

Ahli Politik Malaysia tak minat bincang isu Pertahanan Negara

Saya amat bersetuju dengan artikel yang ditulis oleh wartawan Marhalim Abas mengenai isu pertahanan, di mana ahli politik di Malaysia ini baik dari Barisan Nasional mahu pun dari Pakatan Rakyat tidak begitu prihatin untuk membincangkan masa depan pertahanan negara dengan mendalam dan serius. Bukan BN dan Pakatan Rakyat sahaja tidak bersungguh, malahan Kementerian Pertahanan sendiri menurutnya pun begitu juga.

Ini terbukti apabila laman web Kementerian Pertahanan asyik dengan kisah rumah terbuka Idil Fitri, begitu juga dengan laman web Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, yang semuanya terlalu tepu dengan isu politik.

Sebaliknya di Britain, pembangkang di sana telah membentangkan idea mereka sendiri mengenai bajet dan masa depan pertahanan di Britain.

Begitu juga di Iran , yang sering menggembar-gemburkan kekuatan pertahanan mereka, dan perbarisan pertahanan mereka untuk tontonan umum dibuat dengan begitu hebat sekali untuk mendatangkan rasa kekuatan dan kehebatan dalam diri dan rakyat mereka.

Bukan kita mengatakan kita perlu ikut jejak Britain atau perlu ikut mazhab majoriti di Iran. Tetapi kita ambil apa yang baik dari perancangan mereka. Sepertimana Nabi SAW mengambil idea dari Salam Al Farisi ( Al Iran atau Of Persian) dalam mengatur strategi Perang Khandak.

Saksikan kehebatan perbarisan pertahanan Iran di beberapa pautan di bawah dan bandingkan dengan perbarisan Hari Malaysia kita pada 16 September 2011 di :
http://www.uskowioniran.com/2011/09/sacred-defense-parades-2011.html
http://www.uskowioniran.com/2011/09/sacred-defense-parades-2011-missiles.html
http://www.uskowioniran.com/2011/09/sacred-defense-parades-2011-armor.html
http://www.uskowioniran.com/2011/09/sacred-defense-parades-2011-vehicles.html
http://www.uskowioniran.com/2011/09/sacred-defense-parades-2011-boats.html



Learning From Others or Not
September 23, 2011 by Marhalim Abas

PETALING JAYA: It appears that despite our best interest, no one at Jalan Padang Tembak, Putrajaya or Bukit Damansara are really interested to talk about how our Armed Forces are standing up to the real world.

See what Jalan Padang Tembak is doing. Here http://www.mod.gov.my/pangkalan-ilmu/berita-terkini-link.html?lang=ms . For the latest on the PM go here http://www.pmo.gov.my while for the head of the opposition Go Here http://www.anwaribrahim.com

I guess everybody is busy politiking at the moment during this open house season and defence, the usual punching bag, will be kept under wraps until the 2012 budget is announced or not!

Anyhow, from DID http://www.defenseindustrydaily.com , the shadow (i.e. parliamentary opposition) defence team from the Labour party in the UK published its ideas on procurement [PDF] http://www.labour.org.uk/uploads/43d0e476-3d6e-d4e4-2dbb-00b5a76c19fc.pdf .

Among proposed measures: move to longer 10-year rolling budgets but shorter projects, focus more on affordability than “exquisite systems” (a fashionable but sensible theme nowadays), frame policy in “make or buy” terms, use “should cost” estimates and more fixed priced contracts (again things currently in the air), and restructuring of Defence Equipment & Support (DE&S).

Isnt it about time politicians talk about this things once in a while. I am not saying that West is right all the time. But should we not take heed of what others had to endure and not repeat their expensive mistakes? Or are we going to blindly follow the same path, again and again?

Source : Malaysian Defence http://www.malaysiandefence.com/?p=1774

Pinjam Along untuk hantaran perkahwinan, diri terjerat


Masyarakat kita masih tak serik-serik. Mereka mengutamakan yang remeh temeh, melupakan yang wajib. Yang wajib ialah Akad Nikah dan Mas Kahwin, kenduri kahwin tak wajib, wang hantaran pun bukan perkara wajib. Terlalu mengikutkan adat, akhirnya terjerat dengan Along dan riba. Bukan nak salahkan si Zali di bawah ini, tetapi majoriti masyarakat kita dah macam ni.

Kenduri kahwin dah terlalu diglamourkan, melalui media, melalui Facebook, melalui akhbar, melalui TV dan seterusnya.

Artikel saya sebelum ini ; Adat Melayu Menyusahkan, Ajaran Islam Memudahkan dan Hentikan Kenduri Kahwin Yang Menyusahkan di http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html

Tak tenang malam pertama
Harian Metro 24 Sep 2011

JOHOR BAHRU: Malam pertama seorang pengantin baru tidak seindah diimpikan apabila dibayangi lapan along yang memburunya selepas gagal melunaskan pinjaman berjumlah RM10,000 yang dibuat sebagai hantaran kepada keluarga pengantin perempuan.

Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Zali, 24, berkata, dia juga terpaksa berlakon gembira ketika diraikan sebagai raja sehari di atas pelamin ketika majlis persandingan berlangsung di rumah pengantin perempuan di bandar raya ini, awal bulan lalu.

Zali berkata, nasibnya ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ apabila menanggung hutang along yang mengenakan kadar faedah pinjaman hingga 200 peratus.

“Saya kekurangan wang untuk menyediakan wang hantaran serta perbelanjaan lain lalu meminjam wang daripada along kerana buntu selepas tiada sesiapa dapat membantu.

“Along pertama meminta saya memasukkan RM1,000 ke dalam akaun banknya sebagai cagaran bagi mendapatkan RM10,000 dan selepas melakukannya, dia berdiam diri walaupun dihubungi beberapa kali,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Taktenangmalampertama/Article/index_html

20110923

Gambar klasik bersejarah jet Tebuan TUDM




Beberapa gambar menarik jet pejuang pertama negara iaitu jet Tebuan di pautan berikut http://www.panoramio.com/user/5462617 . Gambar-gambar ini harus diabadikan di Muzium TUDM dengan izin pemilik web tersebut yang terdapat di muka 1, 2 dan 9.

Juga kronologi nahas pesawat TUDM sejak tahun 1966 di http://toharudinrasid.blogspot.com/2010/05/kemalangan-pesawat-tudm.html

Sejarah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958 dan semasa ditubuhkan ia dikenali sebagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan”
http://www.airforce.gov.my/umum/sejarah/

TUDM menerima pesawat pejuang pertama dengan penghantaran 20 Canadair CL41G tebuan
http://www.scribd.com/doc/57518276/SEJARAH-TUDM

TUDM membuat pembelian 20 buah pesawat CL-41G Tebuan yang mula digunakan dalam tahun 1967. Pesawat Tebuan adalah pesawat tempur pertama digunakan oleh TUDM, kerana sebelum itu TUDM hanya mempunyai pesawat-pesawat bukan tempur dan peranan TUDM ditumpukan kepada perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan sahaja. TUDM menggunakan Tebuan sehingga tahun 1986 apabila perkhidmatan Tebuan diambil alih pesawat Aermacchi MB-339A
http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_pesawat_Tentera_Udara_DiRaja_Malaysia

20110920

Negara kehilangan pemimpin Melayu paling hebat




Entah kenapa nama Abdullah bin Dahan seorang pemimpin Melayu yang hebat yang mempunyai begitu banyak idea serta mempunyai wawasan yang tinggi dilupakan oleh pejuang bangsa Melayu pada masa kini. Abdullah bin Dahan adalah orang yang menggerakkan Undang-Undang Tanah Simpanan Melayu pada tahun 1933. Malah pembukaan tanah rancangan Felda juga adalah cetusan idea Abdullah bin Dahan.

Bukan itu sahaja, begitu banyak idea, gesaan dan saranan oleh Abdullah bin Dahan ini telah mempertingkatkan taraf hidup orang Melayu masa kini. Akan tetapi kenapa nama Abdullah bin Dahan ini kurang dibahaskan oleh bukan sahaja orang Melayu , malah cerdik pandai Melayu?

Abdullah bin Dahan adalah merupakan orang Melayu yang hebat dan begitu bijak pada abad ke 20. Tidak ada sesiapa yang dapat menandingi kehebatan Abdullah bin Dahan sehingga ke hari ini.

Apakah pemimpin Melayu takut dengan kehebatan Abdullah bin Dahan yang kuat memerangi rasuah, begitu tegas terhadap Inggeris, sentiasa menggesa anak buahnya berubah ke arah kebaikan (Kaizen), mereka yang tidak mahu berubah digesa letak jawatan?

Kalau nak kaji sejarah, bongkarlah kebenaran, kerana sejarah pasti akan berulang.

Untuk membaca jasa-jasa Abdullah bin Dahan yang dilupakan oleh orang Melayu dan pemimpin Melayu masa kini sila muat turun di pautan berikut http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_03781.pdf

















20110919

Muzium TUDM menyedihkan, Muzium Thailand hebat



Blogger Malfly membuat perbandingan beberapa muzium tentera udara negara Asean yang menjaga warisan tentera udara agar rakyat menghargai perjuangan angkatan udara negara mereka. Bandingkan dengan Muzium TUDM di Sungai Besi. Sepatutnya dengan penjualan Kem dan Lapangan Terbang TUDM Sg Besi yang penuh bersejarah dibangunkan sebuah Muzium TUDM yang lebih hebat dari Indonesia, Vietnam, Thailand dan Singapura.

Artikel saya sebelum ini bertajuk Pengorbanan TUDM, prihatinkah kerajaan kita? di http://waghih.blogspot.com/2011/09/pengorbanan-tudm-prihatinkah-kerajaan.html

Artikel blogger Malfly mengenai beberapa muzium negara Asean yang mempamerkan sejarah angkatan udara mereka di http://malfly.blogspot.com/2011/09/asean-air-force-museum.html

Laman web Muzium Tentera Udara Diraja Thailand di http://www.rtaf.mi.th/museum/English.html

Laman web Muzium TUDM di http://www.malaysian-museums.org/rmaf/

Jamuan Raya DUN Sikamat 24 Sep 2011



JAMUAN HARI RAYA
Tarikh : 24 Sep 2011, Sabtu
Masa : 8 mlm - 11 mlm
Tempat : Perkarangan Pejabat ADUN Sikamat, Seremban

Semua dijemput hadir

20110917

Mohon Tolong Cari Anak Perempuan Dia

Dari Blog Facebookaans :

Mohon Tolong Cari Anak Perempuan Saya

Mohon tolong saya mencari anak perempuan saya yg berbaju merah didlm gambar yg mana telah hilang mlm tadi semasa sambutan hari satu Malaysia di padang MPS mlm tadi. Umur 13 thn. Amat memerlukan kerjasama dari anda semua.

Nama: Aishah Shafika Bt Azman (Pelajar sekolah KGV)

Contact menggunakan akaun Facebook di bawah:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000601242505

Sumber berita dari : http://facebookaans.blogspot.com/2011/09/mohon-tolong-cari-anak-perempuan-saya.html

Sejarah Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)

Usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu bermula sejak tahun 1902. Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi merealisasikan impian ini.

Dalam tahun 1913, Almarhum Sultan Alang Iskandar Syah, Almarhum DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Dahan telah mula menyuarakan hasrat penubuhan pasukan Askar Melayu.

Hasrat Raja-Raja ini telah menjadi kenyataan apabila di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No 11.

Pada 1 Mac 1933, seramai 25 orang anak watan Melayu pertama telah melaporkan diri di Haig Lines, Port Dickson untuk menjadi aset pertahanan terawal dalam sejarah negara.

Sumber : http://www.ramd.mil.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1&Itemid=34&lang=ms


Sejarah Sultan Sir Iskandar Shah al-Kaddasullah ibni al-Marhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azam Shah Rahmatullah (1881-1938) di http://sultan.perak.gov.my/bahasa/iskandar_shah.htm


Sejarah Tuanku Muhammad ibni al-Marhum Yam Tuan Antah (1865-1933) di http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_02118.pdf



Sejarah Raja Chulan ibni al-Marhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah (1869-1933) di
http://en.wikipedia.org/wiki/Raja_Chulan


Sejarah Datuk Abdullah bin Haji Dahan (1900-1938) di http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_03781.pdf

20110915

Pengorbanan TUDM, prihatinkah kerajaan kita?



Tahun 1960an dan 1970an adalah kemuncak Angkatan Tentera Malaysia menjalankan operasi membanteras pengganas komunis. TUDM memainkan peranan yang penting untuk memberi bantuan udara kepada anggota Tentera Darat. Pesawat seperti Allouette, Nuri, Caribou, Dart Herald, Tebuan adalah menjadi nadi kepada TUDM ketika itu dan amat banyak berjasa kepada negara. Saya sendiri pernah menaiki pesawat Dart Herald di awal tahun 1970an.

Diakui juruterbang TUDM begitu cekap untuk mengharungi sebarang keadaan cuaca dan sebarang permukaan landasan.

Lapangan Terbang TUDM di Sungai Besi hanya akan menjadi sebutan sejarah kerana ianya akan dibangunkan untuk tujuan komersial. Apa akan jadi kepada Muzium TUDM di Sungai Besi yang kurang dikunjungi rakyat Malaysia, tiada siapa yang tahu akan nasibnya.

Dengan penjualan Lapangan Terbang TUDM Sg Besi yang penuh bersejarah itu , sepatutnya didirikan sebuah Muzium TUDM yang lebih hebat lagi dari Muzium Tentera Darat yang terdapat di Port Dickson untuk tatapan generasi akan datang, agar mereka dapat menghargai perjuangan anak bangsa dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Terdapat beberapa blog yang begitu menarik, lebih menarik lagi dari laman web TUDM yang memaparkan sejarah dan perkembangan terkini TUDM. Antaranya ialah Blog bekas juruterbang Nuri di http://xnuripilot.blogspot.com/ , bekas anggota Allouette http://xgunship.blogspot.com/ dan blog http://malfly.blogspot.com/ . Blog-blog seperti ini seharusnya diberi pengiktirafan yang sewajarnya kerana mereka memaparkan sejarah aviasi negara tanpa mengharapkan sebarang upah wang ringgit, tetapi untuk tatapan anak bangsa.

Blog http://malfly.blogspot.com/ melahirkan rasa sedih yang teramat sangat apabila pesawat Dart Herald yang dulunya milik TUDM yang kini berada di England akan dilupuskan. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan pesawat Dart Herald ini yang telah banyak berjasa dalam penentangan terhadap pengganas komunis.

Kalau nak hargai para pejuang negara, hargai semua, jangan setakat Bukit Kepong saja.



Kisah Good Bye Dart Herald: There Goes Our Very Own Flying Heritage di http://malfly.blogspot.com/2011/09/good-bye-dart-herald-there-goes-our.html

Jamuan Raya DUN Johol 17 Sep 2011



JAMUAN HARI RAYA DUN JOHOL
Tarikh : 17 Sep 2011, Sabtu
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
Mohd Sany Hamdan, Exco Pemuda PAS Pusat
Ustaz Norazman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N9
Ustaz Khairil Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N9
Mohd Nazree Yunos, Ketua AMK N9

- Serta Majlis Pelancaran Bilik Gerakan DUN Pemuda PAS -

Ceramah PR Rembau 28 Sep 2011



CERAMAH PAKATAN RAKYAT REMBAU
Tarikh : 28 Sep 2011, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bt 3, Pedas Hilir, Rembau, N.Sembilan (berhampiran Tol Pedas)
Penceramah :
Mazlan Aliman
YB Hj Taufek
Chegubard
Dr Rosli Yaakop
Ustaz Norazman Mohamad

20110912

Mana filem 8 orang askar mati pertahan kedaulatan Malaysia?



Sepatutnya sempena Hari Malaysia yang diperingati sempena pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 disiarkan filem sejarah keberanian Askar Melayu mempertahankan kedaulatan Malaysia di Sabah. Dalam pertempuran di Kalabakan, Sabah pada 29 Dis 1963 , seramai 8 orang anggota 3 RAMD telah terkorban mempertahankan kedaulatan negara Malaysia yang baru dibentuk.

Bagaimanakan nasib waris mangsa serangan Kem Kalabakan ketika ini? Tiada bajetkah untuk membuat filem Pertempuran Kalabakan agar generasi kini dapat menghargai pejuang negara khususnya Askar Melayu yang berkorban mempertahankan negara ini dari dijajah oleh komunis dan tentera asing?

SEJARAH 3 RAMD

Semasa konfrontasi Malaysia/Indonesia, pasukan telah diaturgerak ke Sabah pada awal bulan Dis 1963. Satu lagi peristiwa penting pasukan berlaku ketika ini iaitu pertempuran di Kalabakan. Pada 29 Dis 1963, jam 2045 Pos Kalabakan telah diserang oleh Tentera Indonesia dan menyebabkan pertempuran di antara kedua-dua belah pihak berlarutan sehingga jam 2300.

Peristiwa ini menyaksikan seorang pegawai dan tujuh anggota terkorban manakala 16 yang lain cedera. Mereka yang terkorban adalah Mej Zainal bin Hj Yaakub (5415), 13960 LKpl Abdullah bin Abdul Rahman, 11471 LKpl Ismail bin Mat, 11509 Pbt Md Zain bin Yaakub, 14469 Pbt Sharudin bin Yasin, 11245 Pbt Abdul Aziz bin Ghani, 13784 Pbt Ismail bin Mansor dan 14447 Pbt Yusuf bin Sulung. http://www.ramd.mil.my/index.php?option=com_content&view=article&id=65&Itemid=85&lang=ms&showall=1

KONFRANTASI

Konfrantasi merupakan bantahan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia pada 16 Sep 1963 yang menggabungkan Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Konfrantasi ini berterusan selama 3 tahun dan banyak kejadian-kejadian serta pertempuran berlaku di antara Tentera Darat dengan angkatan rejim Sukarno. Di dalam pertempuran-pertempuran ini anggota-anggota Tentera Darat telah menunjukkan semangat kepahlawanan dan semangat sedia berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Satu peristiwa pahit yang tidak dapat dilupai dalam Sejarah Tentera Darat ialah Peristiwa Kalabakan yang berlaku pada 29 Dis 1963. Dalam peristiwa ini, satu Pos Sementara Tentera di Kalabakan, Tawau Sabah dengan kekuatan satu platun di bawah perintah Mej Zainal Abidin bin Haji Yaacob dari Kompeni C, Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja telah diserang ketika mereka sedang menunaikan sembahyang Maghrib di bangunan madrasah. Walaupun dalam keadaan tidak tersedia, anggota-anggota platun telah menentang musuh yang berlipat ganda ramainya dan memaksanya berundur. Serangan itu mengorbankan 7 orang anggota platun tersebut, termasuk Mej Zainal Abidin dan mencederkan 16 yang lain.
http://army.mod.gov.my/index.php/mengenai-kami/sejarah/konfrantasi

HARI MALAYSIA

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/7407-hari-malaysia.html

16 SEPT DIISYTIHAR CUTI UMUM
Okt 19, 09

Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan (2010).
http://www.malaysiakini.com/news/115347

Melayu Rembau pertama keliling dunia pada abad ke 16?



Nak sangat kaji sejarah, jangan kaji sekitar tahun 1950an sahaja. Cuba kaji balik sejarah Tanah Melayu sejak abad ke 15 lagi. Artikel dibawah menyatakan bukan orang putih yang pertama mengelilingi dunia, tapi orang Melayu, yang keturunannya masih berada di Rembau, merupakan orang yang pertama mengelilingi dunia.

************
Sesungguhnya, andainya penemuan ini memberikan hasilan yang positif, pusara dan hasil artifak disahkan sebagai kepunyaan Panglima Awang dan nama Dato' Laut Dalam adalah sebenarnya orang yang sama sebagai Panglima Awang maka bumi Rembau sangatlah bertuah menjadi penghuni kepada insan dunia dan insan Melayu pertama mengelilingi dunia, membuktikan bahawa dunia ini bulat, tidak leper seperti yang disangka.

Rembau akan menjadi tumpuan bukan sahaja kepada sejarahwan dunia bahkan akan menukar perspektif sejarah negara dan antarabangsa bahawa 'Panglima Awang' adalah manusia pertama di dunia mengelilingi dunia dan bukannya Magellan.

Sebab?.....Magellan tidak belayar melepasi satu bulatan dunia kerana beliau mati di Mactan Filipina, sedangkan Panglima Awang mula belayar di Melaka dan tiba semula di Melaka atau Tanah Melayu.

Artikel penuh di http://nagarinansembilan.blogspot.com/2011/09/kebenaran-atau-sekadar.html

Mana statistik mati akibat petir di Malaysia?



Kita ada statisik maut akibat kemalangan jalanraya, mati akibat demam denggi agar rakyat mengambil langkah berjaga-jaga. Tetapi mengapa kita tidak ada statistik berapa ramai di Malaysia yang mati atau cedera akibat panahan petir agar rakyat boleh mengambil langkah berjaga-jaga kerana Malaysia adalah antara negara tertinggi kekerapan panahan petir di dunia.

Laman web khusus membicarakan isu ini, koleksi berita panahan petir serta langkah berjaga-jaga di http://kilatmalaysia.blogspot.com/

PEMUDA MATI DIPANAH PETIR
Harian Metro 12 Sep 2011

MARANG: Seorang pekerja sambilan di sebuah sangkar ikan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipanah petir ketika berada di bangsal rakit sangkar ikan di sungai Kampung Batangan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, Mohd Fakrizuddin Adnan, 27, seorang penoreh getah dan bekerja sambilan menjaga sangkar ikan sedang memberi makan ikan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, ketika kejadian mangsa berdiri di atas rakit sangkar itu bersama seorang rakan.

Beliau berkata, ketika kejadian hujan renyai-renyai sebelum tiba-tiba petir menyambar mangsa menyebabkan dia jatuh terlentang di atas rakit berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemudamatidipanahpetir/Article/index_html

Dato Tuan Ibrahim 14 Sep 2011 di Kuala Pilah



JAMUAN IDIL FITRI MTD SERI MENANTI
Tarikh : 14 Sep 2011, Rabu
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Dataran Mujahidah, Bt 16, Kg Terachi, Jln Seremban-K.Pilah ( sebelah SK Terachi)
Bersama :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
YB Tn Hj Mohamad Taufek

20110911

Q Paradigm Enterprise, Pemborong barang serbaneka RM2


Pemborong barang serbaneka RM2
Menawarkan khidmat kepada yang berminat untuk membuka kedai serbaneka RM2 Menawarkan khidmat kepada peniaga kedai runcit yang memerlukan barang-barang serbaneka
Terdapat lebih 700 jenis barangan
Tempahan minima dengan harga borong hanya RM500 (tidak termasuk kos penghantaran)

Untuk pertanyaan sila hubungi Nizam 0162631453

Atau kunjungi kedai di Pemborong Barang Serbaneka
Q PARADIGM ENTERPRISE
No 13, Jln Kayu Manis 3,
Taman Kayu Manis,
70400 Seremban, N.Sembilan.

20110910

Keretapi terbakar, adakah ada pihak ingin sabotaj KTM?


Semakin banyak masalah komuter dan KTM di Malaysia akhir-akhir ini, sedangkan projek landasan keretapi berkembar bernilai berbillion ringgit sedang giat dijalankan. Dari komuter yang sering lewat, sering rosak, silap masuk laluan hingga 6 kilometer, kanak-kanak terkena renjatan elektrik di stesen komuter, kini gerabak keretapi pula terbakar.

Sebelum ini saya ada menulis mengenai projek landasan keretapi berkembar yang apabila siap kelak akan menarik minat syarikat asing untuk menguasai perkhidmatan keretapi di Malaysia ini.

Ketika rakyat leka dengan isu Bukit Kepong, kita lupa tengok nasib jiran tetangga, sanak saudara keliling kita, terutama orang tua di kampung.

Sila baca isu berkaitan sebelum ini :
Tidak mustahil syarikat asing akan kuasai KTM di http://waghih.blogspot.com/2011/09/tidak-mustahil-syarikat-asing-akan.html

Kanak-kanak melecur teruk, terkena renjatan elektrik di stesen komuter di http://waghih.blogspot.com/2011/09/adakah-pengguna-selamat-di-stesen.html

Komuter silap masuk laluan sejauh 6 kilometer di http://waghih.blogspot.com/2011/09/syarikat-asing-ambil-alih-ktm-makin.html


Sabtu September 10, 2011
GERABAK TERBAKAR: PERJALANAN 800 PENUMPANG KERETA API TERLEWAT SEJAM

GUA MUSANG: Perjalanan kira-kira 800 penumpang kereta api Ekspres Senandung Wau terlewat sejam apabila sebuah daripada 14 gerabak kereta api terbabit terbakar berhampiran Stesen Keretapi Merapoh, dekat Kuala Lipis, malam Jumaat. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 11 malam itu walaupun kebanyakan penumpang terjun dari koc untuk menyelamatkan diri sebaik tren berkenaan berhenti mengejut.

Kereta api ekspres itu yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur meneruskan semula perjalanan sebaik sahaja kebakaran berjaya dipadamkan, koc dipisahkan dan ditinggalkan di Stesen Keretapi Merapoh.

Gerabak yang membawa generator dan alat pendingin hawa itu disedari terbakar oleh pemandu lokomotif lalu segera memberhentikan tren sebelum menghubungi pihak bomba dan pasukan penyelamat berhampiran.

Sejurus kemudian sepasukan enam anggota bomba sukarela Kampung Merapoh berkejar ke lokasi untuk mengawal api daripada merebak ke gerabak penumpang lain sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang tiba 16 minit kemudian untuk membantu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Ahmad Zailan Maarof berkata pihaknya menerima penggilan pukul 12.11 pagi dan terus menghantar pasukan tujuh anggota penyelamat dengan sebuah jentera bomba.

"Kami mengambil masa 15 minit memadam api pada gerabak terbabit yang sebahagian besarnya hangus," katanya.

Beliau berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis menyiasat punca kebakaran dan gerabak yang terbakar masih diletakkan di Stesen Keretapi Merapoh.-BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/9/10/mstar_jenayah/20110910152508&sec=mstar_jenayah

Banyakkan dakwah, kurangkan bunuh diri

Semua pihak harus memainkan peranan dari rakyat jelata, pemimpin rumah tangga, pemimpin negeri hinggalah ke pemimpin negara. Hidup di dunia hanya sementara, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila. 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental, bermakna hampir 3.3 juta orang. 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia.

Analisis isu 3.3 juta pesakit mental di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html

Mati dipeluk teman wanita
Kosmo 10 Sep 2011


RUMAH yang menjadi tempat Muhammad Faizal ditemui mati diruang tamu selepas meminum racun serangga manakala Zuzziana pula parah di Taman Bunga Sejati, Rantau semalam.

SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.

Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.

Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.

Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.

Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.

Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.

Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.

“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.

“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Riwayat cinta
Harian Metro 10 Sep 2011


KENANGAN...Faizal dan Zuzziana ditemui terbaring berpelukan.

SEREMBAN: Kecewa apabila cinta dihalang keluarga, sepasang kekasih nekad minum racun menyebabkan seorang lelaki maut manakala teman wanitanya kini koma di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) di sini.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam di rumah di Taman Bunga Sejati, Nyatoh, Rantau, di sini, Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, ditemui kritikal.

Seorang jiran, Suthir Baba, 26, menemui pasangan kekasih itu dalam keadaan berpelukan di ruang tamu rumah dengan mulut dan hidung masing-masing berbuih.

Suthir berkata, dia menyedari kejadian itu ketika pulang dari bekerja jam 8.20 pagi selepas melihat wanita membuka pintu pagar dan kemudian masuk semula ke dalam rumah.

Menurutnya, selang beberapa minit dia terdengar bunyi orang bernafas kuat dari dalam rumah itu sebelum dia dan seorang lagi jiran meninjau untuk melihat apa yang berlaku.

http://www.hmetro.com.my/articles/Riwayatcinta/Article

20110909

Syarikat asing ambil alih KTM makin jadi kenyataan



Sebelum ini saya ada menulis mengenai projek landasan keretapi berkembar yang apabila siap kelak akan menarik minat syarikat asing untuk menguasai perkhidmatan keretapi di Malaysia ini. Insiden komuter tersasar landasan di bawah ini menguatkan lagi alasan untuk mereka mengambil alih perkhidmatan tersebut di Malaysia.

Sila baca isu berkaitan sebelum ini :
Tidak mustahil syarikat asing akan kuasai KTM di http://waghih.blogspot.com/2011/09/tidak-mustahil-syarikat-asing-akan.html

Adakah pengguna selamat di stesen komuter dari petir? di http://waghih.blogspot.com/2011/09/adakah-pengguna-selamat-di-stesen.html

500 CEMAS KOMUTER TERSASAR LALUAN
Berita Harian 9 Sep 2011

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 penumpang mengalami saat mencemaskan apabila komuter yang mereka naiki tersasar daripada laluan sebenar sehingga terpaksa berundur semula secara perlahan-lahan sejauh enam kilometer yang mengambil masa lebih satu jam sebelum sampai ke stesen sepatutnya, semalam.

Kejadian berlaku pada waktu puncak jam 6.20 petang apabila komuter yang sarat membawa penumpang dari stesen Bank Negara sepatutnya memasuki laluan ke Batu Caves, tetapi masuk ke laluan arah utara selepas Stesen Putra berdepan The Mall dan terus ke Kepong.

Bagaimanapun, pemandu tiba-tiba menghentikan komuter berkenaan sebelum tiba ke stesen Rawang yang berada beberapa kilometer lagi dan mengundur secara perlahan-lahan setiap lima minit sebelum akhirnya sampai ke Stesen Batu Caves yang mengambil masa lebih satu jam.

Seorang penumpang yang berada dalam tren berkenaan, berkata sebelum kejadian, komuter berkenaan mengalami kelewatan kira-kira setengah jam, menyebabkan penumpang yang kebanyakannya baru pulang dari pejabat semakin bertambah ramai.

“Saya tidak dapat bayangkan betapa takutnya semua penumpang apabila komuter berkenaan berundur dan berhenti setiap lima minit. Apa yang paling kami takuti sekiranya ada komuter lain datang dari arah depan, pastinya berlaku kejadian tidak diingini yang boleh membahayakan keselamatan penumpang.

“Semua penumpang hanya tertanya-tanya sesama sendiri dan gelisah dengan apa yang berlaku kerana tidak ada sebarang pengumuman dibuat oleh pemandu mengenai kejadian berkenaan,” katanya yang menghubungi Berita Harian, semalam.

Sementara itu, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail mengesahkan kejadian berkenaan yang berpunca daripada poin laluan dari arah stesen Putra ke Sentul terkunci, menyebabkan tren tidak dapat memasuki laluan ke arah Batu Caves, dipercayai akibat kerosakan pada alatan terbabit.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 6.20 petang dan terakhir berlaku jam 9.45 malam membabitkan lapan tren kesemuanya ke arah laluan yang sama.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/500cemaskomutertersasarlaluan/Article

Tentera Malaysia bantu rakyat Afghanistan, satu realiti



Ketika kita dikejutkan dengan serangan terhadap pasukan misi kemanusiaan Malaysia di Somalia, kita hampir terlupa akan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang ketika ini sedang memberikan bantuan khidmat kesihatan di Bamyan, Afghanistan. Saban hari pasukan perubatan ATM ini menjalani latihan sekiranya berlaku serangan hendap, bom jalanan dan sebagainya.

Sesuatu yang harus dipelajari oleh mana-mana pihak yang ingin memberi bantuan kemanusiaan di wilayah yang bergolak.

Ikuti pelbagai kisah dan gambar menarik bantuan yang diberikan oleh ATM kepada rakyat Afghanistan dari kaca mata mereka yang terlibat secara langsung, bukan dari pihak lain di http://milmeddr.blogspot.com/

*************
Pasukan Perubatan Malaysia Wujudkan Penjagaan Kesihatan Yang Inovatif

Wilayah BAMYAN, Afghanistan – Di kawasan di mana terletaknya Ibu Pejabat bagi Tim Pembangunan Semula Wilayah Bamyan adalah juga tempat tinggal dan operasi Pasukan Perubatan dan Pergigian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang di dalam misi kontinjen Malaysia ataupun MALCON ISAF 2. Kontinjen Tentera darat Malaysia sedang menjalankan misi memberi bantuan khidmat kesihatan bersama-sama penduduk tempatan bagi membantu meningkatkan penjagaan kesihatan dan kualiti hidup masyarakat di Wilayah Bamyan. "Kami sedang merawat penyakit yang kebanyakkannya telah tidak wujud lagi di lain-lain negara" kata Lt Kol Rusman bin Sanip, Komander Pasukan Perubatan dan Pergigian ATM atau MALCON ISAF 2.

Sumber : http://jointforce.mod.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=184&catid=86

Masyarakat kita makin ramai gila, abai ibu bapa



Ke mana hala tuju masyarakat kita di Malaysia ini, terutama orang Melayu yang beragama Islam? Nak kejar apa, nak kejar Wawasan 2020, nak kejar status negara maju, nak kejar gaji DG400, nak kejar sekolah kluster, nak kejar SPM 11A? Adakah kita masih berbangga dengan orang Melayu yang berbudi bahasa? Jangan tuding jari pada sesiapa, tanya diri kita sendiri adakah kita menjaga ibu bapa kita umpama menatang minyak yang penuh atau umpama kucing kurap?

Artikel saya sebelum ini, Kasihilah ibu bapa, insyaAllah, Malaysia akan aman di http://waghih.blogspot.com/2011/09/kasihilah-ibu-bapa-insyaallah-malaysia.html

BUANG BAPA TEPI MASJID SERTA KEBAS SEMUA WANGNYA
Harian Metro 9 Sep 2011

LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.

Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.

Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.

Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.
Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.

http://www.hmetro.com.my/articles/Buangbapa_kebaswang/Article

Pembinaan bangunan PAS MTD Klawang, Jelebu



Kepada mereka yang ingin bersama merealisasikan pembinaan bangunan PAS MTD Klawang di Jelebu, Negeri Sembilan sila ke pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2011/09/pembinaan-bangunan-pas-mtd-klawang.html

Ceramah Ir Nizar 15 Sep 2011 Johol, N.Sembilan



CERAMAH UMUM
Tarikh : 15 Sept 2011 (Khamis)
Masa : 9 mlm
Tempat : Lot 1456, Kg Kabong (Jln Inas-Senaling) Johol, N.Sembilan
Penceramah
1. YB Dato Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang
2. Dr Rosli Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Sumber : http://lobai-kampung.blogspot.com/2011/09/jemputan-ceramah-umum-bersama-dato-seri.html

20110908

Mains dicadang fokus kepada pendidikan agama



SEREMBAN, 8 Sept 2011: PAS Negeri Sembilan mencadangkan agar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) mempertingkat mutu pendidikan agama di negeri itu yang jauh terkebelakang.

"Perhatian seharusnya diberikan kepada status guru-guru agama tidak terlatih (GSTT) di sekolah agama milik kerajaan negeri," kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani.

Beliau yang juga Adun Paroi mengulas cadangan Mains yang mahu membina menara 15 tingkat bagi menempatkan pentadbiran semua badan-badan di bawahnya.

Setiausaha Mains baru-baru ini mengumumkan pihaknya akan membina menara itu.

Menara Mains akan menjadi mercu tanda di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menara ini akan dibina setinggi 12 tingkat dan tiga tingkat pada bahagian podium menara tersebut.

“Kerja-kerja tanah dan meroboh bangunan sedia ada kini sedang dilaksanakan. Menara ini akan mula dibina pada hujung tahun ini dan mengikut rancangan, ia dijangka siap pada tahun 2013,” katanya.

Ekoran itu timbul pertikaian di kalangan masyarakat apakah keperluan sebenar umat Islam di negeri itu kerana Mains memungut zakat dari umat Islam.

Ia menjadi menarik lagi kerana cadangan ini berbangkit ketika umat Islam didedahkan kononnya ramai antara mereka yang memerlukan bantuan terpaksa mendapatkan bantuan dari pihak lain termasuk dari pihak gereja.

Ekoran itu timbul pula kononnya ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memurtadkan umat Islam melalui pendekatan bantuan itu.

Zakat adalah sumber yang paling baik untuk membantu umat Islam yang memerlukan kerana zakat wajib diagihkan kepada lapan asnaf (kategori) penerima.

Dalam sidang Dun baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Mohamad Hassan menjelaskan, Mains tidak menggunakan wang zakat dalam pembinaan itu tetapi wang keuntungan projek-projek Mains.

"Jika Mains mampu, badan ini wajar memberikan tumpuan kepada pendidikan agama Islam," kata Taufek.

Taufek juga mencadangkan agar kerajaan negeri meningkatkan kemudahan bantuan kewangan samada dalam bentuk biasiswa atau pinjaman tanpa faedah.

Ia satu keperluan asas khususnya kepada pelajar cemerlang dalam aliran agama yang ingin belajar di luar negara samada dalam bidang perubatan mahupun pengajian agama, kata Taufek kepada Harakahdaily.

Untuk mengetahui sokongan rakyat terhadap isu ini, Taufek telah menaikkan satu poll dalam laman blog miliknya, http://mohdtaufek.blogspot.com/ . Sehingga berita ini ditulis, 90 peratus peserta poll ini menolak pembinaan menara ini.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5283-mains-dicadang-fokus-kepada-pendidikan-agama

Jamuan Raya 10 Sep di Rembau, 13 Sep di Seremban




RUMAH TERBUKA PKR REMBAU
Tarikh : 10 Sep 2011, Sabtu
Masa : 8 mlm - 11 mlm
Tempat : Kg Bintongan, Rembau (rumah Yusop Tapa)
Bersama :
YB Rodziah
YB Elizabeth Wong
YB Siti Mariah
Chegubard

JAMUAN HARI RAYA DAN CERAMAH
Tarikh : 13 Sep 2011, Selasa
Masa : 9 mlm - 12 mlm
Tempat : Markas PAS Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Bersama :
YB Salahuddin Ayub
Zukefly Mohamad Hj Omar
Dr Badrul Amin Baharon
YB Loke Siew Fook

JAMUAN RAYA DAN CERAMAH
Tarikh : 14 Sep 2011, Rabu
Masa : 8 mlm
Tempat : Lenggeng, N.Sembilan
Bersama :
YB Dr Hatta Ramli
Zukefly Mohamad Hj Omar

Kemasukan Pelajar PASTI 2012 dan Kelas Mengaji



Pendaftaran Pelajar PASTI Al Ain untuk Tahun 2012 kini dibuka
Lokasi: No:377, Jalan Miel 5/S1, Taman Pedas Perdana , Rembau
Maklumat lanjut hubungi Wani 013-3851202 , Hakki 013-3840022

KELAS MENGAJI AL-QURAN

Untuk anak-anak pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah turut ditawarkan.

Masa : 4 ptg - 5 ptg (sesi 1) , 5.30 petang - 6.30petang (sesi 2)
Hari : Isnin - Jumaat

Tempat: Pasti Al Ain, Taman Pedas Perdana
Yuran bulanan: RM20

Sila hubungi 017-2903386 , 017-6270234 , 013-9798108

Info lanjut di http://pasti-al-ain.blogspot.com/2011/02/kelas-pengajian-al-quran.html

20110907

Adakah pengguna selamat di stesen komuter dari petir?



Pada 28 Ogos 2011 seorang kanak-kanak telah mengalami kecederaan parah di kedua-dua belah tangan, kaki kiri dan sebahagian badan melecur akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi ketika bermain kereta mainan kawalan jauh. Dari mana arus elektrik tersebut belum dimaklumkan kepada umum, samada dari talian voltan tinggi di landasan keretapi atau dari panahan petir.

Umum , terutamanya pengguna komuter dan keretapi masih tertanya-tanya akan insiden tersebut dan apakah tindakan yang diambil oleh pihak KTM untuk mengelakkan kejadian sama berulang atau meminimakan risiko.

Artikel penuh mengenai budak cedera terkena renjatan elektrik tersebut di http://waghih.blogspot.com/2011/08/alat-permainan-merbahaya-di-stesen.html

Lightning and surge protection of a railway infrastructure
The importance of ensuring that safety signal and communication systems do not fail in a railway network, is well understood. Lightning strikes and other surges can adversely effect such systems or cause complete failure. This danger can be mitigated by the strategic use of suitable surge and overvolatge protection.
http://www.iskrazascite.si/index.php/en/railway-infrastructure

Regardless of the method of entrance, once in a structure, the lightning can travel through the electrical, phone, plumbing, and radio/television reception systems.
http://www.weather.gov/os/lightning/indoors.htm

KONSULTAN HARTANAH DAN TENAGA BURUH

MR JR
No 9 , Gerai Kerajaan Tempatan
Kawasan Industri Chembong
71300 Rembau
Negeri Sembilan

Sila hubungi Encik Roslan di :
013-6532065
017-2504643
016-6249348

20110906

Rintihan seorang ibu agar kita selamatkan anaknya

Kita hanya berusaha, yang dapat menyelamatkan anak di bawah ini hanya Allah swt. Sekiranya setiap kita masukkan RM10 dalam akaun BSN ibunya yang tertera di akhir laporan akhbar, insyaAllah sekiranya 1500 orang berbuat demikian akan tertunailah hajat ibu di bawah ini. Besyukurlah banyak-banyak atas nikmat Allah kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang sihat walafiat. Buat perkara baik, jangan tangguh-tangguh.


IBU RAYU SUMBANGAN
Sinar Harian , 6 September 2011



REMBAU - Seorang ibu enggan berputus asa, sebaliknya berusaha merayu sumbangan orang ramai dan dermawan bagi membantu menampung kos pembedahan anaknya yang menderita jantung berlubang.

Ezzatul Zurin Mohd Zain, 24, berkata, anaknya, Erieka Suhana Amarrusdee, 4, pernah menjalani pembedahan ketika berumur setahun setengah untuk memasang tiub kerana berdepan masalah saluran darah sempit.

Menurutnya, anaknya kini perlu menjalani pembedahan kali kedua di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menukar tiub baru di bahagian jantungnya.

“Bagaimanapun, anak saya memerlukan RM15,000 untuk membolehkan pembedahan ini dilakukan.

“Pada mulanya, kos pembedahan dianggarkan RM30,000 termasuklah kos bedah, caj katil, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain rawatan serta ujian. Bagaimanapun, saya hanya diminta membayar separuh sahaja daripada jumlah berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian di Kampung Pilin, di sini.

Namun bagi Ezzatul Zurin, jumlah itu masih terlalu besar buatnya dan tidak mampu disediakan, lebih-lebih lagi suaminya hanya bergantung kepada pendapatan bekerja di sebuah kedai 24 jam di daerah ini.

“Saya pula terpaksa berhenti kerja kerana anak saya memerlukan perhatian yang rapi.

“Pembedahan ini perlu diteruskan atas faktor usia Erieka, menyebabkan tiub yang dipasang harus ditukar bagi mengelakkan komplikasi dalam badan,” katanya.

Menurutnya, setiap enam bulan sekali, dia dan suami akan membawa anaknya ke IJN untuk menerima rawatan serta membeli ubat dengan kos RM450.

“Sebelum ini saya ada menerima sumbangan RM500 daripada wakil rakyat kawasan tetapi masih belum mencukupi.

“Saya juga ada memohon bantuan kewangan dari Pusat Zakat Negeri Sembilan tetapi sehingga kini masih tiada jawapan,” katanya.

Ezzatul Zurin berkata, dia turut memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi tidak diluluskan kerana anaknya belajar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan diberi elaun RM150 sebulan.

“Saya amat berharap ada pihak sudi membantu dan sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (0530041000031684) atas nama saya atau hubungi terus talian 012-344 3904,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9500080.asp