KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080921

Perumahan Polis Pun Tak Selamat


Gambar ini saya ambil pada 21 September 2008 di Taman Satria , Senawang. Taman Satria adalah merupakan taman yang agak lama di Senawang ini yang merangkumi perumahan awam , perumahan anggota polis dan perumahan anggota tentera. Perumahan anggota polis di Taman Satria ini telah dirombak dan diubahsuai keseluruhannya lebih kurang setahun yang lalu. Memang ianya begitu cantik dan lebih selesa setelah diubah suai. Mungkin projek menaiktaraf perumahan polis ini menelan belanja ratusan ribu atau mungkin jutaan ringgit.

Namun sekarang masih terdapat beberapa lagi rumah di kawasan perumahan polis ini tidak didiami. Gambar ini menunjukkan lalang dan semak samun dah hampir mencecah atap. Harap ada pihak yang ambil perhatian agar ianya tidak membahayakan pada penduduk setempat apatah lagi ianya berhampiran dengan hutan lembah yang didiami pelbagai binatang berbisa.

Sayang banyak rumah di Senawang ini yang diubahsuai , perumahan baru tetapi terbiar , seakan pembaziran yang tidak dapat dielakkan. Tapi dalam waktu yang sama masih kedengaran ramai keluarga yang tidak mampu memiliki rumah kos rendah apatah lagi kos sederhana. Alangkah baiknya rumah yang terbiar ini ditempatkan untuk golongan sebegini sementera mereka mendapat perumahan milik mereka sendiri.