KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081112

Kem Remaja Muslim Kontemporari 28 Nov NS

Program KEM REMAJA MUSLIM KONTEMPORARI 2008 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 28 - 30 November 2008 (Jumaat-Ahad)
Lokasi : Kem SMA , Kg. Gadong, Labu, N.Sembilan
Penyertaan : Remaja Lelaki Sahaja ( 13 - 17 Tahun )
Yuran : RM 50.00 sahaja ( 3 Hari 2 Malam )
Tarikh Tutup Penyertaan : 23 November 2008

Hubungi :
En. Norhelmi Jamil 019-2445736 ibnujamil@yahoo.com
Us. Yusri Mohd Salleh 012-6188038 juliussalleh@yahoo.com

Maklumat lanjut di http://isman9.wordpress.com/2008/11/11/kem-remaja-muslim-kontemporari-2008/

Anjuran :
KELAB REMAJA ISMA (KRIM) N.SEMBILAN
www.krimns.wordpress.com
No. 32A, Jalan Bunga Raya 9 , Senawang Business Centre ,Taman Tasik Jaya , Seremban

Kem Hafazan Motivasi Anak Soleh 23 Nov Selangor

KEM HAFAZAN DAN MOTIVASI ANAK SOLEH
Tarikh : 23 – 29 November 2008 (Ahad-Sabtu)
Tempat : Maahad Integrasi Tahfiz Sains , Istana Bandar , Jugra , Banting , Selangor
Yuran : RM 350

Peserta akan dibekalkan senaskhah Al Quran , jus kurma , ubat gigi dan sabun mandi halal
Kawalan Keselamatan 24 jam

Hubungi : Ustaz Hassan 013-2121031

Modul dan Aktiviti Menarik :
Hafazan Al Quran
Motivasi Diri
Klinik Tajwid
Fardu Ain
Sahsiah Diri
Latihan Berdikari
Memanah
Mendaki

20081111

Kem Motivasi Remaja 17 Nov Seremban

KEM MOTIVASI REMAJA 2008
Tarikh : 17 - 19 November 2008 ( Isnin – Rabu )
Tempat : Taman Rimba Rekreasi Seremban
Peserta : 11 - 16 tahun (Lelaki / Perempuan)
Yuran : RM30 sahaja

Tempat Terhad
Peserta dikehendaki membawa peralatan asas seperti kasut , seluar sukan , selimut dan lain-lain peralatan persendirian yang sesuai dan diperlukan.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran hubungi Sdr Suhaire 019-2998345

Anjuran : Masjid Al-Muhsinin , Kuala Lumpur dengan kerjasama Teras Pengupayaan Melayu N.Sembilan

****************
Laman web TERAS di http://temanteras.wordpress.com

Laman web Centre For International Muslim Minority Affairs (CIMMA) http://muslimminority-cimma.blogspot.com (Pusat Hal Ehwal Minoriti Umat Islam Antarabangsa)

Kursus Profesional untuk Guru SARA dan KAFA

KURSUS PROFESIONAL GURU SRA / KAFA SEKOLAH NOV-DIS 2008

Pakej Kursus (Nov-Dis 2008)
Kursus 1 Hari : RM1800.00 ( untuk 40 – 60 orang peserta )
Kursus 2 Hari : RM 2500.00 ( untuk 40 – 60 orang peserta )

Masa kursus : 9 pg - 5 ptg
Harga pakej termasuk buku & bahan kursus
Harga pakej boleh dirunding dan diperolehi daripada Majlis-Majlis Agama Islam Negeri

Dikendalikan oleh :
E-Rehal Training and Services Sdn Bhd (779798 A)
11B, Jalan 15/1B, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 43600 Bangi, Selangor
Tel: 03-8920 1110 , HP: 017-646 1750
Fax: 03-8926 7439
Emel: sdeen2001@yahoo.com

FOKUS: "Kaedah dan Teknik Pengajaran Berkesan"

Pendidikan yang berkesan bergantung kepada banyak faktor, namun faktor guru merupakan faktor yang sangat signifikan dalam mempengaruhi kejayaan sesuatu sekolah dan kejayaan anak-anak. Kajian menunjukkan guru yang mempunyai sikap yang positif, menguasai 7 pengetahuan asas, KAEDAH dan TEKNIK pengajaran mengajar mampu mendidik generasi murid-murid dengan lebih berkesan terutamanya dalam suasana "petang, letih dan tidak selesa" di dalam kelas-kelas KAFA di seluruh negara.

Perubatan Homeopathy di Bazaar MAINS Seremban

PERUBATAN HOMEOPATHY HARMONI
Lot A – 38 , Bazaar MAINS , Seremban
Hubungi : 019 3973086 Dr (H) Ruslan Yusoff , 0182207295
Email : drruslany@yahoo.com.my

Masa Rawatan : 10.00 am - 6.00 pm


Berikhtiar merawat penyakit samada biasa (demam , batuk atau selesema) mahu pun kronik (tumor, skin disease, gastrik dll) melalui kaedah perubatan homeopathy serta menjual produk homeopathy seperti Bio Brain Tonic (pil kecergasan minda sesuai untuk pelajar), Pil sihat resdung, pil serbaguna homeo dan lain-lain produk.

Maklumat terkini Bazaar MAINS , Seremban di http://bazaarmains.blogspot.com




 

20081110

Tip elak beg dicuri ketika wanita bersolat

Tip yang diterima melalui e-mel bagi mengelakkan kecurian beg tangan untuk wanita yang solat di masjid , surau atau bilik sembahyang awam :

Letakkan tali beg tangan antara dua kaki (sebelah kaki berada dalam gelung tali beg tangan) dan hadapkan beg tangan di bahagian depan (supaya semasa sujud beg tangan berada di bawah perut).

Latihan Aktivis Dakwah 17 Nov N.Sembilan

Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu-Isu Sosial (LANDAS) – Teori Dan Praktikal
Tarikh : 17 – 19 November 2008 ( Isnin – Selasa )
Tempat : Port Dickson , Negeri Sembilan

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Ustaz Khairul Anwar Mustafa di talian 013-6714932

Laman Web Blog http://urusetialandas.blogspot.com
Email: urusetialandas@yahoo.com , kama54us@yahoo.com

Boleh dapatkan Emas Cotek di PKM DUN Paroi

Kepada mereka yang ingin mendapatkan bekalan teh herba tradisional Emas Cotek boleh dapatkannya di :

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi
No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan
Tel : 06-6794609 , 019-2171942

Harga ialah RM 6 untuk pek daun kering dan RM 12 untuk pek uncang.

8.3% dari harga jualan adalah untuk Tabung Pusat Khidmat DUN Paroi.

Alhamdulillah setakat ini setelah mengamalkan setiap hari sebulan yang lalu , sudah empat kali khutbah Jumaat saya tidak terlelap , kerana saya mengalami masalah teramat mengantuk semasa khutbah Jumaat dan apabila lama bekerja di pejabat.

Rakan-rakan saya yang mengamalkannya juga memberi reaksi yang positif , mereka berasa segar semasa bekerja , memandu dan apabila kerja lebih masa.

Juga baik untuk mereka yang mempunyai darah tinggi , menurut sepupu saya yang ada darah tinggi.

Maklumat lanjut khasiat Emas Cotek di http://emascotekn9.blogspot.com

20081109

Keadaan umat Islam Mindanao makin genting dan kritikal

Berikut SMS yang baru saya terima pada 9 Nov 2008 daripada Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan :
“ Assalamualaikum, saya Hj Husin Yayasan Amal Malaysia, baru pulang buat tinjauan mangsa perang di Mindanao. Keadaan amat teruk. Lebih 600,000 menjadi pelarian , rumah dibakar , tanah dirampas. Bantuan NGO asing minima. Yayasan Amal akan buat Program Korban dan Bantuan Perubatan semasa Hari Raya Haji ini. Lembu sebahagian RM 290 , kambing RM 320. Pakat bantu umat Islam Moro yang dianiaya”.

Maklumat lanjut layari laman web NGO-NGO berikut :
Yayasan Amal Malaysia di http://www.amalmalaysia.net
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di http://yam-ns.blogspot.com
NGO ACT di http://qurbanact.blogspot.com
JIM http://www.jim.org.my

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan juga melancarkan program bantuan kemanusiaan di Mindanao. Maklumat lanjut hubungi Sdr Sufian Ibrahim Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di 013-3589328 , e-mel xupmxutm@yahoo.com

Kalau kita tak mampu bantu setidak-tidaknya doakan agar umat Islam di Mindanao dikuatkan iman mereka serta mendapat pertolongan Allah.

Juga jika kita tidak mampu sila sebarkan maklumat ini seluas-luasnya.

20081107

Tak percaya hukum Islam , tak sah solat

Hari ini Jumaat 7 November 2008 seperti biasa saya solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Senawang. Tapi hari ini terlewat sikit , tak sempat balik rumah , mandi sunat dan pakai baju Melayu. Ada perkara penting dengan Boss di tempat kerja , pukul 1 tengahari baru habis, terus ke masjid.

Sampai saja masjid , bilal sedang azan. Seperti biasa saya mengambil tempat di sayap kiri masjid , anjung luar. Senang nak keluar , sebab nak berkejar masuk kerja pukul 2:30 ptg.

Khatib hari ini ialah Imam Masjid Bandar Baru Senawang , Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad , bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan. Seorang yang lemah lembut , kalau beri kuliah cakap perlahan , kalau buat jenaka pun perlahan tidak berseloroh , rajin masak kenduri kendara dan sodap , kalau nak sembelih lembu dialah juga orangnya , kalau nak nikah kahwin , dialah juga orangnya yang dicari.

Topik khutbah hari ini ialah sekitar undang-undang Islam. Apa yang tersentuh mendengar khutbah beliau apabila Ustaz Arshad mengatakan bahawa tidak sah ibadah , tidak sah solat , tidak sah puasa , tidak sah zakat jika tidak percaya dengan undang-undang Islam.

Pada sebelah malamnya pula , sekali lagi Us Arshad beri kuliah Feqah bab Mahkamah Syariah. Saya minta ustaz ulas mengenai isi khutbah siang tadi. Dia kata memang sia-sia ibadah jika tidak percaya hukum Islam. Yang penting kita umat Islam mesti yakin dan percaya hukum Islam kerana ianya adalah perintah ALLAH. Soal samada bagaimana hendak melaksanakannya , bila hendak melaksanakanyya itu perkara lain.

Sebagai yang arif tentang hukum Islam menjadi tanggungjawabnya untuk menerangkan kepada semua umat Islam. Samada umat Islam hendak mendengar dan menuruti itu perkara lain katanya, yang penting katanya dia sudah menunaikan tanggungjawabnya untuk memberi penerangan.

Kata beliau lagi orang sekarang suka melakukan Amar Maaruf tapi takut untuk melakukan Nahi Munkar.

Ustaz Arshad hanyalah seorang imam , seorang bekas kadi , tanggungjawab beliau untuk menerangkannya sudah tertunai. Beliau bukanlah ahli politik , malah beliau tidak pernah memberi ceramah atas mana-mana pentas politik. Beliau lebih gemar bercampur bersama masyarakat.

Saya hanya menyampaikan apa yang saya dengar masa khutbah Jumaat tadi dan kuliah maghrib tadi , kerana kesian tengok umat Islam kita jika mereka melakukan ibadah haji , solat , puasa yang sia-sia termasuklah diri kita sendiri yang belum pasti adakah amal ibadah kita selama ini diterima, hanya kita berdoa dan sentiasa mengharapkan ALLAH terima amal ibadah kita. Kalau sesiapa ada masalah boleh jumpa Ustaz Arshad di Masjid Bandar Baru Senawang bila-bila masa.

20081106

Awas , apabila wanita sembahyang di masjid

Saya fikir kejadian ini bukan sahaja berlaku di Masjid Negeri , Seremban ianya telah dan boleh berlaku di mana-mana masjid di Malaysia ini. Oleh itu kepada wanita yang bersembahyang di masjid haruslah berhati-hati menjaga keselamatan.

Sekitar bulan Oktober 2008 ketika seorang muslimat sedang bersolat zuhur di Masjid Negeri , Seremban. Dia telah meletakkan beg tangannya disebelahnya, apabila selesai solat didapati beg tangannya telah hilang.

Belum sempat hendak buat repot polis dan aduan pada bank , kad kreditnya telah digunakan di sebuah stesen minyak berhampiran.

Modus operandinya ialah kemungkinan pasangan lelaki dan wanita yang berpakaian kemas dan sopan , menggunakan kereta MPV.

Kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja , dan di mana jua. Berhati-hatilah walau dimana-mana hatta dalam masjid sekali pun. Berhati-hatilah dengan sesiapa yang tidak dikenali walaupun perwatakannya baik. Ianya bukan sahaja boleh berlaku pada wanita bahkan lelaki pun boleh menjadi mangsa.

Jika ada kejadian serupa atau modus operandi yang serupa harap laporkan kepada polis. Jika ada saspek yang disyakki juga laporkan kepada polis.

20081105

Arak jadikan dia syaitan. Siapa kata ?

Arak jadikan dia ‘syaitan’. Kenyataan ini bukan dikeluarkan oleh mufti , ulamak atau ustaz. Tapi dikeluarkan oleh bekas kekasih penerbit muzik terkenal di Amerika Syarikat Phil Spector yang sedang menghadapi perbicaraan kes bunuh.

Ex-Spector girlfriend: Alcohol made him a 'demon'
LOS ANGELES – A woman who dated Phil Spector for four years testified Tuesday in his murder retrial that liquor transformed the legendary music producer into "a demon."
Sumber : http://news.yahoo.com/s/ap/20081104/ap_en_mu/phil_spector

Di Amerika Syarikat ada sebuah pertubuhan sukarela bukan kerajaan yang diberi nama MADD (Mothers Against Drunk Driving : Ibu-Ibu Yang Menentang Pemandu Mabuk ) Laman web http://www.madd.org

Malang sekali kita di Malaysia , Islam entah ke mana yang bukan Islam pun entah ke mana. Penguatkuasaan dan penjualan arak terhadap umat Islam longgar , penguatkuasaan dan penjualan arak terhadap bukan Islam yang bawah umur pun longgar , apatah lagi usaha bersepadu membanteras pemandu mabuk yang semakin menjadi-jadi.

Tak percaya cuba tengok orang Islam yang beli arak di kedai serbaguna 24 jam , ada pemilik kedai minta MyKad untuk membuktikan dia bukan Islam, atau cuba tengok anak-anak bukan Islam bawah umur 18 tahun beli arak di kedai runcit , ada pemilik kedai minta MyKad untuk membuktikan dia berumur lebih 18 tahun ?

Ibu-ibu yang Islam dan ibu-ibu yang bukan Islam , bangkitlah. Jangan sampai anak kita yang mabuk atau anak kita dilanggar (dibunuh) pemandu mabuk.

Firman Allah Ta'ala :
Tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." ( Surah al-Ma'idah : 90)

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam daripada Anas bin Malik Radhialllahu 'Anhu dia berkata :
Maksudnya : "Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan : Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak."
(Hadits riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)

Sumber dari Laman Web Mufti Kerajaan Brunei Darus Salam http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/jun98/h_fatwa6.htm

20081104

Kenapa Kita Harus Membantu Umat Islam Mindanao?

Umat Islam Mindanao sangat memerlukan bantuan kita khususnya dari Malaysia sebagai jiran yang berdekatan.Bantuan yang diperlukan bukan setakat bantuan kebendaan semata-mata (makanan, ubat-ubatan dan sebagainya), tetapi dari segi suntikan semangat bagi memulihkan trauma yang menimpa mereka selama ini.

Mengikut statistic terkini dari agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), lebih dari 500,000 orang umat Islam Mindanao menjadi pelarian atau “internally displaced people” disebabkan oleh pertempuran di antara tentera Filipina dan kumpulan pemisah Moro Islamic Liberation Front (MILF). Mereka ini tinggal di khemah-khemah, dewan-dewan sekolah dan di mana sahaja tempat yang boleh dijadikan berteduh dan perlindungan dari panas dan hujan.

Artikel lanjut “Kenapa Kita Harus Membantu Umat Islam Mindanao?” di Laman Web Blog Centre For International Muslim Minority Affairs (CIMMA) http://muslimminority-cimma.blogspot.com

Kuiz Menarik Pelajar KAFA N.Sembilan

Kuiz menarik untuk Pelajar KAFA sempena cuti sekolah hujung tahun 2008 dan pembukaan sekolah tahun 2009.

HADIAH MENARIK ! PENYERTAAN PERCUMA !

Maklumat lanjut dan syarat penyertaan di laman web Blog di http://kafa-alamanda.blogspot.com/2008/11/kuiz-menarik-pelajar-kafa-nsembilan.html

HADIAH SETIAP KATEGORI
1. Tempat Pertama – Set Alat Tulis bernilai RM 50
2. Tempat Kedua – Set Alat Tulis bernilai RM 30
3. Tempat Ketiga – Set Alat Tulis bernilai RM 20

20081103

Tip Kilatkan Lampu Kereta Yang Pudar

Kereta sekarang lampu hadapan (head lamp) dan lampu belakang (tail lamp) biasanya diperbuat daripada plastik.

Selepas beberapa tahun permukaan luar lampu ini akan menjadi kasar dan pudar disebabkan oleh habuk , sinar matahari dan sebagainya.

Ini akan menyebabkan cahaya lampu pada malam hari tidak terang.

Untuk mengembalikan permukaan ini kepada asal iaitu licin dan berkilat , kita boleh menggunakan “polishing compound” atau krim pengilat yang banyak terdapat di pasaran seperti Autosol atau polish kereta yang biasa ( Polish bukan Wax ) yang dalam bentuk krim seperti ubat gigi.

Cubalah kilatkan lampu kereta yang pudar menggunakan “polishing compound” tadi. Gunakan kain untuk gosok “polishing compound” pada permukaan lampu, tekan sedikit apabila menggosok. Pastikan ianya rata dan sekata, sebaiknya gosok dalam bentuk bulatan.

Selepas kering (dalam 1-2 minit) , gosok permukaan lampu dengan kain kering yang bersih. Gosok atau lap sehingga tiada lagi “polishing compound”.

Pastikan “polishing compound” tidak terkena pada cat kereta kerana ia boleh menghakis cat kereta jika banyak terkena.

Polish kereta kurang berkesan jika dibandingkan dengan “polishing compound” seperti Autosol atau Brasso dan sebagainya.

Ubat gigi biasa pun boleh digunakan untuk mengilatkan lampu kereta jika lampu kereta tidak berapa teruk pudarnya.

Kesan calar pada kereta jika tidak boleh dihilangkan mengguna wax , boleh cuba polish kereta , ubat gigi atau “polishing compound”. Tapi harus berhati-hati semasa menggosok tempat yang calar.

Sekarang ekonomi dunia dan negara teruk , jadi kenalah fikir cara untuk jimat kos dengan DIY iaitu Do It Yourself. Perkara kecil buat sendiri , yang besar baru hantar kedai.

Kuliah Ust Dato Arshad 7 Nov Alamanda

Assalamualaikum wrt wbt ,

Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke
Kuliah Feqah
Oleh Ustaz Dato Hj Arshad , Imam Masjid Bandar Baru Senawang
Jumaat 7 Nov 08
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda , Senawang

20081101

Ceramah Ibadah Korban Mindanao 15 Nov Senawang

Assalamualaikum wrt wbt ,

Muslimin dan muslimat semua dijemput ke program :

CERAMAH BANTUAN KEMANUSIAAN DAN PROGRAM IBADAH KORBAN DI MINDANAO , FILIPINA http://www.qurbanact.blogspot.com
Oleh : Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini , Presiden ACT http://www.actmalaysia.org
SABTU 15 November 2008
Jam 8:30 malam ( Selepas Solat Isya )
Di Surau Taman Alamanda , Senawang , N.Sembilan

Pendaftaran Pelajar KAFA Taman Alamanda 2009

HARI PENDAFTARAN KAFA TAMAN ALAMANDA , SENAWANG
KEMASUKAN TAHUN 2009

30 & 31 Dis 2008 ( Selasa & Rabu ) , 5 – 9 Jan 2009 ( Isnin – Jumaat )
8:30 pg – 10 pg ( Pendaftaran Pelajar Tahun 2 & 3 )
2:30 – 5 ptg ( Pendaftaran Pelajar Tahun 1 hingga 5 )

Satu kelas terhad 30 pelajar sahaja

Maklumat lanjut hubungi :
Ustazah Siti Nawani 012-9433839 , Ustazah Zaidah 013-6440554
KAFA Alamanda
No 3A/4A & 4B , Jalan 1 , Taman Alamanda , 70450 Senawang , NS
Laman Web http://kafa-alamanda.blogspot.com

KEISTIMEWAAN
* Terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 hingga Tahun 5
* Kelas selesa 30 pelajar satu kelas
* Buku Teks dan Aktiviti Percuma
* Pengajian Al Quran , Fardhu Ain , Tauhid , Feqah , Tajwid , Akhlak , Sirah
* Kelas Sesi Pagi 8:30 pg – 11 pg ( Isnin , Selasa dan Khamis )
* Kelas Sesi Petang 2:30 ptg – 5 ptg ( Isnin , Selasa dan Khamis )
* Hari Jumaat Kelas Al-Quran ( Sesi Pagi 8:30 pg – 10 pg , Sesi Petang 3 ptg – 4:30 ptg )
* Pakaian Seragam Sekolah atau SARA , bersongkok untuk pelajar lelaki
* Baju Kurung Sekolah atau SARA , bertudung untuk pelajar perempuan

20081031

Nak ubati sikap sombong , ingat mati selalu

Setiap orang tidak boleh tidak ada sikap riak , takabbur , bongkak , sombong. Tak kiralah samada ahli politik , menteri , imam , bilal , ulamak , jurutera bahkan buruh kasar sekali pun ada sikap ini. Sikap inilah yang akan menjauhkan diri kita dari syurga dan mendekatkan kita ke neraka Allah.

Untuk mengubati penyakit ini memang payah. Ianya akan sentiasa datang setelah diubati. Oleh itu haruslah sentiasa diubati. Perlu banyak mengingati Allah, banyak beristighfar, menurut segala perintahNya, hormat ibu bapa dan sebagainya.

Antara ubat yang mujarab untuk penyakit ini ialah dengan banyak mengingati mati.

Banyak ziarah jenazah , ziarah kubur.

Banyak lihat mereka yang nazak kematian. Banyakkan mandi jenazah teman-teman kita , saudara kita. Usung jenazah . Peluk jenazah. Mandikan jenazah. Bawa van jenazah , masukkan jenazah ke liang lahad dan sebagainya.

Itu sebabnya kita lihat bilal yang menguruskan jenazah , jiwa mereka ini tenang. Mereka tak banyak mengata.

Syawal ini telah ramai mereka yang saya kenali kembali ke pangkuan Ilahi. Ada yang sempat saya ziarah , ada yang tidak sempat.

Allahyarham Ramlee meninggal dunia seminggu selepas raya. Saya selalu jumpa dia di surau. Dia pencen BPR. Kalau dia ada di taman ini , dia selalu akan datang isya. Seorang yang low profile dan mudah didampingi.

Minggu lepas ayah saudara saya juga meninggal dunia Baharuddin Idris di Kg Gadong. Juga seorang yang jarang saya nampak marah. Jenazahnya begitu mudah diuruskan.

Hari yang sama senior setahun saya Dr Adib Othman (Klinik Kassim) meninggal dunia, tak sempat saya nak ziarah. Kalau pergi klinik dia sentiasa senyum, bergurau dengan anak-anak.

Tadi pula ziarah Hj Osman dari Chengkau , seorang veteran pejuang Islam. Seorang yang saya tak pernah nampak marah, selalu beri nasihat.

Ingat mati bukannya sampai kita hilang semangat tak boleh buat kerja. Ingat mati supaya kita kerja sungguh-sungguh dalam apa jua yang kita lakukan , dalam pada masa yang sama kita sentiasa ingat pada Allah.

Beribadahlah seolah kita akan mati esok hari , bekerjalah seolah kita akan hidup selama-lamanya.

Kalau semua kita banyak mengingati mati dalam erti kata sebenarnya mungkin banyak penyakit lain akan sembuh, dengki , khianat , fitnah , adu domba , rasuah , menipu dan sebagainya.

Kesian , Wakil Rakyat Pun Boleh Pokai

Siapa yang hendak jadi wakil rakyat dengan elaun RM 3,600 sebulan ? Lebih baik kerja yang sedia ada ni , tak payah pening-pening kepala setiap waktu orang talipon dengan pelbagai masalah , anak tak dapat ke sekolah , suami lari , elektrik kena potong , kematian , kemalangan , bencana alam.

Kawan saya jadi wakil rakyat, dulu saya banyak uban daripada dia , sekarang tak sampai setahun jadi wakil rakyat dia pula banyak uban daripada saya.

Masalahnya ialah rakyat Malaysia secara umumnya salah faham tanggungjawab seorang wakil rakyat. Mereka menyangka wakil rakyat ni kaya raya , banyak projek boleh beri dan sebagainya. Hakikatnya wakil rakyat adalah penghubung antara rakyat dan kerajaan.

Kalau rakyat Malaysia hendak maju , kalau bangsa Melayu hendak maju , fahami apa peranan wakil rakyat , apa peranan rakyat. Kalau tak tahu , boleh lihat pada pautan berikut :
http://waghih.blogspot.com/2008/06/aku-dan-yb-salah-faham-fungsi-rakyat.html
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/01/11-tanggungjawab-asas-seorang-wakil.html

Mungkin selepas ini Kementerian Pelajaran akan mencadangkan satu lagi subjek iaitu Tanggungjawab Rakyat dan Wakil Rakyat.


****************************
Kelantan setuju kaji elaun wakil rakyat

Utusan Malaysia 30 Okt 2008
KOTA BHARU 29 Okt. - Kerajaan negeri bersetuju untuk mengkaji semula elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi meringankan bebanan mereka dalam melaksanakan tugas untuk membantu rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, sekiranya dipersetujui, elaun wakil rakyat akan meningkat 30 peratus menjadi RM4,840 sebulan berbanding sekarang RM3,600 sebulan.

Semalam, ketika sesi perbahasan bajet, wakil pembangkang, Nozula meminta kerajaan menyemak semula kadar elaun RM3,600 sebulan bagi wakil-wakil rakyat kerana mereka terbeban dengan tanggungjawab membantu banyak aspek keperluan rakyat.

Beliau menyifatkan kadar itu kecil pada masa sekarang dan menegaskan wakil-wakil rakyat tidak harus takut dikritik dalam soal itu kerana rakyat tentunya memahami.

Menurutnya, wakil-wakil rakyat Pas mungkin keberatan untuk menyuarakannya tetapi mereka sedar tidak mampu untuk menghulurkan bantuan dengan elaun tersebut.

Husam berkata, dengan kenaikan harga barang dan bahan bakar, kadar elaun tersebut tidak mampu untuk menampung kos perbelanjaan wakil rakyat kerana ia bukan sahaja digunakan untuk keperluan peribadi tetapi dikongsi bersama rakyat.

"Sebagai contoh, jika dahulu wakil rakyat hanya perlu mengeluarkan wang sebanyak RM10 ketika pergi kenduri kahwin tetapi kini jumlahnya mungkin bertambah dua kali ganda, RM30.

"Saya harap selepas ini semua wakil rakyat berdoa agar ahli Exco dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan cadangan ini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1030&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm&arc=hive

Karnival Fiesta Kota Damansara 21 ke 27 Dis 08


Karnival Fiesta Kota Damansara 08
Tarikh : 21- 27 Disember 08 ( Ahad – Sabtu )


AKTIVITI MENARIK
* Perkhidmatan Rawatan Kesihatan dan Derma Darah
* Pameran Kesihatan , Polis Diraja Malaysia , Bomba dan Penyelamat
* Malam BUDAYA SEJAGAT
* Tajaan Jamuan Makan Dari KFC dan lain-lain setiap hari
* Kaunter Agensi Awam dan Swasta
* 50 Gerai Jualan dan Pameran
* Forum Hal Ehwal Semasa
* Pertandingan Melukis Kanak-Kanak
* Program Uji Minda
* Talk Show
* Pertandingan Busana Kanak-Kanak
* Peluang Temuduga dan Kerjaya
* Peluang Perniagaan dan Perundingan
* Aktiviti Xplorasi Minda
* Pelbagai Hadiah dan Baranan PERCUMA
* Lelongan JUMBO barangan terpakai pada Sabtu 27 Dis 08 12 tgh – 2 ptg ( Sebarang bentuk barangan terpakai amat dialu-alukan )

Sewa Lot/Booth : RM 600 ( 6 hari + 1 Hari Percuma )

PENAMPILAN KHAS
Penceramah Motivasi

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Anjuran :
Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti Kota Damansara ( SA 0102607-V )
dan
Pejabat ADUN Kota Damansara



Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Sekteriat Fiesta Kota Damansara 08
Bangunan Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti Kota Damansara
No 26-1 Jalan Pekaka 8/4 , Sek 8
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 0132517421 / 0192667215 / 0132527421 / 0361570416
Fax : 0361570416
E-mel : cdtc_kotadamansara@yahoo.com

Konvensyen Pelajar Islam Malaysia dan Indonesia 2008 di Amerika

Buat julung kalinya Persatuan Pelajar Islam Malaysia (MISG) akan mengadakan Konvensyen (Muktamar) secara bersama dengan Persatuan Masyarakat Islam Indonesia (IMSA) di Houston , Texas , Amerika Syarikat pada 26 Disember 2008.

Pihak penganjur Muktamar amat mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk menjayakan konvensyen ini.

Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi terus pihak penganjur melalui maklumat dibawah ini :

*****************************************************
Donations for IMSA-MISG Muktamar (Annual Convention) 2008

Malaysian Islamic Study Group (MISG) had established a solid rapport between many Muslim leaders and organizations in North America, which include ISNA, MSA, CAIR, MAS and IIIT.

On December 26, 2008 to December 30, 2008, MISG together with Indonesian Muslim Society in America (IMSA) will be organizing an annual convention called Muktamar in Houston, Texas.

Essentially, speakers from Malaysia, Indonesia and North America are invited to give talks and workshops to participants. We are anticipating Indonesian and Malaysian Muslims from all over US and Canada to attend this convention.

Thus we are hoping to raise some fund from your behalf to support our program so that this event will be affordable for the participants especially the students.

In return for your generosity, we are delighted to distribute any pamphlets; brochures; business cards; flyers, etc. from your companies/organizations/institutions to our participants. Also we will be printing the names of companies/organizations/institutions who are the top five sponsors for this convention on participants name tag.

May Allah S.W.T repay your best deeds with best rewards, Insya Allah. Jazakallahu khairan.

Your brother in Islam,
Ahmad Syafiq, Ameer (MISG) Muktamar 2008
Malaysian Islamic Study Group of United States and Canada
Email: ahmadsyafiq87@gmail.com
http://www.misgonline.com/
Phone: 616-634-2998 Phone: 612-801-6800 13

Convention Coordinators
Torkis Lubis Ahmad Syafiq IMSA MISG
The Indonesian Muslim Society of North America.
Email: ismail_lubis@yahoo.com
http://www.imsa.us

20081030

Kursus Pra Perkahwinan Islam di Seremban

Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam ( MBKPPI )

Anjuran :
DARUL DEDIKASI MANAGEMENT ( NS0032379-H )
30 Jalan Bunga Raya 7, Pusat Perniagaan Senawang
( Deret Restoran KFC Taman Tasik Jaya Senawang )
70400 Seremban , N.Sembilan
Tel / Faks : 06 - 679 1925
e-mail : admin@daruldedikasi.com
Laman web : www.daruldedikasi.com

Kursus setiap Sabtu dan Ahad
3 kali sebulan ( kecuali minggu ke 3 & ke 5 )
Sijil sah laku seluruh negara dan tiada tarikh luput ( seumur hidup )

Sarapan pagi, makan tengahari, nota dan alatulis disediakan

Waktu urusniaga dan tempahan setiap hari : 9.00 pagi - 9.00 malam
Pejabat tutup : Sabtu & Ahad minggu ke 3 serta cuti umum
Tutup Sementara : Hari Jumaat ( 01.00 p.m - 02.30 p.m )

Hubungi :
012 - 353 9390, 012 - 670 5091, 012 - 365 8471
019 - 207 0095, 019 - 280 4629, 013 - 633 0982
Layari Laman Web BLOG Senarai Usahawan Islam Negeri Sembilan di http://usahawann9.blogspot.com

94 bayi luar nikah setiap hari

Itulah angkanya jika 257,411 bayi luar nikah dari 2000 hingga Julai 2008, bermakna 94 bayi luar nikah setiap hari. Setiap negeri purata 7 orang bayi luar nikah setiap hari. Setiap pihak mesti bertafakkur sebentar fikirkan perkara ini. Banyak tindakan boleh dilakukan baik di pihak kerajaan mahu pun individu. Semua harus bertindak.

Masjid-masjid mesti dipenuhkan dengan solat jemaah. Hiburan melampau di tempat awam, di media elektronik mesti dikawal. Aktiviti alternatif mesti disediakan. Perkahwinan harus dipermudahkan. Majlis perkahwinan yang eksklusif (grand) jangan dihebohkan. Rumah urut harus dikawal. Usaha dakwah mesti diperhebatkan. Akhir sekali semua kita mesti berdoa agar generasi kita diselamatkan dari bala dan musibah yang berterusan akibat maksiat yang semakin tidak terkawal.

*********************
257,411 bayi luar nikah
Kosmo 30 Oktober 2008
KUALA LUMPUR - Mengejutkan!

Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

"Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.

Tambah Syed Hamid, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

20081029

Pendaftaran Pelajar Sek Ren Islam AsSaidiyyah 09 Kini Dibuka

Adalah dimaklumkan Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah (SRIAS) , Taman Rashidah Utama , Jalan Senawang-Paroi , Seremban telah membuka pendaftaran pelajar untuk kemasukan tahun 2009 bermula 20 Oktober 2008 hingga 31 Disember 2008.

( Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah juga kini membuka pendaftaran untuk pelajar ke Tingkatan 1 hingga 5. Untuk maklumat lanjut sila ke http://www.saidiyyah.com )

Untuk maklumat lanjut berkenaan Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah hubungi Pejabat di 06-677197

YURAN
Butiran buku , jadual , pakaian dan bayaran yuran SRIAS boleh didapati di Laman Web Blog http://puspa-ns.blogspot.com

Tawaran Iklan Majlis Ihtifal SRIAS 2008

Adalah dimaklumkan Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah (SRIAS) , Taman Rashidah Utama , Jalan Senawang-Paroi , Seremban akan mengadakan Majlis Ihtifal 2008 ( Majlis Penyampaian Anugerah ) pada hari Khamis 13 November 2008 jam 8 malam di Dataran SRIAS.

Sehubungan dengan itu pihak penganjur menawarkan kepada mana-mana individu yang berminat untuk membuat pengiklanan dalam Buku Majlis Ihtifal.

Kos pengiklanan ialah RM 200 untuk satu muka , RM 100 untuk setengah muka dan RM 50 untuk suku muka.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 012-6582676 Muallimah Norashikin atau 017-2320699 Muallimah Siti Zaharah.

Pihak penganjur juga mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk menjayakan Majlis Ihtifal ini.

Senaman YOGA boleh pesong akidah umat Islam

Berita Harian 29 Okt 2008. Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya.

"Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan saja untuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencari keseimbangan selepas sehari di pejabat.

"Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya.

Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka.

Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari.

“Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.

“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20081029002900/Article/index_html

20081028

Nak tahu tempat senang parking di Seremban ?

Kalau pergi bandar Seremban masa hari bekerja , memang payah betul nak cari tempat letak kereta. Apatah lagi kalau ada urusan di bank dan sebagainya. Ada kalanya hilang juga sabar nak cari tempat letak kereta, pusing 4-5 kali belum tentu jumpa lagi.


Kini ada satu tempat letak kereta yang sedikit mudah untuk jumpa yang kosong. Tempatnya ialah di jalan hadapan Bazaar MAINS. Patutlah ramai orang tak jumpa Bazaar MAINS , walaupun Bazaar MAINS ni terletak di tengah-tengah pusat bandar Seremban , berhampiran dengan The Store Seremban.

Ini disebabkan jalan di Bazaar MAINS ialah jalan satu hala yang hanya boleh masuk dari Jalan Dato Bandar Tunggal. Kalau kita dari The Store atau nak ke The Store melalui jalan Tunku Munawir memang tak boleh masuk jalan Bazaar MAINS ni , iaitu Jalan Dato Abdul Rahman.

Jadi kalau nak cari jalan yang senang sikit nak cari tempat letak kereta di tengah kesesakan bandar Seremban , cubalah di jalan Bazaar MAINS. Ada masa singgahlah di Bazaar MAINS , tengok pelbagai produk di sana , terutamanya kain tudung, kain batik, barangan kraf, kedai jahit, kedai herba tradisional dan sebagainya.

Sudi-sudi ziarah Blog Bazaar MAINS di http://bazaarmains.blogspot.com/

Faktor Bazaar MAINS kurang pengunjung

Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang peniaga di Bazaar MAINS. Dia kata ada seorang pelanggan dari Senawang bukan main payah nak cari Bazaar MAINS , beberapa kali sesat tengah bandar Seremban nak cari Bazaar MAINS.

Tinjauan peribadi saya ketika turun padang ke Bazaar MAINS mendapati beberapa faktor yang menyumbang kepada kurangnya pengunjung ke Bazaar MAINS atau punca ramai orang Seremban sendiri tidak tahu kewujudan Bazaar MAINS ialah :

1. Jalan hadapan Bazaar MAINS ialah jalan sehala iaitu Jalan Dato Abdul Rahman. Sedangkan banyak jalan lain di Seremban ialah jalan dua hala. Ada baiknya pihak Majlis Perbandaran Seremban mempertimbangkan untuk menjadikan jalan ini dua hala , kerana tindakan menjadikan jalan ini sehala secara tidak langsung mematikan Bazaar MAINS. Jika alasan menjadikan jalan ini sehala untuk mengurangkan kesesakan jalan adalah tidak berapa logik kerana sekarang ini pun bandar Seremban begitu sesak , dan yang menyesakkan jalan Seremban ialah pemilik kenderaan yang meletak kenderaan sesuka hati di tengah jalan.

2. Faktor kedua ialah tiada langsung papan tanda dari mana-mana jalan utama yang menunjukkan Bazaar MAINS. Pihak Majlis Perbandaran Seremban dan JKR boleh memikirkan untuk meletak beberapa papan tanda untuk ke Bazaar MAINS. Bazaar MAINS yang terletak di tengah bandar Seremban ini ada potensi untuk dijadikan tempat tarikan pelancong seperti Pasar Seni , Pasar Budaya , Kedai Payang dan sebagainya.

3. Faktor ketiga ialah setiap malam jalan hadapan Bazaar MAINS ini iaitu Jalan Dato Abdul Rahman ini dijadikan tapak pasar malam , dimana sekitar jam 5 petang jalan ini akan ditutup. Ini juga secara tidak langsung bukan sahaja mematikan Bazaar MAINS malah boleh mengkuburkan terus Bazaar MAINS. Mungkin pihak Majlis Perbandaran Seremban boleh mempertimbangkan beberapa cadangan seperti menutup hanya separuh jalan sahaja , atau mengalihkan kedudukan pasar malam ini ke jalan lain , atau menghadkan setiap jalan di Seremban ini hanya satu malam sahaja di adakan pasar malam contoh hari Ahad di Jalan Dato Abdul Rahman , hari Isnin di Jalan Tunku Hassan , hari Selasa di jalan Dato Lee Fong Yee dan seterusnya. Barulah adil untuk semua peniaga di bandar Seremban.

4. Faktor keempat ialah memandangkan Bazaar MAINS ini kedudukannya ke dalam sikit dari jalan kerana ruang pejalan kaki yang luas , maka ianya tidak menggamit pengunjung. Kedai JUDI NOMBOR EKOR sebelah Bazaar MAINS ini lebih menonjol dan lebih kreatif kerana meletakkan papan tanda KEDAI JUDI yang lebih menonjol. Justeru itu MAINS Holding dicadangkan agar meletak papan tanda gergasi yang menonjol sikit yang boleh nampak dari Jalan Tunku Munawir dan Jalan Dato Bandar Tunggal untuk menyaingi papan tanda KEDAI JUDI sebelahnya (macam saya tulis huruf besar KEDAI JUDI ianya lebih menonjol dari bazaar mains )

5. Faktor kelima ialah kurangnya pejabat agensi kerajaan di Bazaar MAINS ini. Mungkin MAINS Holding boleh mempertimbangkan untuk meletakkan sebanyak mungkin pejabat agensi kerajaan di tingkat atas Bazaar MAINS seperti Kaunter Pusat Zakat , Kaunter Baitul Mal , Kaunter JKM , Klinik Baitul Mal , Pusat Kaunseling Baitul Mal dan sebagainya. Apabila ramai orang berurusan dengan agensi kerajaan di Bazaar MAINS secara tidak langsung mereka mengunjungi Bazaar MAINS.

6. Faktor keenam ialah tiadanya sistem siaraya yang berfungsi dengan sepenuhnya di Bazaar MAINS ini , tidak seperti di kebanyakkan pasaraya. Sistem siaraya dengan lagu nasyid, ceramah atau siaran Radio IKIM akan menggamatkan serta menyerikan suasana di Bazaar MAINS.

Saya percaya persatuan peniaga di Bazaar MAINS mempunyai banyak lagi cadangan yang mereka akan kemukakan kepada pihak berkaitan. Semoga Allah memudahkan usaha mereka dan memberi pahala serta ganjaran kepada pihak yang bertanggungjawab yang melaksanakannya.

Bukan Bazaar MAINS sahaja yang menghadapi masalah kurang sambutan. Seremban Plaza milik MARA dan Plaza Ampangan milik UDA juga mempunyai masalah lebih kurang serupa.

Kepada pengarah-pengarah, pak menteri, wakil rakyat , turunlah padang tengok apa masalah peniaga Melayu kita. Sama-sama kita bantu. Membina sebuah kompleks perniagaan adalah mudah dan menguntungkan tetapi untuk mempastikan kompleks perniagaan tersebut memberi menafaaat kepada para peniaga dan menguntungkan adalah satu tugas yang amat sukar tetapi tidak mustahil.

Sudi-sudi ziarah Blog Bazaar MAINS di http://bazaarmains.blogspot.com/

20081027

Taman kanak-kanak tempat pesta arak di Senawang

Sekitar taman perumahan di Seremban , di Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia ini pada amnya terdapat pondok atau wakaf samada yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan , sumbangan korporat individu dan sebagainya. Taman Alamanda , Senawang juga terdapat taman permainan kanak-kanak yang ada buaian , gelongsor , jongkang jongkit dan juga wakaf yang dibina oleh Majlis Perbandaran Seremban.

Akhir-akhir ini di wakaf tersebut telah dijadikan tempat minum arak oleh remaja bermotosikal yang dipercayai dari luar taman. Setiap pagi banyak botol arak bertaburan di sekitar wakaf tersebut

Saya telah menghubungi pihak polis di Balai Polis Bandar Baru Senawang mengenai perkara ini. Saya juga akan menghubungi pihak Majlis Perbandaran Seremban untuk merobohkan wakaf ini sebagai langkah terakhir sekiranya aktiviti mini pesta arak ini tidak dapat dibendung. Adalah lebih baik wakaf ini dirobohkan sekiranya ianya lebih banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.

Saya juga percaya perkara ini bukan sahaja berlaku di Taman Alamanda , Senawang bahkan banyak tempat awam , tempat riadah , tempat bersantai untuk keluarga di seluruh Malaysia.

Setiap daripada kita harus memainkan peranan untuk membendung gejala ini dari terus merosakkan masyarakat kita. Jangan lepas tangan atau buat tak tahu. Jangan serahkan semata-mata pada pihak polis , Jabatan Agama Islam , AJK Masjid atau Surau. Sama-sama kita bantu semua agensi yang berkaitan. Kalau kita buat hal kita sendiri , tak mahu jadi penyibuk , tunggulah masanya masyarakat kita akan hancur.

Kita ada kemudahan SMS , telefon , internet. Gunakan semua kemudahan ini untuk membantu diri kita dan masyarakat. Ingat di akhirat nanti kita akan ditanya apa peranan kita apabila kita melihat maksiat. Yakinlah kita sendiri akan ditanya , walaupun pemerintah akan ditanya , Jabatan Agama Islam akan ditanya , polis akan ditanya , kastam yang meluluskan lesen penjualan arak akan ditanya , AJK masjid dan surau pun akan ditanya apa peranan kita untuk membendung masalah pengambilan arak oleh umat Islam.

Kita juga harus membantah sebarang pembaharuan lesen menjual arak di tempat kita , sekiranya tempat kita itu majoritinya adalah orang Islam. Kedai 24 jam mestilah tidak menjual arak , kerana ini hanya memudahkan mereka yang ingin membeli arak terutamanya para remaja yang berpeleseran tanpa tujuan.

Disamping itu sembahyang jemaah 5 waktu di masjid dan surau di tempat kediaman kita haruslah disemarakkan dan dihidupkan. Peminum-peminum arak , penagih-penagih dadah , penagih-penagih kedai judi akan merasa segan apabila di taman perumahan mereka masjid dan surau dipenuhi dengan orang bersembahyang jemaah. Jangan harapkan imam , bilal , siak dan AJK untuk memenuhkan surau dan masjid. Kita juga mesti memenuhkan masjid , untuk kebaikan diri kita sendiri dan masyarakat.

Yakinlah kita akan ditanya diakhirat nanti adakah kita terlalu sibuk hingga jarang dapat berjemaah di masjid , bukan hanya nazir akan ditanya, imam akan ditanya, bilal akan ditanya, kita juga akan ditanya.

Akhir sekali simpanlah nombor telefon yang penting untuk kita melaporkan sebarang kegiatan yang merosakkan masyarakat di tempat kita seperti contoh di bawah :

LAPORKAN MAKSIAT DI TEMPAT KITA
Hubungi Hotline 24 Jam Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembiln
06-7672756 , 06-7672757

LAPORKAN JENAYAH DI TEMPAT KITA
Hubungi Polis Di Raja Malaysia
Balai Polis Bandar Baru Senawang 06-6792222
IPK NS 06-7622222
Peronda Polis 06-6033477 (selepas jam 12 tgh malam)

Roti Putar Segera yang memudahkan kita




Masa Ramadhan yang lalu saya terjumpa produk sejuk beku Roti Putar Zaimah di Pasaraya Giant Senawang. Produk bumiputera ini diusahakan di Kuala Kubu Baru , Selangor dibawah pengawasan Jabatan Pertanian.

Roti putar ni macam roti bom, harganya tak silap saya RM 5.90 ada 8 keping roti. Cara nak panasnya cukup mudah, biarkan ianya dinyahbeku pada suhu bilik, lepas tu guna ketuhar gelombang mikro atau kuali, panas sekejap saja kerana ianya telah siap masak.

Pada saya produk seperti ini bukan sahaja sebagai satu punca rezeki pada para peniaga tetapi juga memudahkan kita kerana ianya besih , suci dan harga pun amat berpatutan.

Keistimewaan Roti Putar Zaimah ini ialah ianya dibungkus dengan cara yang cukup professional dan menarik sekali.

Juga nak tolong promo satu lagi produk Bumiputera :

Kek dan Kuih Buatan Sendiri
Homemade Bakery
No 291 , Jalan 2/2 , Taman Alamanda , Senawang
Tel Pn Norly 017-6939308 , Pn Salawati 019-6689344
Membuat , Membekal , Menjual Serta Menerima Tempahan
Pelbagai Jenis Kek , Muffin , Kuih Raya , Kerepek & Serunding
Untuk Pelbagai Program dan Jamuan juga untuk Bakal Haji dan Umrah

20081026

Blog BAZAAR MAINS , Seremban

Adalah dimaklumkan Blog Bazaar MAINS , Seremban diwujudkan khusus untuk membantu mempromosi produk yang dipasarkan oleh peniaga-peniaga di Bazaar MAINS , Seremban.

Perkhidmatan melalui Blog Bazaar MAINS ini adalah percuma.

Alamat Blog tersebut ialah http://bazaarmains.blogspot.com

Kepada mereka yang menjalankan perniagaan di Bazaar MAINS sila hantarkan butiran perniagaan anda seperti dibawah melalui e-mel kepada rozmal@yahoo.com atau SMS ke 012-2267406.

Butiran Perniagaan :

1. Nama Syarikat :
2. Nama Pemilik/Pengurus :
3. Alamat Lot Bazaar MAINS :
4. No tel/e-mel/laman web :
5. Jenis perniagaan/produk :
6. Catatan tambahan :

20081024

Apa kata tahun ini Ibadah Korban kita di Mindanao ?



Idil Adha semakin hampir. Rupanya masih ramai umat Islam dari rumpun Melayu di rantau Nusantara ini berada di bawah paras kemiskinan yang amat sangat. Rumah teres , rumah kembar dua tingkat , kondominiun apatah lagi rumah banglo serta kereta baru apatah lagi kereta mewah bukanlah impian mereka atau matlamat mereka di Mindanao setiap kali menyambut lebaran.
Begitu besar dan begitu bernilai sekali setiap bahagian korban yang diagihkan kepada mereka. Mereka adalah saudara kita dalam Islam , mereka adalah saudara kita satu rumpun bangsa. Mereka berada di Mindanao dan Kemboja.

Sebuah badan sukarela Aksi Cepat Tanggap (ACT) memudahkan kita semua untuk menunaikan ibadah korban di tempat mereka yang amat memerlukan ini. Mereka telah berjaya mengagihkan banyak bahagian daging korban pada tahun 1428 H.

Tidak mahal. Hanya RM 290 untuk satu bahagian korban lembu atau seekor kambing.

Program Korban ini diberi nama QHS - QURBAN FOR HUMANITY AND SOLIDARITY ( Ibadah Korban untuk Kemanusiaan dan Kesatuan ).

Bantulah mereka di Mindanao.

Hubungi:
Sekreteriat Program QHS
3408, Jalan 18/61, Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor DE.
Tel: 014-9228905 Fax: 03-89425693
e-mail: actmy.care@gmail.com , http://www.actmalaysia.org/

LAMAN WEB IBADAH KORBAN 1429 H http://www.qurbanact.blogspot.com/

Anjuran: Aksi Cepat Tanggap (M) Berhad -- (ACT)
Akaun Bank : Aksi Cepat Tanggap (M) Berhad,
Maybank Acct. No: 562142713126

Untuk laporan berita bergambar Program Kemanusiaan anjuran ACT sebelum ini pada laman web berikut :
Ibadah Korban di Mindanao 1428 H http://qurban1428h.blogspot.com/
Bantuan Iftar Ramadhan 1428 H http://al-bir.blogspot.com/
Laporan Bantuan Iftar Ramadhan di Mindanao 1428 H http://al-bir-report.blogspot.com/
Ibadah Korban di Kemboja 1428 H http://qurbankemboja1428hijrah.blogspot.com/
Blog Dato Mustafa http://datomustafakamal.blogspot.com/

FAKTA PENDERITAAN PENDUDUK MINDANAO
- 20,000 orang menjadi mangsa banjir besar akibat taufan pada jun 2008
- Rumah-rumah dan tanaman-tanaman digenangi air banjir yang lambat surut
- RM 100 juta kerugian akibat banjir besar yang lepas
- Laporan United Nations World Food Program pada Ogos 2008 menyatakan terdapat lebih 500,000 orang sudah menjadi pelarian akibat pertempuran antara tentera Filipina dan tentera Moro Islamic Liberation Front (MILF)






Pelawaan Ibadah Qurban Pusat Dakwah Paroi 1429 H

PROGRAM IBADAH QURBAN 1429H/2008M

TARIKH : 10 DISEMBER 2008 ( RABU )/12 ZULHIJJAH 1429
TEMPAT : PUSAT DAKWAH ISLAMIAH NEGERI SEMBILAN

Program ini terbuka kepada semua muslimin dan muslimat.

SATU BAHAGIAN RM350
PENYERTAAN ADALAH TERHAD

Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi :

Pusat Dakwah Islamiah
Paroi , Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

TEL : 06-6751609/1605/1604
FAX : 06-6789763

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : Sebelum atau pada 3 DISEMBER 2008

Maklumat lanjut di http://hshn9.blogspot.com

Program Cuti Sekolah Nov Dis 2008

Pada cuti sekolah yang akan datang Yayasan Sofa , Rembau akan menganjurkan Program Tafaqquh Fi Al Din 2008.

Program ini dibahagikan kepada 2 sesi.

SESI 1 (16 - 22 November 2008)
Pendaftaran 16 November 2008 ( 3 – 5 ptg) - Ahad
Tarikh Tutup 8 November 2008 - Sabtu

SESI 2 (14 - 20 Disember 2008)
Pendaftaran 14 Disember 2008 ( 3 - 5 ptg) - Ahad
Tarikh Tutup 6 Disember 2008 - Sabtu

Untuk keterangan lanjut, sila muat turun borang pada pautan berikut http://yayasansofa.blogsome.com/2008/10/22/program-cuti-sekolah/

20081020

Seremban , Rembau teruk banjir, bantuan diperlukan

Subuh ini dihubungi teman - teman, sekitar Paroi, Rantau dan banyak lagi kawasan dalam Parlimen Rembau dinaiki air... penghuni kawasan perumahan mewah juga terpaksa dipindahkan.

Semua petugas keADILan Rembau dan PAS sudah turun ke bawah seawal subuh tadi bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang turun membantu....ramai yang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir juga. Kemungkinan kemusnahan dan kerugian tinggi kerana ramai tak sempat selamatkan barangan.

Kepada yang sudi hulur bantuan segera , lampin bayi/dewasa , barangan makanan - beras, sardin, minyak, susu, tepung dll

Sesiapa yang ada peralatan seperti 'water jet' dan seumpamanya untuk dipinjamkan sebagai persediaan usaha pasukan bantuan pasca banjir untuk bantu bersih rumah.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan sila hubungi :
PKR Bahagian Rembau , Azizi 012-3696474
PAS Kawasan Rembau , Hassan 019-2171942
Unit Amal Negeri Sembilan , Sufian 013-3589328
Pejabat Khidmat DUN Paroi 06-6794609

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/2008/10/seremban-rembau-banjir.html

Chikungunya. Bala, musibah atau wabak ? Rawatannya ?

Ramai mereka yang saya kenal menghidap demam Chikungunya , termasuk ayah saya. Saudara saya di Kg Gadong , Rembau satu keluarga menghidap demam ini. Di Melaka dan beberapa tempat di Negeri Sembilan dengar ceritanya ramai yang diserang demam ini. Ada yang mendapat rawatan di hospital kerajaan, ada yang pergi ke klinik swasta.

Sampai ada yang tak nak balik kampung , kerana takut dijangkiti penyakit ini.

Sejauh mana demam Chikungunya ini sedang melanda Malaysia tidaklah diketahui. Apakah ianya sudah menjadi epidemik atau endimik , juga tidak diketahui.

Apakah demam Chikungunya ini merupakan bala , musibah atau wabak , hanya ALLAH yang Maha Esa yang lebih mengetahui.

Di Malaysia kesedaran rakyat masih amat kurang berkenaan demam ini. Rata-rata penduduk Malaysia sudah semakin kurang bergotong royong , menjaga kebersihan taman perumahan dan kampung-kampung untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk yang menyebarkan demam Chikungunya.

Begitu juga kesedaran apa yang harus dilakukan jika diserang demam ini. Mereka semata-mata bergantung kepada ubat yang dibekalkan klinik dan hospital tanpa mengambil inisiatif untuk mencari kaedah pemakanan yang sesuai untuk menangani penyakit ini.

Antara yang disyorkan kepada mereka yang menghidap demam ini ialah banyak minum air kosong , banyak makan sayur mentah dan buah terutama tomato, minum air barli . minum teh herba. Dikatakan juga air kelapa juga adalah baik untuk rawatan demam Chikungunya ( Rujukan : http://www.ayurvedictalk.com/coconut-water-could-be-the-best-solution-to-chikungunya/806/ )

Penghidap demam ini harus mengelak dari mengambil Aspirin. Juga kurangkan garam dalam makanan , kurangkan gula , kurangkan mengambil susu dan produk dari tenusu , kurangkan makanan yang berlemak atau berminyak. Elakkan minum teh , kopi , air berkarbonat.

Justeru itu semua pihak haruslah mengambil inisiatif untuk memberi penerangan kepada rakyat Malaysia mengenai demam ini. Walaupun demam ini jarang membawa maut tetapi pesakit yang menghidap demam ini mengalami sakit sendi yang serius dan ada yang ke tahap kritikal sendi bengkak-bengkak sampai tidak dapat bergerak.

Rujukan lain :
http://aches.in/naturalcuresarthritis.html
http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20060702055302AASpKqv
http://ailments.in/chikungunya.html

Jangan beli biskut di pasar malam tiada label

KENYATAAN AKHBAR MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN ISU MELAMINE

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati pengguna untuk tidak membeli biskut-biskut yang dijual di pasar malam, pasar tani, bazaar malam dan sebagainya yang tidak mempunyai label. Pengguna dinasihatkan sentiasa membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk di pasaran.

Senarai produk yang telah dianalisa sebelum ini boleh dirujuk melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan http://fsq.moh.gov.my

Sumber : http://fsq.moh.gov.my/uploads/kenyataan_akhbar_ke_24.pdf

Mencari freezer dan mesin uli tepung terpakai

Sahabat saya ingin mengembangkan perniagaannya. Dia sedang mencari “freezer frozen food” dan mesin uli tepung terpakai sekitar Seremban/Senawang. Sesiapa ada maklumat boleh hubungi saya 012-2267406 , rozmal@yahoo.com

20081019

Jamuan Raya , Ceramah Dato Ismail Kamus 26 Okt Seremban

Assalamualaikum wrt wbt ,

Jemputan Ceramah dan Jamuan Perdana Aidil Fitri
Bersama : Yg Bhg Dato Ismail Kamus
Pada hari Ahad 26 Oktober 2008
Masa : 7 malam
Tempat : Masjid Jamek Ampangan , Jln Jelebu, Seremban

Semua Dijemput Hadir. Tolong Sebarkan