KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121121

Jom beramal dengan mendermakan sampah



SEMARAK KITAR SEMULA MENJEJAKI SUNNAH NABI

Adalah dimaklumkan Surau serta KAFA Taman Alamanda dengan kerjasama kumpulan kompang remaja Alamanda akan mengadakan Program Kitar Semula pada hari Sabtu 1 Dis 2012. 

Sehubungan dengan itu pihak kami mengharapkan agar tuan/puan dapat memberi sumbangan barangan kitar semula seperti surat khabar lama, besi buruk, komputer/skrin rosak, barang elektrik rosak, botol plastik, dan sebagainya.

Sila hantar serta susun barangan kitar semula tersebut di luar pejabar KAFA Taman Alamanda, Senawang bermula jam 7 pagi sehingga jam 11 pagi pada Sabtu 1 Dis 2012.

Surat khabar lama atau kertas perlulah diikat atau dimasukkan dalam kotak. Botol plastik hendaklah dimasukkan dalam karung besar dan sebagainya untuk memudahkan pengurusan penjualan.

Hasil jualan program ini akan disalurkan ke tabung membaik pulih kelas KAFA Alamanda serta aktiviti belia di taman ini.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun: JAWATANKUASA SURAU TAMAN ALAMANDA di Bank Muamalat (Seremban), No Akaun : 05010001181713  atau KAFA TAMAN ALAMANDA , di Maybank (Senawang), No Akaun : 555126502286 atau boleh disalurkan melalui AJK Surau dan Taman Alamanda.

Kerjasama dari pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai.

Untuk pertanyaan sila hubungi Rozmal 012-2267406, SU Setiausaha Surau dan Taman Alamanda

PENGENALAN PROGRAM KITAR SEMULA

Amalan kitar semula merujuk kepada perbuatan mengguna semula bahan buangan untuk lain-lain kegunaan.

Amalan yang ditonjolkan oleh junjungan kita Rasulullah SAW dalam mempraktikkan kitar semula sewajarnya dicontohi oleh kita pada hari ini. Dalam sebuah hadith telah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menjahit dan menampal kasut Baginda. Perbuatan berkenaan telah memanjangkan lagi jangka hayat baju dan kasut Baginda. Kisah ini memberi gambaran yang jelas kepada kita bahawa Rasulullah SAW sendiri mengoptimumkan penggunaan sesuatu barang dalam kehidupan Baginda.

Dalam hadith yang lain pula telah diriwayatkan bahawa sahabat Baginda, Saidina Abu Bakar pernah berpesan kepada keluarganya agar mengkafankan beliau dengan baju yang beliau miliki. Ini kerana, beliau berpendapat bahawa kain yang baharu boleh dimanfaatkan oleh orang yang masih hidup. Di sini memperlihatkan kepada kita bahawa sahabat Rasulullah SAW juga menunjukkan sikap yang sama dengan Rasulullah SAW iaitu mengoptimumkan penggunaan sesuatu barang.

Dari Ibnu Abbas, katanya : "Sahaya dari Maimunnad diberi hadiah seekor kambing yang kemudiannya kambing itu mati. Maka lewatlah Rasulullah s.a.w. lalu berkata : "Lebih baik kulitnya diambil dan disamak , sesudah itu dapatlah kamu pergunakan." Mereka berkata : "Kambing itu sudah menjadi bangkai". Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Yang haram hanya memakannya." Hadis sahih riwayat Muslim


MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM

Matlamat dan objektif program ialah untuk;
- Menanamkan semangat cinta kepada Nabi saw melalui progam kitar semula.
- Mengurangkan pencemaran alam sekitar. Apabila ramai dikalangan masyarakat yang mengamalkan amalan kitar semula , masalah pencemaran boleh diatasi dengan lebih efektif .
- Memupuk sikap berjimat cermat. Sikap berjimat cermat mamberikan banyak faedah kepada pengamalnya. Kita boleh menabung atau mengurangkan penggunaan sesuatu sumber.
- Menceriakan persekitaran alam sekitar . Melalui kaedah guna semula , kita boleh memanfaatkannya untuk menceriakan persekitaran kita . Mengurangkan penggunaan sumber . Melalui kitar semula kita boleh mengurangkan penggunaan sumber kerana kita boleh mengurangkan pembelian untuk sumber yang baru dengan menggunakan sumber yang sedia ada .
- Menambah dana untuk tabung bantuan melalui amalan jual beli untuk disalurkan ke tabung keperluan setempat.

Tiada ulasan: