Alangkah baiknya jika arahan ini dapat
dilaksanakan di Malaysia yang majoriti umat Islamnya bermazhab Syafie
dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan ianya menjadi teks khutbah Jumaat.
Semoga JAKIM dapat mengeluarkan teks khutbah Jumaat sebegini.
KHUTBAH JUMAAT : PENUTUPAN SEMENTARA
PREMIS PERNIAGAAN BAGI SEMBAHYANG FARDHU JUMAAT
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddien Wadaulah, Sultan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah sempena
HariRaya Aidiladha tahun 1433 Hijrah bersamaan 2012 Masehi pada 10
Zulhijjah 1433 Hijrah bersamaan 25 Oktober 2012 Masehi, antara
petikan titah baginda:
"Salah satu contoh paling tepat
lagi mustahak untuk disegerakan dalam perkara membaiki imej bandar
dan malah negara seluruhnya ialah, pada hari Jumaat, diwaktu atau jam
yang bersesuaian, semua premis perniagaan bisaitah ditutup buat
sementara waktu, sehingga selesai menunaikan sembahyang fardhu
Jumaat".
Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Muizaddien Wadaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
tersebut, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam negeri melalui
jabatn-jabatan Daerah dan Jabatan Bandaran telah mengeluarkan arahan
supaya semua premis perniagaan dan pejabat, pusat-pusat hiburan,
rekreasi dan sukan, termasuk pawagam dan padang permainan, gerai/
tamu, pasar dan gedung-gedung perniagaan dibawah kawalan Lembaga
Bandaran Bandar Seri Begawan hendaklah ditutup pada hari-hari Jumaat
mulai jam 12 tengah hari hingga jam 2 petang. Arahan penutupan
berkuatkuasa mulai hari Jumat 18 Zulhijjah 1433 Hijrah, bersamaan 2
November 2012 Masihi.
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddien Wadaulah,
Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai
penutupan sementara premis perniagaan pada hari Jumaat ini hendaklah
kita junjung tinggi dan taati kerana mentaati perintah ulil Amri
adalah wajib sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surat
An-Nisa ayat 59 tafsirnya:
"Wahai orang-orang yang beriman!
Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul Allah dan
kepada ulil amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".
Sesungguhnya arahan penutupan sementara
bagi sembahyang fardhu Jumaat adalah salah satu tindakan yang baik
bagi memelihara kesucian agama dan negara serta memberikan imej
keislaman sesuai dengan falsafah negara kita 'Melayu Islam Beraja'
dan bagi mencapai hasrat untuk menjadikan negara ini sebuah negara
zikir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan