KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150216

Kenapa perlu tutup kedai waktu solat Jumaat, terutama kedai emas?



Kerana dah banyak kes kedai emas dirompak waktu solat Jumaat kerana anggota polis yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat pada ketika ini. 


Jumaat, 6 Februari 2015
Empat lelaki bertopeng rompak kedai emas di Senawang

SEREMBAN: Empat lelaki bertopeng yang bersenjatakan pistol, tukul besi dan kapak, merompak sebuah kedai emas di pekan Senawang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang tadi, mereka yang berpakaian hitam dan menunggang dua buah motosikal melepaskan satu das tembakan sebagai amaran.

Tiga lelaki kemudian menerpa masuk ke dalam kedai, manakala seorang menunggu di luar premis itu.

Perompak memecahkan cermin ruang pameran barang kemas dengan menggunakan tukul besi dan kapak sebelum memasukkan barang kemas ke dalam beg galas.

Mereka kemudian melarikan, namun sempat melepaskan satu das lagi tembakan ke arah kedai.

Tiada ulasan: