KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151014

Wakaf Kamus Bahasa Arab

Program Wakaf Kamus Bahasa Arab ini adalah bertujuan untuk memberi sumbangan kamus khusus untuk pelajar di peringkat thanawi, menengah, madrasah, pengajian pondok serta di pusat pengajian tinggi dalam serta luar negara, terutamanya para pelajar yang kurang berkemampuan.

Harga wakaf untuk satu naskhah ialah RM50 sahaja sudah termasuk kos penghantaran ke mana-mana tempat di Semenanjung Malaysia yang dihajatkan oleh pewakaf atau terpulang kepada pihak kami untuk memberi kepada mana-mana pelajar yang memerlukan.

Pihak kami juga akan membuka gerai semasa Himpunan Fastaqim – H60K di Kota Bharu, Kelantan pada 16 dan 17 Oktober 2015. Para pengunjung boleh mendapatkan kamus ini pada hari tersebut pada harga promosi iaitu hanya RM35 senaskhah di GERAI NO C7 – H60K.

Mereka yang ingin mewakafkan kamus ini kepada para pelajar yang memerlukan sila hubungi Sdr Nazri Zainal 019-9103431 (011-20578408 whatsapp) atau Hj Rozmal bin Malakan 012-2267406 (tel/sms/whatsapp).



Kepada pelajar kurang berkemampuan yang memerlukan kamus ini, sila isikan butiran di bawah ini dan hantar melalui whatsapp ke 0122267406 ;

PERMOHONAN KAMUS BAHASA ARAB
Nama :
No KP :
Alamat penghantaran :
Tempat belajar :
Jurusan :
Tahun pengajian :
Nama bapa, ibu atau penjaga :
Alamat bapa, ibu atau penjaga :
No tel bapa, ibu atau penjaga :
Pekerjaan bapa, ibu atau penjaga :
Pendapatan bapa, ibu atau penjaga 





Tiada ulasan: