KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130806

Sikap zuhud Sarjan Hassan, tinggi ilmu tasaufnya


Sarjan Hassan hanya bersekolah pondok di Kg Sega, Rantau, N.Sembilan. Pernah berguru dengan Mufti N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad, seorang ulama tasauf yang begitu tawaduk dari Tarekat Ahmadiah.

Antara sifat zuhud Sarjan Hassan yang diceritakan dalam rancangan dokumentari khas TV2 ialah bagaimana Sarjan Hassan yang mempunyai anak yang ramai, ketika waktu makan apabila selesai makan Sarjan Hassan akan kutip setiap butir nasi yang disepahkan oleh anak-anaknya atas lantai, dimasukkan ke dalam pinggannya dan Sarjan Hassan akan memakan nasi tadi.

Bila ditanya kenapa dia berbuat begitu, Sarjan Hassan kata itu ialah rezeki Allah, tak elok dibazirkan.

Allahu Akbar, bandingkan dengan sikap pembaziran kita selama ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang berbaki 2 hari saja lagi insyaAllah.

Benarlah kata sahabat saya dari kumpulan tasauf yang lain bahawa untuk menjadi pahlawan Islam, pejuang Islam perlu ada ilmu tasauf, serta amalkannya. Kalau tidak berkemampuan untuk belajar ilmu tasauf katanya, dampingilah ahli dan ulama tasauf, kerana pemimpin Islam yang hebat seperti Salahuddin Al Ayubi, Sultan Muhamad Al Fateh adalah merupakan ahli tasauf dan mendampingi ulama tasauf.

Tiada ulasan: