KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080622

Siapa nak jadi Wakil Rakyat dengan elaun/gaji RM5000 ?

Nak ke kita jadi Wakil Rakyat dengan elaun/gaji lebih kurang RM 5000 sebulan ? Kalau di DUN Paroi ni pengundinya saja sekitar 20,000 orang, penduduknya mungkin ada 100,000 orang, rumahnya mungkin ada 20,000 rumah. Kalau tiap-tiap hari melawat satu rumah mengambil masa 55 tahun. Setiap hari pula mungkin ada 5 ke 10 orang datang mengadu perlukan bantuan, anak tak sekolah, bil air tak dapat bayar dan macam-macam lagi masalah.

Nak ke kita jadi wakil rakyat , tambahan pula di Negeri Sembilan ini , elaun untuk membuka Pusat Khidmat Masyarakat RM 1,500 ditarik balik oleh Kerajaan Negeri Sembilan ? Dahlah elaun RM 5,000 tolak RM 1,500 untuk pengurusan Pusat Khidmat tinggal RM 3,500. Siapa yang nak jadi wakil rakyat dengan RM 3,500 di Negeri Sembilan ini, itu sahaja sumber pendapatan mereka. Nak berniaga tak ada masa, sebab hampir setiap hari kalau tidak melawat kawasan, orang ramai akan datang mengadu.

Dengan RM 3,500 untuk wakil rakyat tanpa bantuan dari sesiapa sudah pasti tak ada siapa nak jadi wakil rakyat di Negeri Sembilan ini.

Lebih baik jadi Jurutera di kilang dari jadi wakil rakyat, ada banyak masa bersama keluarga. Lebih baik jadi pengurus bank dari jadi wakil rakyat, ada masa balik kampung jumpa emak ayah. Lebih baik jadi guru dari jadi wakil rakyat, dapat tengok perkembangan pembelajaran anak-anak.

Tetapi kenapa orang berebut jadi wakil rakyat dengan hanya RM 3,500 ? Bukannya jadi wakil rakyat ni boleh berniaga. Bukannya jadi wakil rakyat ini dapat keistimewaan dapat projek, dapat pasir, dapat balak, dapat rumah murah dan sebagainya. Kenapa nak juga jadi wakil rakyat ? Tambahan pula di Negeri Sembilan ?