KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060627

Ada “Agen-Agen” Yahudi di Seremban

Pada Sabtu 24 Jun 2006, Surau Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban telah mengadakan program ceramah berkenaan isu Palestin selepas solat Maghrib. Salah seorang AJK surau tersebut telah mengadu, banyak poster-poster yang ditampal di Gedung Lalang 162 berkenaan program ceramah tersebut telah dikoyakkan.

Ceramah tersebut adalah berkaitan isu kemanusiaan di Palestin, tidak berkaitan langsung isu politik. Ianya di sampaikan oleh Dr Zainurrashid daripada Aman Palestin, sebuah persatuan kemanusiaan yang membantu mangsa-mangsa perang dan mangsa bencana alama. Ianya adalah satu persatuan yang sah dan penasihat kepada Aman Palestin pula ialah Tun Abdul Rahman Yaacob, bekas Ketua Menteri Sarawak. Malah Utusan Malaysia 21 Jun 2006 telah menyiarkan artikel khusus mengenai perjalanan Aman Palestin (sila rujuk http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0621&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_01.htm&arc=hive)

Mengapa ada rakyat Malaysia yang sanggup mensabotaj usaha-usaha kemanusiaan membantu rakyat Palestin, dikala hari-hari dalam akhbar kita diberitakan tentera rejim Zionis menyerang orang awam di Palestin ? Lebih teruk lagi yang melakukan sabotaj ini ialah orang Islam sendiri , kerana kawasan Gedung Lalang 162 adalah majoriti penduduk Melayu beragama Islam. Apakah mereka yang melakukan sabotaj ini “agen-agen” Yahudi yang tidak bertauliah?

Apakah masyarakat Melayu tidak sensitif lagi akan isu-isu kemanusiaan sebaliknya begitu sensitif sekiranya artis-artis pujaan mereka berkahwin, bercerai, tidak jadi berkahwin, merisik, masuk meminang dan sebagainya ?