KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151011

Rayuan Sumbangan Untuk Madrasah An Nuriah Ad Diniah

Madrasah An Nuriah Ad Diniah di Sungai Udang, Melaka amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membiayai pembinaan asrama pelajar perempuan yang semakin uzur. Bangunan dua tingkat yang dibina menggunakan kayu sekitar tahun 1950-an digunakan sebagai asrama bagi menampung 50 pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 17 tahun, sudah tidak selamat untuk diduduki.

Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Madrasah An Nuriah Ad Diniah Mohd Herwan Mohd Khalil berkata, atas faktor keselamatan, pelajar perempuan terbabit dipindahkan ke blok pengajian madrasah itu yang dijadikan sebagai asrama sementara.

“Jika dana sudah cukup, kami jangka bangunan asrama baru akan siap sepenuhnya dalam tempoh empat bulan saja. Kos keseluruhan pembinaan asrama baru itu dijangka menelan belanja RM250,000. ”

Maklumat yang saya terima pada 11 Oktober 2015, kerja perobohan sudah pun bermula. Jumlah sumbangan terkumpul setakat ini cuma RM150,000 , madrasah ini memerlukan lagi RM100,00.

Mereka yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd Herwan di talian 013-6440709 atau pejabat madrasah 06-3519807.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank , no akaun 154101211713 , atas nama Lembaga Pengurusan Madrasah Annuriah Addiniah.





Tiada ulasan: