KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080924

Kelab Roket Kementerian Hangat Tahi Ayam ?

Baru-baru ini saya dihubungi oleh sebuah sekolah di Negeri Sembilan bertanyakan mengenai cara membuat roket air kerana mereka akan mengadakan minggu sains. Jadi untuk menarik minat para pelajar kepada matapelajaran sains mereka perlukan aktiviti yang menarik , antaranya bermain roket air.

Memandangkan Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com ( singkatan Angkasa Malaysia ) ini ditubuhkan sebagai hobi masa lapang bersama beberapa rakan antaranya YB Tn Hj Taufek http://mohdtaufek.blogspot.com selaku Pengerusi maka sukarlah kami untuk memenuhi permintaan sekolah tadi untuk hadir memberi tunjuk ajar cara membuat dan bermain roket air pada hari bekerja.

Jadi saya buatkanlah satu pelancar ringkas dan berikan kepada salah seorang daripada guru sekolah tadi dan menerangkan serba sedikit cara hendak melancarkan roket air. Biasanya aktiviti kami hanyalah pada hujung minggu , bila kami tidak bekerja. Tapi kebelakangan ini pada hujung minggu terlalu banyak aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Tertanya-tanya di benak fikiran saya , apa jadi pada cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan disokong oleh Naib Ketua Pemuda Umno Sdr Khairy Jamaluddin untuk menubuhkan Kelab Roket di sekolah-sekolah ? Rujuk laporan akhbar The Star 6 Nov 2007 TheStar
Rocket Clubs will be set up in schools to instil interest in aerospace and astrophysics, Umno Youth vice-chief Khairy Jamaluddin said. He said Education Minister Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein was inspired to set up the clubs following the successful mission of the first Malaysian Angkasawan.

Bilakah cadangan menubuhkan Kelab Roket di sekolah-sekolah oleh Kementerian Pelajaran akan menjadi realiti , terutamanya di Negeri Sembilan , apatah lagi angkasawan pertama Malaysia ini orang Seremban dan yang menyokong usaha menubuhkan Kelab Roket pula orang Rembau ?

Jangan pula ianya bak kata pepatah “Hangat hangat tahi ayam”.

Berikut beberapa pautan mengenai aktivi dan cara membuat roket air :

Cara Mudah Membuat Roket Air Sini

Kelab AMAL di TV3 Sini

Pertandingan Roket Air N.Sembilan Sini

Roket Air , Aktiviti Menyeronokkan Sini

Pelajar Sekolah Islam membuat roket air Sini

Gambar pelancar roket Sini

Roket Kuning Sonyum Sini