KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130811

Kalabakan, perjuangan Askar Melayu yang dilupakan


Pada 29 Dis 1963 seramai 8 orang anggota dari 3 Rejimen Askar Melayu Diraja telah terkorban dalam pertempuran di Kalabakan, Sabah apabila Tentera Indonesia telah menceroboh kedaulatan negara. Namun kini pengorbanan mereka semakin dilupakan. Semoga MINDEF dapat membantu menyiapkan filem Kalabakan yang telah lama tertangguh sempena sambutan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 2013 ini.

Projek Filem Sejarah Tertangguh
22 Mac 2011 : Berita Harian

Produksi 1963: Kalabakan masih menunggu lampu hijau dapatkan dana

WALAUPUN kerja pra-produksi bagi pembikinan cereka sejarah, 1963: Kalabakan, sudah diselesaikan, filem terbitan syarikat KalamAriff Holdings Sdn Bhd itu belum dapat dimulakan penggambarannya kerana pihak produksi masih menunggu keputusan mendapatkan geran kerajaan. Selepas menghantar kertas cadangan dan dipanggil membentangkan projek filem yang mengambil lokasi di Tawau, Sabah itu pada November lalu, hingga kini mereka belum mendapat sebarang jawapan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).



Tiada ulasan: