KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060608

E-mel boikot stesen minyak, e-mel sampah !

Adalah diharapakan kepada semua yang menggunakan internet agar henti menghantar e-mel menurunkan harga minyak dengan memboikot stesen minyak tertentu. Ini ialah e-mel sampah (junk e-mail) yang bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1999. Dan lanjutan daripada itu merebak ke seluruh dunia dalam pelbagai versi dan bahasa dan beberapa pengubahsuaian.
Sila rujuk laman web ini untuk maklumat lanjut http://www.breakthechain.org/exclusives/exxon.html
Namun ianya tidak sedikitpun memberi kesan kepada harga minyak, hanya menambahkan kelalaian kita.

Terdapat beberapa panduan untuk menjimatkan minyak antaranya ialah :
1. Tidak memandu laju
2. Merancang perjalanan yang berkesan
3. Gunakan kenderaan yang berkuasa rendah (cc rendah), motosikal, basikal dan sebagainya
4. Dan beberapa panduan lain yang banyak terdapat di laman web berkaitan pemanduan berhemah.