KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121117

Masjid ada simpanan RM500,000 untuk apa, seronok tengok?


Saya diberitahu ada masjid di N.Sembilan ini wang simpanannya sampai RM500,000 namun masjid tersebut seolah-olah lesu tiada program, terutama untuk para remaja semasa cuti sekolah. RM 0.5 juta banyak tu, dah tak ada sangat ke anak kariah yang memerlukan wang di masjid tersebut? Jangan saya sebutkan nama masjid tersebut, nanti buat malu orang Negeri Sembilan saja. Apakah sekadar seronok tengok tiap bulan penyata bank berapa ada keuntungan?

Ibu bapa di bawah ini ada kalanya terpaksa ikat perut sampai 2 minggu untuk memastikan anak-anak mereka dapat makan untuk mengalas perut ala kadar. Semua pihak harus memainkan peranan, dari pemerintah hinggalah rakyat jelata, terutama sanak saudara, jiran tetangga, rakan taulan, masjid setempat dan seterusnya. Jangan marah sehinggakan jiran mereka keluarga Kristian pula yang simpati menghubungi pihak akhbar mendedahkan kedaifan mereka.

Menang sorak, bangsa sendiri kebuluran !

Couple with six children skip meals every month when funds are low
17 Nov 2012

KUALA LUMPUR: An empty stomach is something Siti Nor Aisah Wagiman is familiar with when funds are low at the end of every month.
The 34-year-old mother of six said she and her husband would sometimes skip meals so their children would have enough to eat.
“This can go as long as two weeks whenever we do not have enough money to buy essentials like rice,” she said in an interview at Razak Mansion, Jalan Besi, where she lives in a one-bedroom flat.
Siti Nor Aisah, who works as a security guard, said she was the main breadwinner of the family and earned RM1,200 a month.
“The rent alone for our apartment is RM400 a month,” she said. “There is little left to buy food and necessities.”
She claimed that her husband suffered from haemorrhoids which made him unable to hold down a permanent job.
As Siti Nor Aisah has to be at work from 7am to 7pm, five of her children are being looked after by her mother-in-law while the eldest, a 14-year-old girl, is taken care of by her father.
“She is physically disabled. Her arms are deformed,” said Siti Nor Aisah. “When she was in primary school, she had monetary aid from the Welfare Department but this stopped for the past two years now. We don't know why,” she said.
Mother-in-law Siti Rubiah Abdul Razak, 59, who lives nearby in another one-room unit, said her grandchildren would go around the neighbourhood collecting boxes, tins and bottles to be sold for money.
“They would pass me the money and ask me to buy vegetables for them,” she said, adding that they could get about RM3 to RM5 a day.
A neighbour, George Fernandez, who contacted The Star to highlight the family's plight, said he sympathised with the family.
“They are so hungry that on certain days, the children would come to my house for food,” he said.


Penjual burger perlu RM35,00 bedah jantung anak
16 Nov 2012

JEMPOL: Seorang ibu beranak enam di Felda Lui Selatan, di sini, runsing apabila anak bongsunya berusia empat bulan terpaksa menjalani pembedahan jantung dengan kos pembedahan dianggarkan sebanyak RM35,000 dan merayu bantuan daripada orang ramai.

Fazrina Mohd Said Rajakumaran, 34, berkata, anaknya, Zaquan Harith Mikhail Zaidi bakal menjalani empat pembedahan kerana disahkan mempunyai jantung berlubang, empat hari selepas dilahirkan.

Menurutnya, pembedahan pertama Zaquan akan dilakukan Januari tahun depan disusuli tiga lagi pembedahan pada masa berikutnya yang ditentukan kemudian.

“Doktor menasihatkan sebelum pembedahan dijalankan, Zaquan harus menambah berat badan sehingga tujuh kilogram. Pihak hospital ada memberikan makanan tambahan seperti vitamin untuk tujuan itu.

“Zaquan kini kerap menangis dan tidak boleh terlalu sejuk, sebagai ibu saya amat sedih melihatnya yang kelihatan kebiruan.

“Dalam keadaannya sekarang, saya bimbang kerana tiada kenderaan untuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah tempat dia dirawat,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Dia juga terpaksa bekerja keras mencari wang harian untuk menampung kos perbelanjaan ke hospital bagi rawatan anaknya itu kerana suaminya kini dipenjara.

“Pendapatan saya sehari dengan berniaga burger di depan rumah tidak seberapa. Wang itulah saya belanja setiap hari untuk keperluan harian dan perubatan Zaquan.

“Saya ada memohon Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membesarkan perniagaan, tetapi memerlukan kertas kerja sebelum permohonan diluluskan.

“Disebabkan itu saya terpaksa mencari alternatif supaya tiada perkara buruk berlaku pada anak akibat saya tiada wang,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan bantuan terus ke Bank Simpanan Nasional (BSN) di akaun 0510029817423442 atau sebarang pertanyaan menghubungi Fazrina di talian 0172101803.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dedahkanlah masjid mana, biar orang ramai tahu. Sorok2 buat apa, benda2 macam nilah kena dedah kalau tidak otak ajk masjid tu beku.