KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150212

Ribut, kemarau, catuan air, paras air di empangan kritikal



Ribut, kemarau, catuan air, paras air di empangan kritikal, kebakaran belukar serta hutan, apa lagi selepas ini? Hanya kepada Allah kita bertaubat, mohon keampunan dan berserah.

***********
17 Rumah Rosak Akibat Ribut Di Taman Satria, Senawang


SEREMBAN, 10 Feb 2015 - Sebanyak 17 rumah rosak dilanda ribut di di Taman Satria, Senawang dekat sini, Selasa.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seremban Emily Mirza Kamsari berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1.40 petang dan kebanyakan rumah terbabit mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.

"Tiada kecederaan dilaporkan, dan kita (JKM) masih jalankan bancian kerosakan. Sehingga kini, 17 rumah mengalami kerosakan termasuk lima yang terjejas teruk pada bahagian bumbung," katanya di di sini.

Seorang penduduk, Zairina Zailan, 33, berkata beliau sedang menunaikan solat Zohor apabila terdengar bunyi kuat daripada bahagian atas rumahnya.

"Saya terus berhenti solat apabila terdengar bunyi itu. Badan saya menggigil melihat angin kuat menarik bumbung rumah sehingga tercabut satu per satu.

"Kemudian, anak-anak saya yang berumur lapan dan enam tahun menangis, lalu kami sekeluarga segera keluar dari rumah," katanya ketika ditemui.

Zairina berkata kejadian seperti itu pernah berlaku dua tahun lepas namun, angin ribut kali ini lebih teruk berbanding sebelum ini.

Tiada ulasan: