KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130810

Berpada-pada gembira di Idil Fitri


Idil Fitri hanya satu hari sahaja iaitu pada 1 Syawal. Ada orang kata jangan terlalu gembira kerana nanti kita akan amat bersedih. Niatkanlah bukan setakat 2 hingga 30 Syawal kita berkunjung untuk mengamalkan hadith Nabi di bawah ini, lakukanlah ianya sepanjang tahun, sepanjang bulan, sepanjang hari. Kalau nak murah rezeki, nak panjang umur, eratkanlah silaturrahim, bermula dengan ibu bapa kita sendiri. Kalau ibu bapa kita sudah meninggal dunia, eratkan silaturrahim sesama adik beradik, saudar mara ibu bapa kita, mereka pasti akan bergembira di alam barzakh.

Kalau kita nak anak-anak kita menjadi anak yang soleh, kita doakan diri kita dulu menjadi anak yang soleh.

ISLAM ITU INDAH, ISLAM ITU MUDAH

Rasulullah saw bersabda : “Barangsiapa yang suka diluaskan rizkinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim” [Sahih Bukhari no. 2067]

Aidilfitri tanpa kehadiran anak
8 Ogos 2013

KUALA LUMPUR - "Perniagaannya tidak maju jika mak cik tinggal dengan dia (anak). Mak cik juga dianggap pembawa sial dan celaka menyebabkan mak cik dibuang ke sini."

Demikian antara luahan sedih Seni Aishah Abdullah, 73, ketika ditemui wartawan Kosmo! di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Kampung Pulau Meranti di Puchong dekat sini.

"Sejak dicampak ke sini tujuh tahun lalu, mak cik tidak pernah dipedulikan oleh keluarga dan tiga orang anak mak cik," katanya dalam nada tersekat-sekat kerana terlalu sedih mengimbau nasib diri yang malang.

"Anak saya memiliki perniagaan kedai runcit. Kami selalu bergaduh berpunca daripada hal-hal kecil dan selepas dia (anak) tidak tahan dengan mak cik dan ditambah perniagaannya kerap rugi, anak ambil keputusan hantar mak cik di sini," kata warga emas itu.

Tiada ulasan: