KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20071213

YAMNS saran orang NS bantu mangsa banjir Pahang

Beberapa negeri sedang dilanda banjir ketika ini. Pahang adalah negeri yang paling teruk terjejas. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menerima permohonan bantuan daripada wakil kami Ustaz Aris Fezul di Jengka, Pahang yang mengatakan mereka amat memerlukan bantuan.

Antara bantuan yang diperlukan ialah :
1. Kewangan
2. Selimut dibungkus berasingan
3. Pakaian yang berkeadaan baik, bersih, dilipat serta dibungkus dan diTANDAKAN samada untuk lelaki, wanita atau kanak-kanak (Pakaian yang bercampur-campur dan tidak dibungkus dan ditanda tidak digalakkan kerana menyukarkan lagi tugas pengagihan)
4. Makanan dalam bungkusan seperti mi segera , biskut , gula , sardin dan sebagainya
5. Lampin bayi dan tuala wanita
6. Lain-lain keperluan yang boleh dipertimbangkan
7. Sukarelawan untuk tugas pengagihan dan pembersihan

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi :
Sufian 013-3589328
Rozmal 012-2267406
Norwani 013-3851202
Taufek 019-6576540

Yang menjalankan amanah,

Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan