KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150815

SPRM hanya menjalankan tugas

Dulu saya tanya seorang kontraktor ada tak apa-apa dana untuk baiki surau terutama atap yang bocor beberapa tempat ketika hujan.

Dia pun cubalah bantu dapatkan projek cat surau dan menambahbaik beberapa infrastuktur lain.

Elok sangatlah, sebab saya pun dan pihak lain bukan senang nak cari duit untuk baiki surau ni.

Satu sen duit surau, duit jemaah surau, duit saya tak digunakan untuk kerja tersebut.

Rasanya lepas setahun projek tersebut siap saya dipanggil SPRM. Saya pun ceritalah segalanya pada SPRM apa yang saya tahu. Saya kata pada SPRM tak ada orang lain ketika itu untuk baiki surau atau agensi lain yang boleh bantu. Dan saya tahu kos untuk buat kerja tersebut tak untung mana, kerana tempat kerja saya buat kerja cat bangunan jauh lebih tinggi harganya.

Pegawai SPRM tu pun siap bantu saya untuk buat kenyataan. Tak tahu dah apa jadi kes tersebut, dah bertahun senyap.

Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada kita semua, termasuk insan yang prihatin yang melaporkan kepada SPRM

Rozmal bin Malakan
30 Syawal 1436

Tiada ulasan: