KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110417

Khutbah Jumaat Kempen Pilihanraya


Pada hari Jumaat 15 April 2011, JAKIM mengedarkan khutbah berkenaan isu politik dan pilihanraya. Khutbah ini amat cantik dan perlu dikhutbahkan selalu untuk membuka minda pemikiran orang Melayu di Malaysia ini bahawa politik itu ada dalam Islam dan perlu dibincangkan di dalam masjid. Khutbah macam barulah jemaah tak tidur.

Antara topik yang dibincangkan dalam khutbah Jumaat pada 15 April 2011 ialah :

1. Mimbar ingin mengingatkan bahawa pemilihan pemimpin ataupun khalifah merupakan satu ikatan kontrak yang dipersetujui dengan rakyat samada melalui proses penyerahan kuasa atau pilihanraya.

2. Ijmak ulama menetapkan bahawa melantik pemerintah yang mampu melaksanakan tanggungjawab pemerintah dikalangan umat Islam hukumnya adalah wajib.

3. Kepimpinan bukan sekadar perjanjian antara pemimpin dengan masyarakat, tetapi ia juga merupakan ikatan perjanjian antara pemimpin dengan Allah SWT.

4. Pemerintahan adalah satu amanah dan disyariatkan bagi mengantikan tugas kenabian dalam memelihara agama dan mentadbir urusan dunia umat Islam.

5. Rasulullah SAW juga telah berpesan kepada umatnya bahawa perlu ada dikalangan umatku yang menjadi pemimpin di dalam sesebuah organisasi ataupun masyarakat demi melaksanakan amal makruf dan mencegah kemungkaran.

6. Kepimpinan itu semestinya didokong oleh keimanan kepada Allah SWT, cinta dan menghayati sunnah Rasulullah SAW serta berakhlak mulia di mana ianya mampu mengadakan hubungan yang baik dan harmoni dengan semua peringkat masyarakat.

7. Kita dapat melihat kepimpinan Khalifah Umar al- Khattab RA yang boleh dijadikan contoh kerana beliau adalah seorang pemimpin yang sangat disayangi oleh rakyatnya atas perhatian dan tanggungjawabnya yang luar biasa terhadap rakyat.

8. Sesungguhnya umat Islam amat beruntung kerana mempunyai seorang tokoh yang boleh dijadikan panduan dalam merealisasikan asas kepimpinan ini iaitu Rasulullah SAW. Baginda adalah contoh yang dikagumi bukan sahaja oleh umat Islam malah disanjungi oleh musuh-musuh Islam kerana mempunyai kebolehan dalam memimpin dan bertanggungjawab penuh ke atas perlaksanaannya.

9. Menurut al-Mawardi lagi bahawa: Sesungguhnya pemimpin yang kehendaki ialah mereka yang tinggi budi pekerti dan akhlak yang merangkumi ciri takwa dan warak, mereka ini seorang yang sentiasa bercakap benar, amanah, bersih diri dari perkara haram dan meragukan, sentiasa tenang dalam keadaan biasa dan marah, kualiti maruahnya dihayati dalam semua urusan agama dan dunia.

10. Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar menyeru seluruh umat Islam sekalian marilah sama-sama kita melaksanakan tanggungjawab kita demi agama, bangsa dan negara dengan memilih pemimpin yang benar-benar beretika, bertindak selari dengan apa yang dikata atau yang dijanjikan, bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat yang dipimpin di dunia dan di akhirat.

11. Ingatlah bahawa mengkhianati amanah kepimpinan adalah satu dosa besar yang akan menerima hukuman Allah di akhirat nanti.

Sumber dari laman web JAKIM http://www.islam.gov.my/sites/default/files/khutbahjakim/upload/rumi/doc/kepimpinan_taklif_bukannya_tasrif_kemuliaan_rumi_0.doc

20110414

Bersama Juara Nasyid 16 Apr 2011 di Senawang



SEMPENA KEPUTUSAN PILIHANRAYA SARAWAK

Bersama :
Saudara Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid TV9,
YB Hj Mohamad Taufek, ADUN Paroi,
Ustaz Khairul Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N9,

Pada : SABTU 16 April 2011,
Jam 8 mlm - 12 mlm

Lokasi :
1. Pasti Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang,
2. Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa,
3. Pasti Amal, Taman Marida,
4. Pusat Khidmat Dun Paroi, Taman Tasik Jaya,

Antara yang menarik :
Siaran Langsung Keputusan Pilihanraya Sarawak, Analisa, Tazkirah, Hiburan Alternatif, Motivasi, Jamuan

Semua dijemput Hadir

20110413

Seminar untuk Lepasan SPM 24 Apr 2011 Senawang


SEMINAR KERJAYA


Ahad 24 April 2011, 9 pg - 5 ptg di Dewan Murni Training Centre, Taman Sri Kasih, Senawang


Yuran hanya RM10 seorang , Terbuka kepada pelajar lepasan SPM 2010


Hubungi : Sdr Helmi 019-2445736 ibnujamil@yahoo.com , Pn Kaslawati 019-6230101


Antara slot menarik : Ke Manakah Anda Selepas SPM - Panduan Biasiswa dan Proses Permohonan ke IPTA/IPTS - Cabaran dan Transisi ke Alam Universiti - Bengkel Kerjaya Mengikut Bidang (Medic, Enginrg, Acct dll) - Selingan Permainan Menarik


Info Terkini Krisis Mesir 17 Apr 2011 di Masjid Paroi


CERAMAH PERDANA


Tajuk : "REGIM MUBARAK TUMBANG, ISRAEL TERGUGAT"


Tarikh : Ahad - 17 April 2011 , Masa : 7.30 malam (selepas solat Maghrib) , Tempat : Masjid At-Taqwa Kg Paroi, Seremban , Penceramah : Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor


Semua Dijemput Hadir Turut diadakan : Jualan Amal, Kutipan Derma, Tayangan Multimedia, Pameran


Anjuran bersama : AQSA Syarif N.Sembilan dan Masjid At Taqwa - MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AQSA


20110412

Kenapa ayah saya tidak mendapat Pingat Gagah Berani?


Ada anak muda berpelajaran dari Sabah sering bertanya kepada saya akan jasa ayah saya ketika berkhidmat dalam tentera (Askar Melayu) mempertahankan bumi Sabah di Kalabakan dari di ceroboh semasa konfrontasi di mana dua orang musuh telah terbunuh di tangan ayah saya.


Anak muda dari Sabah ini cukup terkilan kenapa tiada pihak yang menghargai pengorbanan ayah saya. Saya kata kepada anak muda tadi, perjuangan ayah saya hampir selesai. Ayah saya redha dengan apa yang ada pada dirinya pada ketika ini.


Ayah saya tidak rugi apa-apa. Yang rugi ialah generasi masa kini yang tidak kenal sepenuhnya sejarah perjuangan mempertahankan kedaulatan negara. Kini terpulanglah kepada generasi kini menentukan kehidupan mereka dan mencorak masa hadapan.


Teruskan Perjuangan !

Tsunami kecil telah melanda Terengganu, petanda bala



Hidup Di Dunia Hanya Sekelip Mata, Hidup Di Akhirat Kekal Sampai Bila-Bila. SEBUAH pelantar bagi mengorek pasir tersangkut di jambatan Kampung Nibong Stesen dekat Kuala Sungai Dungun, Terengganu semalam akibat dilanda arus deras sungai tersebut.


( Sila baca artikel saya sebelum ini bertajuk BERSEDIA HADAPI BENCANA DAHSYAT DI MALAYSIA BILA-BILA MASA di http://waghih.blogspot.com/2011/04/bersedia-hadapi-bencana-dahsyat-di.html )


DUNGUN – Dua bot nelayan tenggelam manakala sebuah pelantar bagi mengorek pasir sungai tersangkut di sebuah jambatan akibat dihanyut oleh arus deras luar biasa yang melanda Kuala Sungai Dungun di sini awal pagi semalam. Insiden tersebut mengejutkan semua mangsa memandangkan kesemua bot tersebut sudah pun ditambat tali dengan guni berisi pasir seberat kira-kira 1,500 kilogram.


Selain itu, pelantar mengorek pasir yang hanyut dan tersangkut di jambatan di Kampung Nibong Stesen, kira-kira dua kilometer dari Kuala Sungai Dungun juga sudah dilabuhkan dengan lima sauh. Turut hanyut ialah tiga bot nelayan lain dan dua bot fiber namun kesemuanya berjaya diselamatkan.


Jumlah kerugian dianggarkan RM100,000. Salah seorang pemilik bot, Yusuf Saleh, 67, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan seorang rakan bahawa bot miliknya hanyut sejauh kira-kira 100 meter dari tempat ia berlabuh kira-kira pukul 5.30 pagi semalam. “Pada mulanya saya tidak percaya dan terus datang untuk melihat sendiri apa yang terjadi itu. “Saya benar-benar terkejut apabila mendapati bot saya dan bot seorang rakan, Muhamad Jaafar, sudah hampir tenggelam,” katanya ketika ditemui di Kuala Sungai Dungun semalam.


JELASNYA, SUDAH BERPULUH TAHUN DIA MENJADI NELAYAN NAMUN KEJADIAN ITU ADALAH KALI PERTAMA BERLAKU. KOSMO http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Lelaki mungkin sakit mental bakar rumah ibu kandung


Setiap 5 orang di Malaysia ini , 1 orang mungkin sakit mental. Kalau 28 juta penduduk Malaysia, maknanya mungkin 5.6 juta rakyat kita sakit mental. Mohd. Noor Mahmud mengalihkan bumbung zink rumah ibunya selepas dibakar adiknya di Kampung Alor Madi, Alor Setar, semalam.


( Sila baca artikel saya sebelum ini bertajuk KHUTBAH JUMAAT PERLU TEKAN SAKIT MENTAL, BUNUH DIRI di http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-perlu-tekan-sakit-mental.html )


ALOR SETAR - Seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai mengalami tekanan jiwa, bertindak membakar rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya di Kampung Alor Madi di sini hari ini setelah permintaannya untuk mendapatkan wang RM200 tidak diendahkan oleh ibunya. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 pagi itu, lelaki tersebut keluar melalui bumbung dan melarikan diri sebaik sahaja membakar tingkat atas rumah tersebut. Abangnya, Mohd. Noor Mahmud, 33, berkata, adik bongsunya itu mula berubah sikap apabila keluarga menghalang niatnya untuk bertunang pada bulan lalu.


"Bukan kami tidak bagi dia bertunang namun keadaan dia ketika itu seperti mengalami tekanan perasaan dan dia sering membakar baju-baju kerjanya di tingkat atas rumah ini. "Sebelum kejadian, adik saya selalu mengugut untuk membakar rumah dan petang semalam, dia mula mengamuk apabila ibu saya tidak beri wang RM200 yang dimintanya," kata Mohd. Noor ketika ditemui di Kampung Alor Madi, di sini hari ini. Menurutnya, adiknya itu tinggal bersama ibunya, Halimah Abdullah, 50, di rumah tersebut dan kerana bimbang dengan perlakuan adiknya, dia bertindak mengambil semua dokumen penting lalu membawa ibunya tinggal di rumahnya di Kepala Batas di sini petang semalam.


"Saya melaporkan hal ini kepada pihak polis kerana adik saya mengunci pintu dan mempunyai parang di dalam biliknya. "Rundingan dengan pihak polis berlangsung kira-kira pukul 9 malam dan pujukan kami untuk dia keluar dari rumah langsung tidak menampakkan hasil," ujarnya. Jelas Mohd. Noor lagi, keadaan semakin meruncing apabila adiknya itu mula keluar melalui bumbung dan menyuruh dia serta abang sulungnya masuk ke dalam rumah mereka. "Bau gas mula memenuhi rumah dan adik saya menyalakan api lalu api terus membakar tingkat atas rumah.


Dia kemudiannya terjun dari bumbung dan menghilangkan diri sehingga kini. ," katanya. Dalam pada itu, Timbalan Penguasa Bomba Alor Setar, Rosdi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut kira-kira pukul 12.18 pagi dan api berjaya dikawal pada pukul 12.36 pagi. "Dua jentera dengan 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.07 pagi. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

20110410

Virus Adeno dan Senjata Biologi

Beberapa artikel menarik dari Blog AMKNS berkaitan Virus Adeno dan Senjata Biologi di bawah ini :

VIRUS_ADENO DI PORT DICKSON

SISTEM PERTAHANAN BIOLOGI SINGAPURA

SENJATA BIOLOGI ANCAM REPUBLIK INDONESIA


Bersedia hadapi bencana dahsyat di Malaysia bila bila masa


Hidup di dunia hanya sementara, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila. Mereka yang bijak ialah mereka yang banyak mengingati mati serta membuat persiapan bekalan sesudah mati. Buatlah semua Allah dan Rasul suruh, tinggalkanlah semua Allah dan Rasul tegah.

Untuk persiapan setiap isi rumah menghadapi bencana besar ini di Malaysia sila ke pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2011/03/persiapan-menghadapi-gempa-bumi-di.html

MALAYSIA MULA BERISIKO KESAN PERUBAHAN CUACA

Berita Minggu 10 April 2011

PUTRAJAYA: Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya bencana alam lebih dahsyat seperti banjir besar, gempa bumi berskala kecil dan sederhana akibat perubahan tiupan angin serta iklim global sekarang.

Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (mSET), Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali, berkata ramai berpendapat Malaysia selamat dan berisiko rendah untuk menghadapi bencana alam kerana kadar taburan hujan sekata sepanjang tahun dan hanya merasai gegaran akibat gempa bumi berskala kecil.

Bagaimanapun, beliau berkata, situasi sekarang berbeza kerana statistik dikeluarkan Jabatan Meteorologi mendapati Malaysia semakin berisiko menghadapi bencana alam berikutan perubahan cuaca yang mendadak seperti peningkatan kadar taburan hujan, ribut petir dan tanah runtuh.

“Sama ada suka atau tidak, situasi di Malaysia sekarang semakin buruk. Malah, kita boleh lihat perubahan cuaca yang ketara apabila banjir, ribut petir dan tanah runtuh semakin kerap berlaku.

“Walaupun Malaysia tidak pernah mengalami gempa bumi sehingga 9 magnitud seperti Jepun baru-baru ini, namun kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi bencana alam lebih dahsyat,” katanya selepas Konvensyen Kejuruteraan dan Teknologi Kebangsaan 2011 dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Tenaga), Badaruddin Mahyuddin di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abang Abdullah, berkata secara profesionalnya beliau berpendapat kebanyakan bangunan tinggi di Malaysia tidak mempunyai ketahanan atau mengalami kerosakan teruk dan runtuh sekiranya negara dilanda gempa bumi berskala sederhana.

Katanya, kebanyakan bangunan di Malaysia tidak direka bentuk untuk menahan gegaran akibat gempa bumi, aliran air deras berikutan tsunami dan angin kencang.

Abang Abdullah berkata, pihaknya akan memangggil pakar luar negara termasuk dari Jepun dan Filipina bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran mengenai kaedah terbaik menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan banjir besar menerusi Simposium Kejuruteraan dan Teknologi Serantau (RSET) yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak, pada November depan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bersediahadapibencanadahsyat_/Article

GAMBARAN KIAMAT MENURUT AL-QURAN

Mingguan Malaysia 10 April 2011

Oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri

Tsunami yang berlaku mungkin bayangan kecil kepada kiamat yang dijanjikan oleh Allah kepada makhluk-Nya.

SURAH al-Zalzalah termasuk dalam kategori surah Madaniyyah. Inilah pendapat Ibn Abbas, Qatadah, Muqatil dan jumhur ulama. Sedangkan Ibn Mas’ud, Ata’ dan Jabir pula berpendapat ia termasuk dalam surah Makiyyah.

Ia mengandungi lapan ayat dan diturunkan selepas surah al-Nisa’. Hubungan surah ini dengan surah al-Bayyinah adalah: Dalam surah yang lalu diterangkan balasan yang diterima oleh orang yang beriman dan orang kafir. Dalam surah ini pula, Allah SWT menjelaskan waktu dan tanda-tanda berlaku hari kebangkitan.

Sebab nuzul

Orang kafir sering bertanya tentang hari pengadilan. Mereka bertanya: Bilakah datangnya hari Kiamat itu? Manakala sesetengah yang lain bertanya: Bilakah datangnya janji itu?

Dalam surah ini, Allah SWT menerangkan tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat agar mereka mengetahui bahawa tiada jalan lain untuk menentukan hari itu iaitu hari yang didedahkan kepada manusia bahawa mereka semua akan kembali menghadap Allah SWT untuk mengurniakan balasan pahala kepada orang yang beriman serta seksaan kepada orang yang melakukan perbuatan dosa.

Tafsiran ayat

Firman Allah SWT: Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat). Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandungnya).

Ibn al-Jauzi menyebut dua pendapat ulama berkenaan dengan waktu goncangan tersebut:

i. Ia berlaku di dunia dan termasuk tanda kiamat. Inilah pendapat kebanyakan ulama.

ii. Ia goncangan pada hari kiamat. Inilah pendapat Kharijah bin Zaid.

Berkenaan dengan maksud telah mengeluarkan beban-beban berat:

i. Orang-orang mati dibangkitkan seperti kata Ibn Abbas.

ii. Segala bahan simpanannya daripada emas, perak dan lain-lain seperti pendapat Atiyyah.

Sayid Qutub berkata: Itulah peristiwa hari Kiamat di mana seluruh bumi bergegar dengan gempa-gempa yang paling dahsyat dan meluahkan segala isi perutnya dari mayat-mayat, logam-logam dan sebagainya, seolah-olah bumi mahu meringankan tubuhnya daripada kandungan-kandungan yang berat itu.

Itulah satu pemandangan yang menunjukkan segala sesuatu yang tegak di bumi telah bergoyang di bawah tapak kaki para pendengar surah ini. Mereka merasa terhuyung-hayang, bumi terus bergegar dan bergoncang di bawah tapak kaki mereka, satu pemandangan yang menakutkan hati yang selama ini menyangkakan segala apa yang tegak di bumi itu akan tetap teguh, kukuh dan kekal abadi.

Inilah kesan pertama kiamat yang digambarkan oleh al-Quran, satu gambaran yang benar-benar hidup dan menjalar ke dalam saraf-saraf pendengar ayat-ayat ini sebaik sahaja mendengar ungkapan al-Quran yang unik ini.

Kesan ini bertambah apabila digambarkan reaksi manusia terhadap pemandangan itu dan dilukiskan keadaan-keadaan perasaan mereka ketika melihat pemandangan ini.

Firman Allah SWT: Dan manusia bertanya: Mengapa bumi (menjadi begini)? Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.

Al-Mawardi mengemukakan maksud bumi mengkhabarkannya kepada dua pendapat:

i. Perkhabaran berkenaan segala amalan hamba yang dilakukan di dunia dahulu. Inilah pendapat Abu Hurairah.

ii. Mengkhabarkan berkenaan perihal kiamat. Inilah pendapat Ibn Mas’ud

Ketika berlakunya gempa bumi yang hebat ini, bumi menceritakan isinya kepadamu dalam bentuk kegoncangan, getaran yang hebat dan gerakan bumi yang dahsyat serta kehancuran seluruh isinya yang tiada tandingannya sebelum ini.

Justeru, ia akan memberi jawapan dan pengertian kepada orang yang bertanya bahawa kegoncangan yang sedang berlaku itu bukan kerana sebab-sebab yang biasa berlaku ketika seluruh alam berada dalam keadaan normal.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

20110409

Senawang, Pusat Pembuangan Sampah Sisa Binaan, MPS Lemah

Gambar penghadang yang dipasang oleh penduduk sendiri baru-baru ini tanpa bantuan MPS

Sebelum ini saya ada menulis mengenai masalah pembuangan sampah dan sisa binaan oleh pihak tidak bertanggungjawab berhampiran Surau Taman Alamanda, Senawang. Walaupun berulang kali dibuat aduan ke Majlis Perbandaran Seremban, tiada tindakan yang konkrit oleh MPS. Akhirnya penduduk taman tersebut mengambil tindakan sendiri dengan meletakkan penghadang yang dapat mencegah terus perbuatan pembuangan sampah dan sisa binaan.

Nampaknya bukan di Taman Alamanda saja perkara ini berlaku. Utusan Malaysia 9 April 2011 melaporkan masalah pembuangan sampah dan bahan binaan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini lebih serius berlaku di Taman Senawang Jaya.

Gambar sebelum penghadang ada di Taman Alamanda di http://waghih.blogspot.com/2011/03/majlis-perbandaran-seremban-tak-boleh.html

TAPAK RUMAH TERBENGKALAI JADI TEMPAT BUANG SAMPAH, SISA TOKSIK

Utusan Malaysia 9 April 2011

SEREMBAN 8 April - Pekerja kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Senawang dekat sini mendakwa lokasi tapak rumah terbengkalai berhampiran kilang berkenaan kini menjadi tumpuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah serta sisa toksik.

Tindakan itu menjadi punca dan masalah bau busuk kepada pekerja kilang berkenaan termasuk penduduk di sekitar kawasan tersebut berikutan bau sisa berkenaan boleh dihidu dari jarak satu kilometer.

Pengurus Hal Ehwal Alam Sekitar kilang terbabit, Ismail Mohd. Yunus berkata, pihak syarikat telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengawal keselamatan bertugas.

"Sampah berupa sisa toksik ini dipercayai dibuang di kawasan ini sejak tiga hari lalu, selain bau busuk kita bimbang sisa toksik ini boleh memudaratkan kesihatan pekerja.

"Saya dimaklumkan bahawa pada Isnin lalu terdapat dua buah lori persendirian membuang sampah tersebut di kawasan ini kira-kira pukul 10.50 malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail berkata, sampah itu mendatangkan bau yang tidak menyenangkan sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pekerja kilang.

"Bau busuk sampah ini sangat kuat sehingga menyebabkan ramai pekerja berasa mual dan pening kepala setiap hari.

"Orang ramai yang melalui kawasan ini dan penduduk di Taman Senawang Jaya dekat sini juga diyakini berhadapan dengan masalah yang sama," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Riwayat Hidup Almarhum Sarbani, Pegawai Kanan Kastam



Dari Blog Singalautmetro

TENTANG ALLAHYARHAM AHMAD SARBANI MOHAMED

DICERITAKAN mereka yang mendakwa sebagai sahabat, rakan sekerja dan yang mengenali allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed. Latar kehidupan allahyarham amat berwarna-warni dan jika benar dakwaan rakan-rakan allahyarham, tidak hairanlah kenapa ramai menangisi dan meratap pemergiannya.

Kita ketepikan soal yang sedang disiasat pihak berkuasa. Kita jurus kepada latar kehidupan masa lampaunya. Allahyaraham dikatakan pernah mengambil LCE sebanyak tiga kali tetapi tidak pernah putus asa sehingga akhirnya berjaya sehingga memasuki universiti.

Allahyarham pernah bekerja di Pejabat Pos Ipoh dan Hospital Kuala Lumpur, dilaporkan seorang yang peramah dan amat suka membantu mereka yang dalam kesusahan. Hubungan dengan teman sekampung juga erat, manakala ketika tinggal di Kuarters Kelana Jaya, allahyarham dikatakan seorang yang amat rajin bersolat Subuh, Magrib dan Isyak di masjid Kelana Jaya.

Allahyarham diceritakan juga sering ke kuliah Subuh setiap hujung minggu di surau sama dan dilaporkan juga allahyarham dijangka menunaikan haji tahun ini. Allahyarham mengikut cerita telah menghadiri 5 minggu kursus asas haji.

Diceritakan lagi anak sulung allahyarham telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Namun kini Ahmad Sarbani telah tiada. Yang tinggal tentulah kenangan yang tak mungkin pudar dari ingatan mereka yang mengenalinya.

(Ini adalah sebahagian daripada pandangan mereka yang mendakwa mengenali allahyarham di dalam blog ini)

Sumber http://singalautmetro.blogspot.com/2011/04/tentang-allahyarham-ahmad-sarbani.html

20110408

Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat 10 Apr 2011


JELAJAH MAHASISWA SELAMATKAN RAKYAT


Salam hormat,


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menjalankan siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat secara besar-besaran pada :


Tarikh : 10 April 2011 (Ahad)


Masa : Bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang


Destinasi: KL Sentral - Seremban - KL Sentral


Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)


Siri jelajah dari KL ke Seremban ini diadakan bagi menunjukkan rasa protes mahasiswa terhadap suasana politik tanah air yang dilihat terlalu jijik & kotor terutamanya dalam isu video lucah yang kini hangat diperkatakan di seluruh negara.


Selain menunjukkan rasa protes & ketidak puas hatian terhadap situasi politik negara pada masa kini, siri jelajah ini juga diadakan bagi menunjukkan rasa cinta dan sayang mahasiswa terhadap negara dan turut mengharapkan prekembangan politik yang lebih sihat & konstruktif akan berlaku di dalam negara ini.


Siri jelajah ini akan bermula dari stesen KL Sentral pada jam 8.00 pagi di mana seluruh mahasiswa dari beberapa IPTA dan IPTS dari Lembah Klang akan berkumpul dan sesi taklimat ringkas sebelum siri jelajah bermula akan dijalankan. Seterusnya, seluruh mahasiswa yang akan menggunakan tema pakaian putih pada hari tersebut akan menaiki komuter untuk menuju ke Seremban dengan membawa beberapa pelekat & kain rentang.


Seterusnya, mahasiswa akan turun di beberapa stesen komuter yang terpilih untuk mengadakan 'silent protest' dengan mengangkat pelekat, kain rentang & mengedarkan risalah kepada orang ramai hingga ke stesen komuter Seremban.


Kemudian, mahasiswa akan kembali semula ke stesen KL Sentral untuk mengedarkan risalah, ucapan daripada beberapa pimpinan mahasiswa & seterusnya akan mengadakan sidang media sebelum siri jelajah ini berakhir.


Siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat KL Sentral - Seremban yang dijangkakan akan menghimpunkan mahasiswa dariUM,UKM,UPM,UPSI,KUIS,USIM,UIA,UTMKL,UNISEL & UITM ini merupakan satu aktiviti jelajah terbesar yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan ia juga merupakan salah satu usaha murni di peringkat mahasiswa untuk memulihkan kembali suasana politik Malaysia yang kian kotor di dalam rangka gerak kerja Kempen Mahasiswa Selamatkan Rakyat.


Terima kasih, Ahmad Shukri Kamarudin Sekretariat Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 013- 3676 124


20110406

Poco poco, solat jauh lebih baik, terbukti secara saintifik


Utusan Malaysia 6 April 2011


Solat dalam sudut sains


Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim. Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan.


Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat. Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi.


Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan. Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang. Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud. Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan.


Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran kajiannya. Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah. Beliau menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat. Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan dengan niat lain bagi tujuan kesihatan.


Cuma apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan daripada bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat dinafikan kebenarannya. "Kajian Dr. Fatimah menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat," katanya. Dalam satu lagi sesi bertajuk Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung' Dr. Fatimah menjelaskan jantung memainkan peranan amat penting dan sangat berjasa kepada manusia. Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit. Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit.


Peserta diberi kefahaman bahawa, semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih terjaga. Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia. Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan. Bahaya yang ditunjukkan akibat serangan jantung begitu membimbangkan, dan beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar denyutan jantung dapat dikawal dengan baik.


Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi. Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit. Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala. Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat. Hasil kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Quran dibakar dalam masjid di Malaysia


1 dari setiap 5 orang di Malaysia ini berpotensi gila atau sakit mental. Jika rakyat Malaysia 27 juta orang, bermakna 5.4 juta orang rakyat kita ada potensit gila atau sakit mental. Rakyat sekarang hidup dalam keadaan tertekan, stress yang amat sangat, media menggila ulas isu politik dan video lucah. Usaha dakwah secara sukarela terlalu sedikit, khutbah Jumaat lesu dan mengantukkan.


Berita sebelum ini Lelaki Gila rempuh Masjid dan kaitannya dengan Khutbah Jumaat di http://waghih.blogspot.com/2011/03/lelaki-gila-rempuh-masjid-dan-khutbah.html


SELAMATKAN UMAT INI


Lelaki gila bakar al-Quran ditahan


Harian Metro 6 April 2011 KLANG: Misteri kejadian al-Quran di masjid Kampung Johan Setia, dekat sini, dibakar terjawab selepas polis menahan seorang lelaki disyaki kurang siuman, semalam. Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan selepas penduduk dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengesyaki dia melakukan perbuatan itu berikutan pernah dilihat membuang dan membakar surah Yasin. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi semalam, siak masjid berkenaan ternampak senaskhah al-Quran dan kalendar dilekatkan pada dinding masjid mempunyai kesan terbakar ketika memasuki masjid berkenaan untuk solat Subuh.


Katanya, suspek dipercayai menggunakan pemetik api untuk membakar naskhah al-Quran yang diletakkan di atas permaidani di masjid itu. “Ketika ditemui, api sudah padam, tetapi naskhah al-Quran itu masih berasap. Menurut siak masjid, pintu pagar masjid berkenaan dikunci, tetapi pintu masjid tidak berkunci. “Kejadian itu dilaporkan nazir masjid pada jam 9 pagi tadi (semalam),” katanya di sini, semalam.


Mohamad berkata, tangkapan terhadap lelaki yang dipercayai kurang siuman itu dibuat kira-kira jam 11.30 pagi semalam di rumahnya di kampung sama. Jarak rumah suspek dengan masjid itu kira-kira 100 meter. Katanya, siasatan awal terhadap lelaki itu mendapati dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, tetapi lelaki itu ditahan berikutan keterangan AJK masjid berkenaan mengenai perbuatannya sebelum ini, selain suspek pernah membakar motosikal seorang lelaki warga asing yang menetap di kampung berkenaan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakigilabakaral-Quranditahan/Article/index_html

Syeikh Nuruddin Al Banjari 9 Apr Masjid Senawang


KULIAH PERDANA oleh Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki


Tarikh : 9 April 2011 Sabtu, Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, Masa : Selepas Solat Maghrib. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.


SELAMATKAN UMAT INI


Solat Hajat Perdana 7 dan 14 Apr 2011 REMBAU


MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA


Hari : Khamis , Masa : Solat Isya berjemaah , Tarikh : 7 dan 14 Apr 2011 , Tempat : PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang (Parlimen Rembau)


Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir


SELAMATKAN UMAT INI

Aduan tak dipeduli


SEREMBAN: Lebih 2,000 penduduk di Taman Alamanda, Senawang kecewa sikap pihak berwajib yang didakwa tidak mengendahkan aduan mereka mengenai masalah pembuangan sampah dan bahan binaan secara haram di kawasan itu sejak setahun lalu.


Apa yang dimahukan penduduk adalah besi penghadang atau konkrit bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam parit berhampiran surau taman perumahan. Ia berikutan taman itu diberikan jolokan 'kawasan denggi' kerana mencatatkan jumlah kes agak tinggi sekali gus membahayakan kesihatan penduduk.


Difahamkan, walaupun sudah beberapa kali surat aduan diberikan melalui faks dan emel, namun jawapan diberikan pihak berkenaan hanya meletakkan sebuah papan tanda tertulis 'Jangan Buang Sampah, Denda RM500'. Penduduk, Rozmal Malakan, 46, berkata, berikutan tiada sebarang tindakan, penduduk membina satu garisan menggunakan tali merah putih bagi mengelak pihak tertentu membuang sampah. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Aduantakdipeduli/Article/index_html

20110404

Bob Lokman pindah Pej ADUN Paroi 5 Apr 2011


Makluman. Program Bob Lokman (ex Raja Lawak) bertemu peminat pada Selasa 5 April 2011 jam 9 malam terpaksa dipindahkan ke Pejabat ADUN Paroi di Taman Tasik Jaya, Senawang. Program yang pada asalnya dijadualkan di Dataran Senawang telah tidak mendapat kelulusan permit polis.

Marilah kita mendengar keluhan Bob Lokman, SELASA 5 April 2011 jam 9 malam di Pejabat ADUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Datanglah beramai-ramai.

20110403

Keluhan mualaf tertekan, ingin bunuh diri di N.Sembilan


Setiap 5 orang ada seorang gila di Malaysia ini, dan gejala sakit mental makin serius di Malaysia di mana Khutbah Jumaat adalah medan terbaik untuk menyedarkan masyarakat. Ubahlah konsep khutbah Jumaat, sepatutnya Berkhutbah bukan Membaca Teks Khutbah. Jabatan Agama bukan main lagi pantau khatib yang tak baca teks khutbah yang Halal tetapi tidak memantau ramai orang gila, mualaf pula tu yang tertekan hingga hendak membunuh diri di Negeri Sembilan.

Analisis isu setiap 5 orang ada 1 orang sakit mental di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/03/lelaki-gila-rempuh-masjid-dan-khutbah.html

Tertekan ditinggalkan isteri

Sinar Harian 3 April 2011

KUALA PILAH – Episod duka menyelubungi seorang bapa tunggal setelah ditinggalkan isteri sejak 2001 dan kini terpaksa menjaga lima anaknya secara sendirian.

Akibat dari itu dia mengalami kemurungan yang disebabkan tekanan hidup hingga bertindak drastik cuba membunuh diri dan mencederakan dirinya sebanyak enam kali.

Osman Nathan Abdullah, 47, seorang mualaf kini menguruskan sendiri anaknya termasuk menghantar anak ke sekolah di samping perlu melakukan kerja rumah.

"Saya tiada tempat untuk mengadu dan perasaan negatif mendorong saya melakukan perkara di luar batasan.

"Saya pernah menelan racun tikus dan menelan pil dalam kuantiti yang banyak. Malah, saya juga pernah cuba untuk terjun bangunan dan Allah SWT masih menyayangi saya untuk terus tabah meneruskan hidup," katanya yang pernah memasuki hospital di sekitar Segamat, Seremban dan Kuala Pilah.

Menurutnya, pengalaman berada di Wad Psikiatri memberi seribu kenangan yang sukar dilupakan.

"Sepanjang berada di sana, saya hanya diberikan ubat tanpa menerima bimbingan kaunseling mahupun aktiviti yang mampu mengurangkan tekanan.

"Oleh kerana itu saya masih bersikap negatif lalu mendorong mencederakan diri dengan mengelar tangan. Saya tidak berasa sakit kerana tindakan itu melegakan sekali gus menghilangkan tekanan," katanya.

Sehubungan dengan itu, Osman mengakui kurangnya pendedahan mahupun maklumat mengenai penyakit kurang siuman dan kemurungan menyebabkan stigma masyarakat masih lagi di tahap rendah.

"Kebanyakan individu yang ditemui menganggap saya orang gila yang boleh mencederakan sesiapa sahaja. Sedangkan saya hanya mengalami kemurungan dan tidak akan mencederakan orang lain selain diri sendiri.

"Stiga masyarakat sebegini hanya menambahkan lagi tekanan kepada saya. Bagaimana saya hendak pulih sekiranya semua orang di sekeliling memandang sinis kepada saya," katanya.

Justeru itu, Osman amat berharap agar mana-mana pihak dapat memahami penyakit kemurungan ini malah tidak memberikan tanggapan negatif terhadap golongan tersebut.

"Selain itu, saya juga berharap agar pihak hospital mahukan badan bukan kerajaan (NGO) dapat memberi perhatian terhadap nasib golongan seperti ini agar tidak tersisih.

"Kami bukan hanya mahukan ubat tetapi inginkan tempat meluahkan perasaan bagi mengurangkan rasa tekanan sekali gus mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi," katanya yang pernah menghantar surat aduan kepada salah sebuah hospital dekat sini.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8932664.asp

20110401

Tawaran Sertai Sambutan Hari Peladang N9 Julai 2011


SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN


Di Tapak Lama Kem Paroi , Seremban


Pada 23 hingga 29 Julai 2011 (Sabtu-Jumaat)


Usahawan bumiputera Negeri Sembilan di jemput untuk menyertai dan menempah booth/gerai dan tapak pameran.


Berikut adalah senarai harga tempahan booth/ gerai/ tapak pameran dan jualan :


1. Booth Pameran/ Jualan Jabatan/ Agensi Kerajaan/ Syarikat Swasta/ GLC/Syarikat dan Agensi Pelancongan = RM 1,000.00


2. Gerai Pameran/ Jualan Jentera/ Mesin/ Peralatan Pertanian dan Industri Asas Tani = RM 1,000.00 dgn Platform RM 800.00 Tanpa Platform


3. Booth Jualan Produk Industri Asas Tani, Fabrik dan Pelbagai = RM 1,000.00


4. Gerai Jualan Produk Segar dan Flora Fest = RM 1,000.00


5. Gerai Jualan Makanan dan Minuman = RM 1,000.00


6. Tapak Mobile Unit = RM 200.00 / Caravan


Borang-borang boleh didapati di pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan melalui Encik Mohd Zulazly bin Samat No Telefon 06-7659969 atau 016-6710870. Segala pembayaran hanya dilakukan secara tunai / wang pos / bank deraf atau pesanan kerajaan. Pembayaran melalui cek persendirian tidak dibenarkan.