KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150213

Bebola ikan ada plasma darah haiwan termasuk babi




Kosmo 13 Feb 2015

KUALA LUMPUR – Pengguna beragama Islam dinasihatkan supaya tidak membeli dan memakan bebola ikan yang kebanyakannya dijual di pasaran kerana dikhuatiri mengandungi plasma darah haiwan termasuk babi.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jabatan kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Amri Abdullah mendakwa, plasma darah haiwan yang digunakan adalah terdiri daripada ayam, lembu dan babi bertujuan untuk mencantikkan serta menambah kualiti bebola ikan supaya menjadi lebih kenyal.

Menurutnya, laporan saintifik mendapati anggota dalaman dan luaran babi mampu menghasilkan 185 produk misalnya, usus haiwan itu boleh digunakan dalam proses pembuatan sarung sosej manakala darah atau serum haiwan berkenaan ditemui dalam vaksin serta ubat.

“Berdasarkan hukum syarak, produk makanan yang mengandungi mana-mana bahagian haiwan yang tidak halal dan anggota manusia adalah tidak dibenarkan (untuk dimakan),” jelasnya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pensijilan Halal Jakim: Integriti Menangani Skandal dan Isu-Isu Berkaitan Halal di Malaysia pada Seminar Industri Halal di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

Plasma darah merupakan bahagian cecair haiwan tidak berwarna dan diproses menjadi bentuk serbuk yang digunakan untuk menambah kepejalan dan kekenyalan sesuatu produk.

Tambah beliau, bagi memudahkan umat Islam ketika membeli barangan tanpa was-was, mereka perlu melihat sijil halal Jakim terlebih dahulu kerana ia terjamin halal, bersih, selamat, berkualiti dan dijamin.

Tiada ulasan: