KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150825

Tiga dicari bantu siasatan



Tiga dicari bantu siasatan
25 Ogos 2015

SEREMBAN - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan tiga lelaki termasuk dua beradik dipercayai dapat membantu siasatan kes samun di Kampung Rawa, Lenggeng, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nor Azman Muhamad Yusof berkata, tiga lelaki yang diburu itu ialah Muhammad Khairuddin Osman, 20; Muhamad Jamalul Tarmizi Mohd Yasin, 26; dan adiknya Muhamad Jamalul Roshidi Mohd Yasin, 25.

“Alamat terakhir Muhammad Khairuddin ialah di No 29-2 Jalan Pantai Murni 6, Pantai Dalam, Kuala Lumpur manakala dua adik beradik Muhamad Jamalul Tarmizi dan Muhamad Jamalul Roshidi pula di Lot 7073 Kampung Paya Sungai Ramal Luar, 43000 Kajang, Selangor.

“Orang ramai yang melihat mereka dan mempunyai maklumat tentang mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nur Nadiahtul Ain Kamallazim di talian 019-9995440 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Nilai, Asisten Superintendan Ahmad Jamaludin di talian 019-3316735,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, orang ramai juga boleh menghubungi talian Hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di talian 06-768 2222 dan Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai 06-758 4999 sekiranya mempunyai maklumat tentang ketiga-tiga lelaki tersebut.

Pada 22 Ogos lalu, akhbar ini melaporkan kejadian samun itu berlaku kira-kira jam 10.15 pagi apabila rumah mangsa dimasuki tiga lelaki memakai topi keledar berpenutup.

Suspek dipercayai warga tempatan itu telah menggeledah empat bilik di dalam rumah itu untuk mencari barang berharga selain turut memasuki sebuah bilik  didiami mangsa yang koma namun tidak mencederakannya dan melarikan diri menaiki motosikal selepas mengambil barang berharga.

Tiada ulasan: