KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121126

Meriahnya kedai judi ekor di pekan Rembau



Petang Sabtu lalu saya membawa anak saya ke kedai gunting rambut di pekan Rembau. Kuna Barbers, satu satunya kedai gunting rambut di daerah Rembau yang saya tahu setakat ini. Sederet kedai gunting rambut ini ada kedai judi ekor yang berlesen yang cukup popular.

Berhadapan kedai gunting rambut ini ialah Balai Polis Rembau, yang tidak jauh pula dari Pejabat Agama Islam Rembau dan Mahkamah Syariah. Di hujung jalan sana pula ialah Masjid Jamek Daerah Rembau yang sebelahnya ada pasar malam yang meriah petang Sabtu hingga ke maghrib , hinggalah lepas Isya’.

Tapi yang paling meriah saya tengok petang itu, ialah kedai judi tersebut. Dikunjungi oleh rata-rata orang Melayu yang sudah dewasa dan ada yang warga emas. Walaupun kedai judi ini telah kerap kali di serbu oleh penguatkuasa jabatan agama, namun ianya masih menjadi tumpuan ramai orang Melayu , seperti mana tumpuan di pasar malam sebelah Masjid Jamek Daerah Rembau.

Di mana silapnya , sebuah kedai judi di kawasan yang majoriti Melayu, dekat balai polis, dekat pejabat agama, mahkamah syariah dan masjid daerah boleh begitu meriah dikunjungi oleh orang Melayu, di tepi jalan utama menjadi tontonan semua orang?

Lebih menarik lagi, boleh dikatakan mana-mana kedai judi berlesen, pasti ada restoran HALAL disebelahnya yang menjadi tumpuan kaki judi berkumpul.

Tak malukah orang Melayu yang beragama Islam? Saya merasa amat malu, sebab saya orang Rembau, malu kepada Allah.

Dr Mohd Arif Kasmo berkata antara punca orang Melayu tidak menghargai Islam ialah kerana mereka tidak mengetahui keajaiban al Quran. Dr Arif Kasmo yang banyak berdakwah melalui penemuan sains dalam al Quran menekankan betapa pentingnya para pendakwah mendalami ilmu sains kerana ramai yang diluar sana berhujah secara fakta dan logik akal.

Dan dakwah bukan hanya boleh tertumpu dalam masjid, tapi perlu turun padang, jumpa seorang demi seorang, terutama orang Melayu sendiri.

Tidak hairanlah banyak masjid-masjid yang mati di Negeri Sembilan ini seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Tiada ulasan: